BANGKOK: Tiga pulau peranginan di Surat Thani, selatan Thailand - Koh Samui, Koh Phangan dan Koh Tao - kini sibuk membuat persiapan untuk menyambut pelancong asing yang lengkap divaksin bermula 15 Julai, dalam usaha menghidupkan kembali industri pelancongan yang terjejas teruk.
Seminggu selepas pelancaran "Phuket Sandbox" pada 1 Julai, Thailand kini beralih tumpuan kepada inisiatif "Samui Plus" bakal menyaksikan pelancong antarabangsa dari negara berisiko rendah dan sederhana boleh mengunjungi pulau-pulau berkenaan tanpa menjalani kuarantin 14 hari di hotel.
Lembaga Pelancongan Thailand (TAT) menyatakan permohonan Sijil Kebenaran Masuk (CoE) untuk "Samui Plus" dijadual dibuka minggu ini.
Gabenor TAT, Yuthasak Supasorn berkata, sekurang-kurangnya 1,000 pelancong asing dijangka tiba dan menjana sekitar 100 juta baht untuk 30 hari pertama pembukaan semula.
Beliau menjangkakan ketibaan pengunjung adalah lebih sedikit di bawah program "Samui Plus" kerana pendekatan ini mempunyai lebih banyak sekatan.
"Pulau-pulau itu akan menarik kumpulan pelancong tertentu yang sememangnya suka mengunjungi Koh Samui, untuk merasai pengalaman kesihatan dan kesejahteraan atau mereka yang ingin belajar menyelam," katanya.
Inisiatif "Samui Plus" sedang menunggu kelulusan Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA).
Pada 1 Julai, Phuket sudah mula menyambut ketibaan pelancong asing yang lengkap divaksin di bawah projek perintis untuk membuka semula industri pelancongannya yang merudum akibat pandemik COVID-19.
Dalam lima hari pertama, sejumlah 32 penerbangan masuk dari Eropah, Timur Tengah dan Asia mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket, membawa 1,896 pelancong.
Thailand merancang membuka lebih luas pintunya kepada pelancong yang sudah divaksin untuk membantu merancakkan semula industri berkenaan.
Susulan syarat kemasukan yang ketat dan langkah kuarantin tahun lalu, ketibaan pelancong ke negara itu merosot kepada 6.7 juta tahun lalu berbanding hampir 40 juta pada 2019.
Pada 16 Jun, Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha mengumumkan Thailand bakal membuka semula pintunya kepada pengunjung lengkap divaksin dalam tempoh 120 hari atau pada pertengahan Oktober.
Di bawah inisiatif "Samui Plus", pelancong asing yang sudah divaksin dari negara berisiko rendah dan sederhana dikecualikan menjalani kuarantin tetapi harus tinggal di pulau terbabit selama 14 hari sebelum meneruskan perjalanan ke wilayah lain di negara ini.
Pelancong asing mesti memohon CoE dan membeli insurans perubatan yang merangkumi rawatan COVID-19 dengan kos sehingga US$100,000 serta negatif ujian RT-PCR dalam tempoh 72 jam sebelum berlepas.
Selain itu, pelancong asing hendaklah divaksin sepenuhnya dengan vaksin diiktiraf Kementerian Kesihatan Awam Thailand atau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tidak kurang dari 14 hari sebelum tarikh perjalanan.
Pelancong juga mesti menempah dan membayar penginapan hotel di Pentadbiran Keselamatan dan Kesihatan.
Bagi pengunjung yang tiba di Koh Samui, setelah disahkan negatif COVID-19, mereka mesti berada di bilik hotel selama tiga hari pertama, dan hanya dibenarkan meninggalkan bilik untuk ke kawasan yang dibenarkan.
Hari ke empat hingga tujuh, pelancong boleh melakukan perjalanan mengikut atur cara program lawatan di Koh Samui sahaja.
Pada hari ke lapan hingga ke 14 boleh berjalan-jalan di Koh Samui, Koh Phangan dan Koh Tao.
Sekiranya disahkan negatif pada hari ke-15, barulah mereka boleh melancong ke wilayah lain di Thailand.
- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 07 2021

Koh Samui, Koh Phangan dan Koh Tao kini sibuk membuat persiapan untuk menyambut pelancgong asing yang lengkap divaksin bermula 15 Julai. - Gamnbar Instagram THAILAND
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Isteri hilang ditemui maut bersama 'kekasih gelap'
Seorang lelaki di Thailand yang mencari isteri hilang dikejutkan dengan penemuan wanita itu yang maut bersama bersama kekasihnya dalam kereta diletakkan di jalan dekat wilayah tengah Chachoengsao.

Upah tinggi faktor rakyat tempatan sanggup jadi tali barut bawa masuk PATI
Ganjaran lumayan menyebabkan segelintir rakyat tempatan sanggup menjadi tali barut kepada sindiket penyeludupan pendatang tanpa izin dengan bertindak sebagai tekong darat.

Sindiket penipuan kerja Myanmar: Kementerian Luar bantu 15 rakyat Malaysia di Thailand
Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok kini berhubung rapat dengan pihak berkuasa Thailand bagi mengesahkan identiti rakyat Malaysia yang terlibat.

Keputusan kes dadah penyanyi wanita terkenal Kelantan dan lima yang lain diketahui 6 Mac
Mahkamah Wilayah Narathiwat akan membuat keputusan kes dadah membabitkan penyanyi terkenal Kelantan bersama suami dan empat rakannya pada 6 Mac depan.

TDM tahan 15 pendatang tanpa izin warga Myanmar, Thailand
Angkatan Tentera Darat Malaysia (TDM) menahan 15 pendatang asing tanpa izin warga Myanmar dan Thailand dalam dua tangkapan berasingan di daerah Kubang Pasu, semalam dan hari ini.

Thailand ketatkan kawalan sempadan selepas potong bekalan elektrik ke Myanmar
Polis peronda sempadan Thailand dan pasukan tentera telah menguatkan keselamatan di sepanjang sempadan dan semua agensi yang berkaitan.

ACC: BG Pathum United sekat impian Terengganu ke separuh akhir
Kekalahan itu sekali gus melenyapkan impian anak buah Badrul Afzan Razali untuk ke pusingan kalah mati selepas jatuh ke kedudukan keempat.

Rizal Tisin kini bimbing skuad berbasikal trek Thailand
Mohd Rizal berkata beliau diberikan kontrak selama setahun oleh Thaicycling Association.

Industri seks bukan produk pelancongan direstui kerajaan Thailand - Narong Sangprasita
Aktiviti seks yang kelihatan di depan mata di beberapa wilayah Thailand bertentangan dengan undang-undang negara itu.