Nahas itu berlaku kira-kira 3.30 pagi waktu tempatan pada Jumaat ketika kereta api itu dalam perjalanan dari Terminal Penyimpanan Petroleum Kolonnawa di Colombo ke Batticaloa di Wilayah Timur.
Menurut Jabatan Kereta Api, empat gerabak tangki bahan api tergelincir akibat pelanggaran itu, menyebabkan kerosakan besar pada landasan kereta api.
Dua gajah mati dan beberapa ekor yang lain cedera parah dalam kemalangan itu, menurut laporan media tempatan.
Perkhidmatan kereta api di laluan utama Colombo-Batticaloa digantung buat sementara waktu kerana kerosakan itu.
-- BERNAMA