SHAH ALAM: Kerajaan sekali lagi memberi jaminan akan memastikan kejadian banjir buruk yang berlaku di negeri Selangor tidak berulang.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, usaha tersebut termasuk meluluskan peruntukan sebanyak RM6.3 bilion bagi pelaksanaan pembangunan infrastruktur dan fasiliti penyampaian perkhidmatan di Selangor.
Peruntukan tersebut kata Perdana Menteri disediakan di bawah Rolling Plan Kedua tahun 2022, Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK12).
“Antara projek penting yang akan dilaksanakan adalah lima buah projek tebatan banjir di Selangor dengan peruntukan sebanyak RM4.7 bilion.
“Usaha ini akan disegerakan bagi mengelak kejadian banjir teruk yang menjejaskan kesejahteraan penduduk, ekonomi negeri dan negara berulang lagi,” kata Perdana Menteri ketika berucap merasmikan program Aspirasi Keluarga Malaysia 2022 Negeri Selangor di sini pada Jumaat.
Dalam kejadian banjir tahun lalu, sebanyak 45 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di Selangor setakat 19 November.
Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata kerajaan turut mengambil langkah proaktif merencana pendekatan baharu termasuk pembinaan infrastruktur yang bersesuaian dan lebih lestari serta menyeluruh di Selangor.
Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, sebanyak 14,329 buah rumah Selangor siap dibina sehingga Jun lalu di bawah pelbagai program perumahan seperti Program Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM).
Kata Perdana Menteri, ia selaras dengan aspirasi Satu Keluarga Satu Rumah dan usaha kerajaan menyediakan perumahan kepada Keluarga Malaysia, terutama kumpulan B40 dan M40.
BERITA LANJUT MENYUSUL
Hasimi Muhamad
Fri Aug 19 2022

Perdana Menteri Datuk Seri ismail Sabri Yaakob berucap ketika merasmikan Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia 2022 Peringkat Negeri Selangor di Perkarangan Stadium Shah Alam hari ini. - Foto BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Raja Sepanyol dicemuh, dilempar lumpur dan telur oleh mangsa banjir
Penduduk tuduh Raja Felipe VI telah membunuh 200 orang dan persoal kenapa baginda hanya turun padang selepas empat hari banjir buruk berlaku.

Perubahan iklim punca tragedi banjir terburuk landa Brazil
Lebih 170 orang terbunuh dan hampir 580,000 kehilangan tempat tinggal selepas ribut dan banjir melanda Rio Grande do Sul bulan lalu.

Kerajaan jamin kejadian banjir buruk di Selangor tidak berulang - PM
Kerajaan sekali lagi memberi jaminan akan memastikan kejadian banjir buruk yang berlaku di negeri Selangor tidak berulang.

Sempadan dikawal walaupun banjir buruk di Rantau Panjang
Sempadan negara khususnya di Rantau Panjang dikawal dengan rapi melalui rondaan dengan bot oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Polis Marin sepanjang banjir buruk melanda daerah itu.

42 maut akibat banjir di barat Jerman
Bencana banjir terburuk itu berlaku di Rhineland-Palatinate dan Rhine-Westphalia Utara yang menyaksikan bangunan dan kereta dihanyutkan arus.

Banjir terus memburuk di Rusia
Banjir besar yang melanda tengah Rusia dan daerah Volga semakin memburuk dan paras air terus meningkat dari yang dijangkakan.