PASIR MAS: Sempadan negara khususnya di Rantau Panjang dikawal dengan rapi melalui rondaan dengan bot oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Polis Marin sepanjang banjir buruk melanda daerah itu.
Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhammad Zaki Harun berkata, sebelas buah pos antaranya pos kawalan di Jeram Perdah, Tok Deh, Lubok Stol dan Balai Polis Rantau Panjang yang turut ditenggelami air kerana banjir itu, tidak menjejaskan perjalanan operasi kawalan sempadan.
"Kita menjalankan rondaan dan kawalan seperti biasa walaupun pos kawalan kita tenggelam dan pengawasan dilakukan menggunakan bot sepanjang masa," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan makanan dan keperluan kurniaan Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Al Marhum Sultan Ismail Petra kepada mangsa banjir di bandar lama Rantau Panjang hari ini.
Muhammad Zaki berkata, pihak polis juga turut mewujudkan 'Food Bank' di balai Polis dalam jajahan terlibat dengan banjir untuk agihan kepada mangsa banjir yang terkesan.
"Sebenarnya kita ada Food Bank di balai balai seperti Balai Polis Repek, Pasir Mas, Balai Rantau Panjang dan lain-lain untuk agihan segera dan keperluan mangsa banjir yang memerlukan makanan," katanya.
Menyentuh mengenai jumlah laporan kerosakan, beliau menjelaskan pihak polis menerima lebih 1,000 laporan polis berhubung kerosakan harta benda, kehilangan ternakan, kemusnahan tanaman dan sebagainya bermula 25 Februari lepas hingga kini.
Kesemua laporan itu diterima polis di seluruh daerah dengan Rantau Panjang paling tinggi menerima laporan kerosakan termasuk laporan enam buah rumah rosak dan dihanyutkan di kampung Teresan.
Muhammad Zaki turut memaklumkan pihaknya juga bersama agensi seperti Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), PGA dan penduduk setempat turut membantu melakukan kerja-kerja pembersihan dan pasca banjir yang sudah dimulakan beberapa hari lalu.
Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan sehingga malam ini, sejumlah 790 orang mangsa banjir masih lagi berlindung di tiga buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) membabitkan daerah Rantau Panjang.
Vivi Sumanti
Sun Mar 06 2022

Sempadan negara khususnya di Rantau Panjang dikawal dengan rapi melalui rondaan dengan bot oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Polis Marin sepanjang banjir buruk melanda daerah itu. - Foto Astro AWANI

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

PGA tumpas cubaan seludup tanaman hiasan lebih RM4 juta di Pasir Mas
Pasukan PGA Briged Tenggara menggagalkan cubaan menyeludup tanaman hiasan dengan anggaran rampasan bernilai RM4.3 juta.

Bandar di sempadan Kelantan kian suram, dihimpit saingan
Persaingan dari bandar di sempadan Thailand antara faktor menyebabkan bandar seperti Rantau Panjang dan Pengkalan Kubor semakin sepi.

PGA tumpaskan penyeludupan tanaman hiasan bernilai RM1.25 juta di Rantau Panjang
Lori yang dipandu oleh seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan sekitar 12.20 tengah malam ketika menjalankan tugas dalam Op Taring Wawasan Kelantan.

Kampung Bendang Perol: Penduduk tidak pernah letih melawan arus banjir
Semangat penduduk Kampung Bendang Perol di Rantau Panjang yang terkenal dengan julukan "kampung banjir lambat surut' atau banjir termenung itu tidak pernah luntur.

Projek tebatan banjir, basmi miskin tegar perlu disegerakan - PM Anwar
Anwar berkata, hal ini kerana ia melibatkan kepentingan serta keselamatan nyawa dan harta benda rakyat.

Banjir: Peperiksaan SPM diteruskan, keputusan dibuat tanpa ihsan - Siti Zailah
Keputusan Kementerian Pendidikan Malaysia meneruskan Sijil Peperiksaan Malaysia didakwa merupakan satu keputusan yang dibuat tanpa ihsan.

Kawasan sekitar Sungai Golok di Rantau Panjang dijangka dinaiki air - JPS
Banjir yang diramalkan boleh berlaku lebih awal atau lewat dari masa dijangkakan bergantung kepada keadaan hujan yang signifikan di kawasan berkenaan.

Warga emas maut jatuh perigi ketika ambil wuduk
Dalam kejadian jam 6.30 pagi itu, Bahrum, 64 tahun, dikatakan meninggal dunia di dalam perigi sedalam empat meter terbabit.

Kelantan rancang pindah Zon Bebas Cukai Rantau Panjang ke lokasi lain - Exco
Kelantan rancang pindahkan Zon Bebas Cukai Rantau Panjang di Pasir Mas ke lokasi yang lebih sesuai dan strategik pada masa hadapan.

Kerajaan segerakan peruntukan atasi banjir di Rantau Panjang - PM Anwar
Kerajaan akan menyegerakan peruntukan kewangan untuk mengatasi masalah banjir di Rantau Panjang yang berpunca dari muara Sungai Golok.