PARIS: Perkhidmatan kereta api antara Paris dan Jerman telah kembali ke jadual asal selepas serangan arson ke atas landasan kereta api berkelajuan tinggi di Perancis baru-baru ini, kata pengendali kereta api Jerman, Deutsche Bahn, pada Sabtu, menurut agensi berita Jerman (dpa).
Penumpang yang terjejas oleh pembatalan dan gangguan boleh menggunakan tiket mereka pada tarikh lain, namun tempahan tempat duduk masih diperlukan untuk kereta api ke Perancis.
Masih akan berlaku pembatalan dan kelewatan sekali-sekala di laluan dari Cologne melalui Brussels ke Paris sepanjang hujung minggu.
Menurut syarikat kereta api Perancis SNCF, tujuh daripada 10 kereta api kini boleh beroperasi semula di laluan ini ke utara, serta di laluan dari Paris ke Brittany dan pantai Atlantik yang juga terjejas oleh serangan berkenaan.
Bagaimanapun, kelewatan antara satu hingga dua jam masih dijangka.
Pembakar meletakkan peranti pembakar di pelbagai lokasi utama rangkaian kereta api berkelajuan tinggi Perancis pada awal pagi Jumaat.
Perkhidmatan kereta api terganggu teruk sejurus sebelum pembukaan Sukan Olimpik di Paris, tetapi majlis pembukaan itu sendiri tidak berapa terkesan.
Sementara itu di London, penumpang Eurostar menghadapi gangguan berterusan pada Sabtu susulan serangan arson itu.
Pengendali kereta api yang menjalankan perkhidmatan antarabangsa dari London St Pancras, berkata satu daripada empat kereta apinya tidak akan beroperasi sepanjang hujung minggu.
Perjalanan empat kereta api dari London ke Paris dibatalkan pada Sabtu, menjejaskan ribuan penumpang dengan gangguan dijangka berterusan hingga Isnin.
Pelancong dinasihatkan untuk menangguhkan perjalanan mereka jika boleh.
Hanya sebilangan kecil tempat duduk yang tersedia untuk ditempah pada perkhidmatan Eurostar dari London ke Paris pada Sabtu, manakala tiket untuk bas malam yang tiba di ibu kota Perancis pada pagi Ahad dijual pada harga setinggi GBP197 (AS$254) melalui Flixbus.
Gangguan ini berlaku ketika Sukan Olimpik Paris 2024 bermula dan ketika berjuta-juta orang dijangka memulakan percutian musim panas mereka.
Antara yang terkesan pada Jumaat ialah Perdana Menteri Britain Keir Starmer, yang dijadualkan menaiki Eurostar untuk majlis pembukaan Sukan Olimpik tetapi terpaksa menaiki penerbangan ke Paris.
Syarikat itu berkata pelanggan dimaklumkan melalui e-mel, teks dan di laman sesawang Eurostar. Mana-mana penumpang yang terjejas boleh membatalkan atau mendapatkan bayaran balik tiket mereka atau mengubah suai perjalanan mereka secara percuma.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 27 2024

Masih berlaku pembatalan dan kelewatan sekali-sekala di laluan dari Cologne melalui Brussels ke Paris sepanjang hujung minggu. - Foto REUTERS

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Jajaran Rel Selangor dibina berperingkat, dijangka sehingga 10 tahun
Pembinaan Jajaran Rel Selangor akan dilaksanakan secara berperingkat melibatkan pelbagai fasa dan dijangka mengambil tempoh sehingga 10 tahun.

KTMB tingkat kawalan rondaan cegah insiden pencerobohan
KTMB juga akan adakan perbincangan lanjut dengan APAD bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan keselamatan serta penguatkuasaan undang-undang.

11 penumpang maut, ramai cedera dalam nahas kereta api di Maharashtra, India
Sekurang-kurangnya 11 penumpang maut manakala ramai lagi cedera selepas dilanggar oleh sebuah kereta api di negeri Maharashtra, India, pada Rabu.

Kereta api bertembung trak bomba, 15 cedera
Satu kemalangan melibatkan kereta api Brightline dengan sebuah trak bomba dilaporkan berlaku di Delray Beach, Florida pada Sabtu.

Perkhidmatan kereta api UK lumpuh akibat kerosakan sistem komunikasi
Perkhidmatan kereta api di seluruh Britain tergendala berikutan kerosakan sistem komunikasi pada Jumaat, lapor Agensi Anadolu (AA) yang memetik kenyataan National Rail.

13 hilang tapak projek kereta api runtuh di China
Biro pengurusan kecemasan daerah Baoan melaporkan tanah di bawah tapak rel Shenzhen-Jiangmen runtuh secara tiba-tiba pada Khamis malam.

Banjir: KTMB batal 12 laluan ke Pantai Timur
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) membatalkan 12 laluan perkhidmatan tren Pantai Timur susulan banjir yang melanda ketika ini.

Pekerja infrastruktur kereta api UK adakan mogok 24 jam
Pekerja infrastruktur kereta api di United Kingdom (UK) akan mengadakan mogok selama 24 jam pada Sabtu berikutan pertikaian berkaitan amalan kerja.

Empat orang cedera diserang dengan kapak dalam kereta api Perancis
Empat orang cedera diserang dengan kapak kecil di dalam sebuah kereta api tempatan di kawasan Paris.

Kereta api bawa bahan api tergelincir di Sri Lanka selepas bertembung gajah
Empat gerabak tangki bahan api tergelincir akibat pelanggaran itu, menyebabkan kerosakan besar pada landasan kereta api.