Menurut salah seorang penduduknya, Ali Zaiout, beliau yakin bahawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu tidak akan menghentikan peperangan di negara itu sekiranya bukan untuk bakal Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Israel dan Hezbollah, yang disokong Iran, telah berbalas serangan selama lebih setahun seiring dengan perang di Gaza.
Namun, sejak akhir September, pertempuran semakin memuncak apabila tentera Israel memperhebat serangan bom di selatan dan timur Lubnan serta melakukan serangan darat di kawasan sempadan.
Hezbollah pula dilaporkan meningkatkan pelancaran roket dan dron terhadap Israel setiap hari.
Israel mendakwa mereka hanya menyasarkan infrastruktur dan aset ketenteraan Hezbollah tanpa melibatkan orang awam.
Sebaliknya, Hezbollah dan kerajaan Lubnan menyatakan serangan Israel kini tidak terkawal sehingga mengakibatkan jumlah korban melebihi 3,000 sejak Oktober 2023 serta kemusnahan besar di negara itu.