Perjalanan pengguna lebuh raya terkandas terowong dinaiki air
Sebuah terowong lebuh raya di daerah L'Ametlla de Mar, timur laut Sepanyol dilanda banjir kilat pada Sabtu.
Agensi
Sun Sep 22 2024
Sebuah terowong lebuh raya di daerah L'Ametlla de Mar, timur laut Sepanyol dilanda banjir kilat pada Sabtu. - Reuters
MADRID: Sebuah terowong di lebuh raya di daerah L'Ametlla de Mar, timur laut Sepanyol dilanda banjir kilat pada Sabtu.
Kejadian ini sempat dirakam pengguna lebuh raya yang menunjukkan aliran air deras melimpahi terowong itu.
keadaan ini menyebabkan beberapa kenderaan terpaksa berhenti di pinggir lebuh raya dan tidak melalui terowong tersebut.
Sementara itu, hujan lebat luar biasa turut melanda beberapa kawasan di Catalonia seterusnya amaran cuaca buruk dikeluarkan untuk kawasan Tarragona dan Salou.