UMAT Islam dalam kalangan kaum pendatang termasuk yang kini sudah bermastautin bertahun-tahun bakal dihalang kerajaan Parti Bharatiya Janata (BJP) dari memperolehi kerakyatan India.
Ini menimbulkan kemungkinan mereka dilucutkan hak kerakyatan India dan dihalau kembali ke negara asal.
Dewan Rendah India (Lok Sabha) meluluskan rang undang-undang (RUU) berkenaan yang disifatkan menyisihkan pendatang beragama Islam dan layanan hanya diberikan kepada mereka yang beragama Hindu, Sikh, Buddha, Jain, Parsee dan Kristian.
RUU Kerakyatan (Citizen Amendment Bill - CAB) yang sedang menjalani proses pindaan bakal memberikan kerakyatan India kepada pendatang dari kaum minoriti negara berjiran kecuali mereka yang beragama Islam.
CAB bertujuan meminda Undang-Undang Kerakyatan 1955 yang pada asalnya bertujuan menampung kebanjiran kaum minoriti tertindas di negara asal termasuk Bangladesh, Afghanistan dan Pakistan.
RUU ini dilulus dengan undian 311-80 oleh Lok Sabha pada Isnin, dan sekarang perlu didebat untuk kelulusan oleh dewan kedua pula (Rajya Sabha) di mana BJP tidak mempunyai majoriti.
CAB akan membuka ruang bagi kerajaan menahan dan menghalau sebahagian daripada pemastautin dalam kalangan 200 juta rakyat India beragama Islam. Mereka wujud sebagai kaum minoriti di negara sekular yang semakin bertukar corak ekoran dominasi parti nasionalis Hindu BJP.
Parti nasionalis Hindu BJP yang memenangi pilihanraya umum India pada Mei lalu telah mengekalkan Narendra Modi sebagai Perdana Menteri bagi penggal kedua.
Kempen BJP disifatkan sebagai 'anti-Islam' yang menarik ramai penyokong dari kalangan pengundi yang berkongsi sentimen nasionalis Hindu.
BJP memegang ideologi Hindutva bertujuan mewujudkan India sebagai Hindu Rashtra (Negara Hindu) yang menetapkan peradaban agama Hindu sebagai ikutan dan amalan.
Peristiwa meroboh Masjid Babri pada 1992 menimbulkan rusuhan kaum yang mengakibatkan beribu-ribu kematian dan ketegangan Hindu-Islam di India.
Tindakan CAB yang meminda undang-undang Kerakyatan India yang sudah wujud selama 64 tahun, bakal menghalang pendatang haram mendapat kerakyatan India.
Ini turut menjejaskan status pendatang asing yang menjejaki kaki ke India tanpa pasport atau dokumen sah tetapi sudah berkerja dalam perkhidmatan kerajaan sekurang kurangnya 11 tahun. Di bawah peruntukan baharu CAB, mereka juga turut akan hilang hak kerakyatan.
Pihak yang membantah CAB menggunakan alasan RUU ini bercanggah dengan prinsip India sebagai sebuah negara sekular sebagaimana termaktub dalam perlembagaan.
Pengkritik menyoal kejujuran BJP – jika benar mahu menyahut permohonan minoriti etnik yang tertindas, mengapa kaum Rohingya dipinggirkan. Ini ekoran tindakan kerajaan India memohon kepada Mahkamah Agung untuk menghantar pulang pelarian Rohingya yang lari dari kekejaman agama di Myanmar.
Pembangkang menyifatkan RUU ini tidak sesuai bagi sebuah negara sekular di mana 15 peratus dari penduduk yang berjumlah 1.3 bilion beragama Islam.
Jurucakap Parti Kongres Sanjay Jha dilapor menuduh BJP menggunakan CAB sebagai strategi memyemai polarisasi kaum di India.
Mereka turut menyamakan CAB sebagai tindakan yang selari dengan polisi Presiden Donald Trump mengharamkan penghijrahan mencari suaka warganegara beberapa negara Islam.
Awal tahun ini, Pesuruhjaya Tinggi Kemanusian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Michelle Bachelet memberi amaran bahaya yang akan timbul akibat amalan politik perpecahan.
Menurut Bachelet, PBB menerima laporan bertambahnya pencerobohan hak kaum minoriti – terutama mereka yang beragama Islam dan rakyat terpinggir dikalangan kaum Dalit dan Adivasi.
Razak Chik
Tue Dec 10 2019
![Pengampunan India kepada kaum pendatang.. kecuali yang beragama Islam Pengampunan India kepada kaum pendatang.. kecuali yang beragama Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-12/61575990323_TBCAB.jpg)
CAB bertujuan meminda Undang-Undang Kerakyatan 1955 yang pada asalnya bertujuan menampung kebanjiran kaum minoriti tertindas di negara asal termasuk Bangladesh, Afghanistan dan Pakistan. - Reuters
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Modi kemukakan tuntutan secara rasmi tubuhkan kerajaan baharu di India Modi kemukakan tuntutan secara rasmi tubuhkan kerajaan baharu di India](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81717643063_NarendraModi.jpg)
Modi kemukakan tuntutan secara rasmi tubuhkan kerajaan baharu di India
Perdana Menteri India, Narendra Modi, pada Jumaat secara rasmi mengemukakan tuntutan untuk membentuk kerajaan selepas ahli parlimen partinya dan rakan sekutu memilih beliau sebagai ketua mereka.
![PRU India: Parti Modi mendahului, prestasi pembangkang lebih baik daripada jangkaan PRU India: Parti Modi mendahului, prestasi pembangkang lebih baik daripada jangkaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717493545_TBMODI.jpg)
PRU India: Parti Modi mendahului, prestasi pembangkang lebih baik daripada jangkaan
Blok pembangkang India memberikan tentangan lebih baik daripada jangkaan dalam pilihan raya parlimen tetapi parti Perdana Menteri Narendra Modi kini mendahului jumlah kerusi.
![Tinjauan pendapat ramal kemenangan besar parti pemerintah India Tinjauan pendapat ramal kemenangan besar parti pemerintah India](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81713387517_electioncampaign.jpg)
Tinjauan pendapat ramal kemenangan besar parti pemerintah India
Kebanyakan tinjauan pendapat meramalkan penggal ketiga untuk Perdana Menteri Narendra Modi dan partinya, Parti Bharatiya Janata (BJP) pada pilihan raya umum India.
![Pilihan raya maraton India tamat selepas 44 hari Pilihan raya maraton India tamat selepas 44 hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41717288183_India.jpg)
Pilihan raya maraton India tamat selepas 44 hari
Pengundian diadakan pada fasa terakhir untuk baki 57 daripada 543 kerusi parlimen.
![Parti Kongres kalahkan Parti BJP pimpinan Narendra Modi dalam pilihan raya negeri Parti Kongres kalahkan Parti BJP pimpinan Narendra Modi dalam pilihan raya negeri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61683990723_partikongresindia.jpg)
Parti Kongres kalahkan Parti BJP pimpinan Narendra Modi dalam pilihan raya negeri
Kongres Kebangsaan India memenangi 117 kerusi dan mendahului di 19 kerusi lain manakala BJP memperoleh 53 dan mendahului di 11 kawasan pilihan raya.
![India hadapi kemarahan selepas kenyataan hina Islam India hadapi kemarahan selepas kenyataan hina Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/81654561213_IndianBharatiyaJan.jpg)
India hadapi kemarahan selepas kenyataan hina Islam
Kenyataan yang disifatkan menghina Islam itu mencetuskan protes dan rusuhan di bandar utara dan kemudian di Mumbai.
![Negara-negara Islam kutuk kenyataan anti-Islam BJP, tuntut permohonan maaf Negara-negara Islam kutuk kenyataan anti-Islam BJP, tuntut permohonan maaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/51609796240_EmirofQatarSheikh.jpg)
Negara-negara Islam kutuk kenyataan anti-Islam BJP, tuntut permohonan maaf
Qatar menyeru kerajaan India untuk segera mengecam kenyataan itu dan memohon maaf secara terbuka kepada semua umat Islam di dunia.
![Isteri pemimpin India meninggal dunia diserang monyet Isteri pemimpin India meninggal dunia diserang monyet](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/41632010662_IsteripemimpinInd.jpg)
Isteri pemimpin India meninggal dunia diserang monyet
Penduduk tempatan turut mengadu berlaku serangan monyet ke atas kanak-kanak, wanita dan kaum lelaki hampir setiap hari di bandar itu.
![Ceritalah: Adakah Modi boleh dihalang? Ceritalah: Adakah Modi boleh dihalang?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-02/51582767356_DelhiAssembly.jpg)
Ceritalah: Adakah Modi boleh dihalang?
AAP menjadi satu-satunya pilihan yang layak bagi orang Islam Delhi sementara BJP hanya salah satu pilihan bagi penganut-penganut Hindu.
![Protes isu kerakyatan berterusan, kerajaan India minta sokongan bintang Bollywood Protes isu kerakyatan berterusan, kerajaan India minta sokongan bintang Bollywood](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-01/51578268171_Demonstrators.jpg)
Protes isu kerakyatan berterusan, kerajaan India minta sokongan bintang Bollywood
Acara yang dianjurkan oleh dua pemimpin senior dari Parti Bharatiya Janata (BJP) itu bertujuan membincangkan soal salah tanggapan tentang CAA.