RIO GRANDE DO SUL: Tragedi banjir baru-baru ini yang memusnahkan selatan Brazil adalah disebabkan perubahan iklim.


Ringkasan AI
  • Pengaruh Iklim dan El Nino: Perubahan iklim dan El Nino menyebabkan banjir buruk di selatan Brazil, dengan hujan lebat berterusan dan peningkatan suhu.
  • Impak Besar: Lebih dari 170 orang terkorban dan hampir 580,000 kehilangan tempat tinggal akibat banjir di Rio Grande do Sul.
  • Faktor Tambahan: Infrastruktur yang lemah, penebangan hutan dan urbanisasi pesat mempengaruh kejadian banjir.


Sepasukan saintis antarabangsa pada Isnin menambah bahawa hujan lebat juga diperhebatkan oleh fenomena semula jadi El Nino.

"Jadi, corak ini konsisten dengan pengaruh El Nino yang biasa di Amerika Selatan.

"Walau bagaimanapun, kajian ini telah menunjukkan bahawa perubahan iklim akan meningkatkan corak ini. Akibatnya, pusat tekanan tinggi di bahagian tengah Brazil menjadi lebih besar dan lebih berterusan, mendorong udara lebih panas yang menahan lebih banyak kelembapan ke selatan.

"Daripada empat banjir terbesar pernah direkodkan di Porto Alegre, ibu kota Rio Grande do Sul, tiga berlaku dalam tempoh sembilan bulan lalu. Yang terbesar berlaku pada Mei 2024, kedua terbesar pada 1941, ketiga dan keempat terbesar pada September dan November 2023, masing-masing," katanya.

Lebih 170 orang terbunuh dan hampir 580,000 kehilangan tempat tinggal selepas ribut dan banjir melanda negeri paling selatan Brazil di Rio Grande do Sul bulan lalu.

Pihak berkuasa tempatan menyifatkan ia sebagai bencana terburuk dalam sejarah wilayah itu.

Dengan menggabungkan pemerhatian cuaca dengan hasil daripada model iklim, para saintis menganggarkan bahawa perubahan iklim telah menjadikan banjir di selatan Brazil boleh meningkat sekitar 6 hingga 9 peratus.

"Peningkatan keamatan antara 6 hingga 7 peratus disebabkan oleh tindakan manusia, pembakaran bahan api fosil. Penemuan ini adalah selaras dengan apa yang kami perhatikan, cuaca dengan lebih panas, dengan suhu global median 1.2 darjah Celsius.

"Apabila kita melihat unjuran 2 darjah Celsius pemanasan global, berbanding dengan tempoh pra-industri sebelumnya, kita mendapati bahawa terdapat kebarangkalian pemanasan yang tinggi dari segi kekerapan dan keamatan," tambahnya lagi.

Fenomena El Nino, yang menyumbang kepada suhu yang lebih tinggi di banyak bahagian dunia dan meningkatkan hujan dan risiko banjir di bahagian benua Amerika, turut memainkan peranan dalam bencana baru-baru in.

Kegagalan infrastruktur kritikal, penebangan hutan dan pembandaran pesat bandar seperti ibu kota Rio Grande do Sul, Porto Alegre, yang menempatkan 1.3 juta orang, membantu meningkatkan kesan bencana itu.