GAZA: Banyak pihak masih tidak menyangka dengan tindakan mengejut gerakan Hamas melancarkan Operasi Banjir al-Aqsa pada Sabtu lalu yang sedikit sebanyak telah menunjukkan sisi lemah rejim Zionis yang kononnya gah di mata dunia.
Ia turut mempamerkan sifat bermuka-muka kebanyakan pemimpin Barat ketika mengulas tentang perang terbaharu Israel-Palestin tersebut.
Antara paling awal memberi respons ialah Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy yang menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban di Israel.
Beliau juga dengan lantang menyatakan 'Hak untuk rejim Tel Aviv mempertahankan diri tidak boleh dipersoalkan'.
Sentimen sama ditunjukkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden dan Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak.
Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen juga menyebut tentang 'hak' Israel untuk menangkis serangan bertalu-talu dilancarkan Hamas.
"Kesatuan Eropah (EU) sentiasa menyokong rejim Tel Aviv," katanya.
Kenyataan dwistandard dan hipokrasi pemimpin Barat secara terang-terangan bagaimanapun mengundang kritikan segelintir pengguna media sosial.
Ada yang mempersoalkan hak Ukraine untuk mempertahankan diri disokong pemimpin dunia sedangkan kempen pencerobohan Rusia dikecam teruk.
Situasi tersebut itu dikatakan tidak boleh disamakan sama sekali dengan pendudukan Israel ke atas Genting Gaza dan Tebing Barat.
Sebelum ini, media Barat turut menyokong hak Ukraine untuk mempertahankan tanah air mereka, namun mereka melabel perjuangan Palestin menentang Israel sebagai 'pengganas'.
Sebagai mengutuk sikap bermuka-muka Barat, karikatur wajah seorang wanita yang memaparkan bendera Palestin dan bendera Ukraine dengan keadaan sebelah matanya tertutup telah dijadikan sebagai simbol hipokrasi Barat berhubung pandangan mereka terhadap kedua-dua perang tersebut.
Klip wawancara Setiausaha Agung Inisiatif Kebangsaan Palestin, Mustafa Barghouti yang bertanyakan soalan retorik juga dikongsi secara meluas di media sosial.
'Mengapa AS sokong Ukraine menentang pencerobohan Rusia sedangkan mereka tetap berpihak kepada Israel yang berterusan menduduki Palestin?'
TAK PEDULI ISU PALESTIN
Ia bukanlah pertama kali negara Barat berpendirian dwistandard terhadap perang Moscow-Kiev.
Pada awal tahun lalu, Amnesty International pernah menerbitkan laporan yang memaparkan hipokrasi Barat berhubung isu hak asasi manusia global.
Setiausaha Agung pertubuhan itu, Agnes Callamard menyifatkan pendudukan ke atas wilayah Palestin adalah perkara amat penting yang perlu diberi perhatian.
"Tanpa membuat sebarang perbandingan antara perang tersebut, ia adalah sangat jelas penduduk Palestin berada di bawah cengkaman dasar aparteid," tegasnya.
Sejak akhir minggu lalu, pengguna platform X kembali berkongsi klip lama digelar sebagai 'kemunafikan' Barat yang mendedahkan kenyataan lantang ahli Parlimen Ireland, Richard Boyd Barrett pada Mac 2022 yang menyelar pendirian dwi standard pemerintah berhubung isu Palestin dan Ukraine.
"Anda (negara Barat) sewenang-wenangnya menuduh Presiden Rusia, Vladimir Putin melakukan jenayah kemanusiaan, namun enggan menggunakan kekuatan bahasa sama apabila menggambarkan layanan Israel terhadap penduduk Palestin," ujar Boyd Barrett secara sinis.
Pada Ahad lalu, beliau sekali lagi mengutuk hipokrasi pemimpin Barat yang terus menyokong Ukraine, namun dalam masa yang sama memperlekehkan perjuangan Palestin.
Hakikatnya, pemimpin dan media Barat sememangnya tidak peduli dengan kesengsaraan penduduk Palestin yang ditindas secara zalim oleh rejim Zionis selama beberapa dekad.
Mereka lebih bimbang dengan kematian orang awam di Israel dan cuba memburuk-burukkan pejuang Hamas sedangkan penduduk Palestin yang terkorban dalam kempen pengeboman Israel dianggap sebagai nyawa tidak berharga.
Kebangkitan penduduk Palestin yang nekad berjuang habis-habisan pada kali ini akhirnya mendedahkan 'rupa sebenar' Barat kepada mata dunia. - Sinar Harian memetik agensi
Sinar Harian
Wed Oct 11 2023

Pelajar di India menghasilkan lukisan untuk menzahirkan solidariti dengan penduduk Palestin yang terkorban dalam perang terbaharu Hamas-Israel. - Foto agensi

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Malaysia, Mesir senada tolak usaha 'halau' rakyat Palestin dari bumi Gaza
Malaysia dan Mesir senada dalam pendirian menolak usaha "menghalau" rakyat Palestin keluar dari bumi Gaza.

Kelewatan gencatan Gaza berpunca dari senarai nama tebusan Israel dibebaskan
Senarai nama-nama tebusan Israel di Gaza yang bakal dibebaskan pada hari pertama gencatan senjata akan dikeluarkan dalam waktu terdekat.

Umat Islam wajib pertahan, sokong Palestin - MKI
Umat Islam wajib membela serta mempertahankan rakyat dan Palestin daripada segala bentuk kezaliman, pencerobohan dan penjajahan rejim Zionis Israel.

Malaysia kutuk keras peluasan penempatan haram Israel, serangan udara di Syria
Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya keputusan rejim Zionis Israel untuk memperluas penempatan haram di Bukit Golan yang diduduki.

Malaysia ulangi komitmen sokongan padu terhadap Palestin, gesa gencatan senjata di Gaza dan Lubnan
Malaysia mengulangi komitmen berterusan dan sokongan padu terhadap perjuangan Palestin dan usaha damai yang mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara merdeka.

Israel lancar serangan udara di tengah Lubnan
Israel lancar serangan Udara yang memusnahkan sebuah bangunan berhampiran Jalan Hamra di tengah Beirut pada Selasa.

Serangan udara Israel bunuh 4, cederakan 23 di Beirut - Kementerian Kesihatan Lubnan
Serangan udara Israel di Beirut pada Sabtu, membunuh empat orang dan mencederakan 23 yang lain.

Jumlah kematian akibat serangan berterusan Israel di Gaza hampir 43,400 orang
Seramai 102,261 orang lagi pula dilaporkan cedera dalam serangan yang masih berlangsung.

Lebih 150 pesakit, kakitangan terperangkap dalam serangan di Hospital Kamal Adwan
Hospital Kamal Adwan berkemungkinan besar menjadi satu pusara besar apabila dianggarkan seorang pesakit meninggal dunia setiap jam akibat tindakan tidak berperikemanusiaan tentera Israel.

Iran selar tindakan Israel bunuh pegawai perubatan di Lubnan
Tindakan rejim zionis yang menyasarkan Dr Ali Heydari adalah pelanggaran jelas terhadap Konvensyen Geneva 1949 yang melarang serangan terhadap hospital, pusat perubatan, dan profesional perubatan.