PADA 24 Februari 2020, pemimpin-pemimpin dua demokrasi terbesar dunia bermesyuarat di Ahmedabad, Gujarat.
Donald Trump dan Narendra Modi adalah dari kawanan burung yang sama -- autokrat yang tidak keberatan untuk berbohong, melemahkan perlembagaan masing-masing, dan menyuarakan racun perkauman. Trump telah membina kemudahan untuk menahan "pendatang tanpa izin" Latino berhampiran sempadan AS dengan Mexico -- Modi melakukan perkara sama dengan orang Islam yang berada dalam keadaan serupa di Assam.
Adakah mesyuarat itu, seperti pertemuan bagi 2020 yang serupa dengan pertemuan Hitler-Mussolini pada tahun 30-an? Tetapi hubungan antara dua gergasi itu jauh daripada sempurna; pertikaian perdagangan dan pelaburan sedang menyelubungi mereka.
Untuk menambah sakit ke atas luka itu, awal bulan ini, Modi menderita satu kekalahan pilihan raya teruk di Pilihan Raya Dewan Perundangan Delhi. Gergasi BJP -- dengan semua wangnya, sokongan media dan serangan pedas anti-Muslim -- gagal untuk mengalahkan Parti Aam Admi ("Orang Biasa") dan pemimpin sederhananya, Ketua Menteri Arvind Kejriwal.
Malah, AAP menang 62 daripada 70 kerusi Dewan dengan BJP --- yang telah memenangi 7 kawasan persekutuan Lok Sabha di ibu negara semasa Pilihan Raya Umum 2019 -- mengambil selebihnya.
Kejriwal yang berkaca mata -- seorang bekas pegawai cukai -- adalah kutub yang bertentangan dengan Narendra Modi yang bombastik dan sekutu-sekutunya: sami garang yang menjadi Ketua Menteri Uttar Pradesh, Yogi Adityanath dan Menteri Dalam Negeri Amit Shah yang bersifat samseng.
Pada tahun 2011, Kejriwal bersama ikon mendokong Gandhi, Anna Hazare berdepan dengan bantahan-bantahan besar dan meluas menuntut untuk menekan kerajaan India supaya menubuhkan "Jan Lakpai" (atau Ombudsman), badan anti-korupsi dengan kuasa drakonian. Berpecah dengan Hazare, beliau menubuhkan AAP pada tahun 2012 memenangi kuasa di pilihan raya Delhi pada tahun 2013 dan sekali lagi pada tahun 2015.
Laju ke depan pada 2020 dan BJP dengan sungguh-aungguh menyerang Kejriwal, melabel beliau sebagai seorang "pengganas" kerana dikatakan berlembut terhadap wanita Islam yang duduk membantah secara damai melakukan halangan di kawasan Shaheen Bagh -- satu nadi lalu lintas penting -- berkaitan Akta Pindaan Kewarganegaraan (CAA).
Yogi Adityanath menuduh Kerjiwal mengirim nasi beryani kepada wanita-wanita itu. Amit Shah menyeru para pengundi Delhi untuk mengundi BJP dengan menekan butang mesin "bersama kemarahan hinggakan karannya dapat dirasakan di Shaheen Bagh."
Sebaliknya, BJP yang dikejutkan.
Jadi, bagaimana Kejriwal melakukannya?
Pertama, beliau menunaikan janji.
Beliau mungkin gagal untuk menubuhkan Jan Kokpal kerana halangan persekutuan, tetapi pentadbiran Kejriwak telah menyediakan orang miskin Delhi dengan elektrik dan penjagaan kesihatan percuma serta sekolah-sekolah awam yang lebih baik --- ia membelanjakan 25 % daripada belanjawan INR600 bilion untuk pendidikan.
Bandingkan perkara ini dengan kerasnya apa yang Modi lakukan terhadap ekonomi India: ia hanya dijangkakan boleh tumbuh 5% (kedudukan paling rendah dalam masa 11 tahun) di mana inflasi berada pada 7.59%. Pengangguran kota pada tahun Januari 2020 adalah 9.7%.
Kedua, Kejriwal mengelak obsesi BJP dengan politik identiti.
Beliau mengakui bahawa pembantah-pembantah di Shaheen Bagh mempunyai hak untuk berdemonstrasi tetapi jalan-jalan di sana seharusnya terbuka -- secara berkesannya mengelak daripada membela mereka secara terbuka.
Lagipun, beliau secara benar menghujahkan bahawa kuasa mengosongkan kawasan itu sebenarnya berada pada Amit Shah sebagai Menteri Dalam Negeri yang mempunyai kuasa.
Ketika mana Ketua Menteri menjawab balik: "Saya kata marilah dirikanlah lebih banyak sekolah; mereka kata Shaheen Bagh... saya kata, mari kita bina lebih banyak hospital; mereka kata Shaheen Bagh. Saya bercakap mengenai bekalan kuasa yang tidak terjejas; mereka kata Shaheen Bagh. Tidakkah ada isu lain di Delhi?"
Akhirnya, AAP merangkul patriotisme dan keimanan. Tidak seperti Parti Kongres (yang tidak memenangi sebarang kerusi), AAP menyokong pemansuhan kontroversi status istimewa Jammu dan Kashmir.
Walaupun kontroversi, Kejriwal melawat kuil Hanuman di Delhi semasa dan selepas kempen (beliau sudah lama merupakan penyembah dewa monyet itu). Ucapan kemenangan beliau mengandungi slogan seperti "Bharat Mata Ki Jai" ("Kemenangan bagi Bonda India") dan "Inquilab Zindabad" ("Hidup Revolusi") dan "Vanade Mataram" ("Saya Memujamu, Bonda (India)).
Pengambilalihan Kejriwal terhadap nasionalisme India dan budaya Hindu boleh diketepikan sebagai untuk dirinya. Tetapi kedua-duanya akan terus wujud. Terdapat perkara-perkara yang perlu diselesaikan.
Adakah ia bermakna menekan para minoriti? Tidak semestinya, seperti mana contoh yang AAP tunjukkan. Dan tiada manfaatnya untuk menyorakkan pluralisme jika anda tidak membuat sesuatu untuk mengurangkan ketidakadilan sosio-ekonomi.
Seperti mana pengarang yang dapat memberi gambaran tepat, Sagarika Ghose menulis dalam kolumnya di Times of India: "Sekularisme tidak bermakna menolak kepercayaan peribadi. Ia bermakna bahawa negara mesti tidak melakukan diskriminasi di antara agama. Inovasi AAP adalah melayan Hinduisme sebagai semata-mata bentuk budaya, ia menolak untuk bersaing dengan ukuran BJP dan terperangkap pada kontroversi-kontroversi kegemaran BJP."
Sebaliknya, pendekatan garis keras BJP menghancurkan pangkalan undi mereka sendiri. AAP menjadi satu-satunya pilihan yang layak bagi orang Islam Delhi (12% daripada penduduknya). Sementara itu, BJP adalah hanya salah satu pilihan bagi penganut-penganut Hindu dan ia bukan suatu yang bagus.
Maka: ia adalah kemenangan ketiga Arvind Kejriwal, musuh Modi?
Mungkin tidak. Memenangi ibu kota (Trump hanya menang 38% daripada undi Washington DC pada pilihan raya Presiden 2016) adalah bukti bahawa anda boleh menang di seluruh negara.
Juga, undi Delhi mungkin hanya mengundi secara taktik: AAP yang berminda pembangunan tumpu pada peringkat tempatan dam BJP yang digerakkan secara ideologi adalah untuk Pusat.
Malah, pilihan raya India cenderong untuk menentang penyandang-penyandang di peringkat nasional pada pertandingan wilayah. Modi masih menang dalam pilihan raya 2019 walaupun BJP kalah dalam 6 pilihan raya negeri sejak Disember 2016 hingga sekarang.
Kisah "sebenar" pilihan raya Dewan Delhi merosot pada peringkat yang tidak relevan di Kongres.
Untuk mengalahkan Modi yang autoritarian, seseorang perlukan pemimpin nasional kuat yang menyelaras pemain-pemain serantau anti-BJP -- Kejiriwal dan Mamata Banerjee (Ketua Menteri Benggala Barat) hari ini.
Begitulah bagaimana Sonia Ganfhi menaikkan Manmohan Singh untuk jawatan perdana menteri pada tahun 2004 dengan membentuk perikatan antara parti-parti kiri dan wilayah.
Perkara ini tidak berlaku di bawah anaknya, Rahul. Dan sehingga seseorang boleh melakukannya, gergasi BJP pimpinan Modi akan mencerminkan dewa Jaganath yang mana asal usulnya ungkapan "Lord of the Universe" (Tuan Alam Semesta) dan kelihatannya tidak dapat dihalang.
* Ikuti Karim Raslan di Twitter @fromKMR / Instagram @fromkmr
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Karim Raslan
Thu Feb 27 2020
Kejriwal (kiri) mengunjungi kuil Hanuman di Delhi. Foto India Today/Ceritalah
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Hampir 13.2 juta kanak-kanak di AS dijangkiti COVID-19
Setakat 12 Mei lalu, lebih 93,000 kes jangkitan COVID-19 membabitkan kanak-kanak dilaporkan, iaitu peningkatan sebanyak 76 peratus berbanding dua minggu lalu, menurut laporan itu.
Ceritalah: Adakah Modi boleh dihalang?
AAP menjadi satu-satunya pilihan yang layak bagi orang Islam Delhi sementara BJP hanya salah satu pilihan bagi penganut-penganut Hindu.