Seorang pelancong wanita dari Jerman mati manakala rakannya masih menerima rawatan selepas disengat obor-obor ketika berenang di pantai peranginan Koh Samui, lapor Bangkok Post.
Kejadian yang berlaku pada Selasa itu menyaksikan Saskia Thies dan rakannya Giovanna Rassi dikejarkan ke Hospital Samui Bangkok selepas menerima rawatan awal akibat disengat obor-obor kotak (box jellyfish) tersebut.
Thies bagaimanapun tidak dapat diselamatkan dan meninggal dunia beberapa jam kemudian.
Insiden itu adalah yang kedua berlaku di negeri Surat Thani tahun ini.
Awal Ogos lalu, seorang wanita tempatan Chayanan Surin, 31, telah disengat oleh spesies obor-obor sama ketika berenang di laut pada waktu malam di Koh Phangan.
Menurut pihak berkuasa, ‘serangan’ obor-obor terhadap Thies dan rakannya berlaku pada jam 8 malam sewaktu kedua-duanya berenang di Pantai Lamai.
Para pekerja resort di tempat mereka menginap telah terdengar jeritan dari pantai dan sejurus bantuan tiba, mereka menjumpai kedua-dua pelancong itu yang mengalami kesakitan teruk akibat kesan sengatan di tubuh mereka.
Sementara menunggu ketibaan ambulans, rawatan awal yang diberikan kepada mangsa adalah dengan mencurahkan cuka ke atas bahagian tubuh yang disengat.
Pakar biologi dari Institut Penyelidikan dan Pembangunan Kawasan Perairan dan Marin Dr Charassri Angtanya berkata, terdapat 36 spesies obor-obor kotak di seluruh dunia dan sebahagian daripadanya sangat beracun.
Angtanya berkata, sesetengah obor-obor kotak menghasilkan bisa yang lebih kuat daripada ular tedung dan mampu membunuh manusia antara 2 hingga 15 minit.
Pihak berkuasa tempatan kini sedang berbincang mengenai langkah-langkah perlu bagi mengelakkan insiden sama berulang, antaranya adalah dengan memastikan setiap pengusaha pusat peranginan pantai agar menyediakan kit rawatan awal termasuk cuka selain memasang jaring keselamatan di kawasan mandi-manda.
Agensi
Fri Oct 09 2015

Sesetengah obor-obor kotak menghasilkan bisa yang lebih kuat daripada ular tedung dan mampu membunuh manusia antara 2 hingga 15 minit. -Foto EPA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Tiga lagi pantai peranginan Thailand dibuka di sebalik lonjakan kes COVID-19
Pembukaan semula itu di bawah konsep "Samui Plus, lanjutan daripada insiatif "Phuket Sandbox", kedua-duanya bertujuan menghidupkan kembali industri pelancongan yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Selepas Phuket, Thailand rancang buka tiga lagi pulau peranginan pada 15 Julai
Koh Samui, Koh Phangan dan Koh Tao kini sibuk membuat persiapan untuk menyambut pelancong asing yang lengkap divaksin bermula 15 Julai.

Budak 2 tahun patah tulang pipi diserang harimau di taman safari
Burns mengalami kecederaan patah tulang pipi dan gambarnya diambil dalam keadaan darah yang masih mengalir daripada pipinya

Ribut Pabuk tinggalkan Thailand, lapangan terbang kembali beroperasi
Pabuk yang bergerak pada kelajuan 75 KM sejam itu membawa hujan lebat dan angin kencang ke selatan Thailand dan telah menjejaskan bekalan elektrik serta mengakibatkan banjir di beberapa kawasan.

Ribut tropika Pabuk: Penerbangan dibatalkan, lapangan terbang ditutup
Jika anda sudah mengemas bagasi untuk menikmati percutian singkat ke Koh Samui, Thailand pada hujung minggu ini, anda mungkin perlu berfikir dua kali.

Jalan masuk ke Koh Samui ditutup sepenuhnya
Jabatan Meteorologi Thai memberi amaran hujan lebat berserta angin kencang di beberapa wilayah dijangka berlaku termasuk pulau perangin popular Samui, Phuket dan Krabi.

Justo beri kerjasama penuh kepada polis Malaysia
Warga Switzerland Xavier Andre Justo memberi kerjasama penuh kepada pasukan tiga anggota polis Malaysia pada sesi mengambil keterangan selama 90 minit di Penjara Reman Bangkok di sini.

Tentera Thai tarik perintah berkurung di Pattaya, Phuket dan Koh Samui
Majlis tentera Thailand hari ini mengumumkan penarikan balik perintah berkurung di kawasan pelancongan utama.