NEW DELHI: Qatar menuntut permohonan maaf daripada India susulan kenyataan ahli politik parti pemerintah India baru-baru ini yang didakwa menghina Islam.
Kuwait bersama Iran, Arab Saudi dan negara Islam lain pada Ahad turut mengecam kenyataan itu.
Kementerian Luar Qatar telah memanggil duta India untuk menyampaikan nota bantahan berikutan kenyataan yang dikeluarkan anggota Parti Bharatiya Janata (BJP) yang disifatkan "boleh mencetuskan kebencian agama".
Nota bantahan itu disampaikan Menteri Hal Ehwal Luar, Soltan Saad Al Muraikhi.
Sementara itu jurucakap kementerian Majed Mohammed Al Ansari berkata Qatar menyeru kerajaan India untuk segera mengecam kenyataan itu dan memohon maaf secara terbuka kepada semua umat Islam di dunia, memetik laporan Agensi Berita Qatar.
Menurut Kementerian Luar Qatar, penghinaan itu menunjukkan kejahilan tentang peranan penting Islam dalam pembangunan tamadun di seluruh dunia, termasuk di India.
Sehubungan itu BJP pada Ahad menggantung Nupur Sharma yang dikatakan telah membuat kenyataan menghina dalam debat televisyen dan Naveen Jindal atas komennya di media sosial.
"BJP mengecam sekeras-kerasnya penghinaan terhadap mana-mana personaliti mana-mana agama," memetik kenyataan parti itu.
Kementerian Luar Arab Saudi dalam satu kenyataan turut mengecam kenyataan yang dibuat jurucakap BJP yang disifatkan menghina Nabi Muhammad.
Susulan itu juga, Kementerian Luar Iran turut memanggil duta India ke Iran. Kementerian Luar Kuwait juga dilaporkan telah menyerahkan nota bantahan kepada duta India di Kuwait.
Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif, imam Masjidil Haram di Mekah Sheikh Abdul Rahman Al Sudais, setiausaha agung Majlis Kerjasama Teluk (GCC) Nayef Falah Mubarak Al Hajraf dan jurucakap kerajaan sementara Afghanistan Zabihullah Mujahid adalah antara yang turut mengutuk kenyataan provokasi itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 06 2022

Qatar menyeru kerajaan India untuk segera mengecam kenyataan itu dan memohon maaf secara terbuka kepada semua umat Islam di dunia. - Foto fail/AP
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Mohon maaf kepada rakyat Jepun, China bukan isu papan tanda - Menteri Pelancongan
Permohonan maaf yang dibuat kepada rakyat Jepun dan China baru-baru ini ialah berhubung insiden kemalangan, kata Tiong King Sing.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 28 Oktober 2024.

Permohonan maaf Najib tidak bawa apa-apa makna - Anthony
DAP menyifatkan permohonan maaf terbuka Datuk Seri Najib Razak berhubung kes salah laku dalam 1MDB tidak membawa apa-apa makna.

1MDB: PM Anwar terima baik permohonan maaf Najib
"Terima baik, terima baik," katanya ringkas selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Ar-Rahman, Presint 16 di sini hari ini.

Nahas pelajar UiTM Dungun: Suami pemandu wanita lega permohonan maaf diterima baik
Azhar Ahmad berterima kasih kepada waris mangsa yang menghulurkan kemaafan meskipun memahami insiden itu bukan hal mudah untuk ditempuhi mereka.

Kes saman fitnah selesai, Syed Saddiq mohon maaf kepada Habibul Rahman
Kes saman fitnah oleh Habibul Rahman Kadir Shah terhadap Syed Saddiq Syed Abdul Rahman selesai apabila Ahli Parlimen Muar itu membuat permohonan maaf secara terbuka.

Representasi mohon maaf dibuat atas cadangan Peguam Negara - Isham Jalil
Cadangan tersebut dibuat kepada peguam Isham beberapa minggu lalu, sebelum beliau bersetuju memandangkan kos guaman yang agak tinggi.

'Permohonan maaf Dd Chronicle diterima, tapi laporan polis tetap diteruskan'
Amanah tetap dengan tindakan tersebut walaupun menerima permohonan maaf dibuat Dd Chronicle atau nama sebenarnya, Dediy Sulaeman Rae.

Wan Saiful terima permohonan maaf daripada Shukri
Wan Saiful yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu berkata, lelaki terbabit mengakui kesalahan tersebut dilakukan dalam satu video yang tersebar.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 22 Januari 2024.