CHICAGO: Seorang pelajar dilaporkan maut manakala tiga lagi cedera parah dalam insiden tembakan di luar perkarangan sekolah menengah di Chicago, Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba Chicago, Larry Langford, kejadian berlaku di Sekolah Menengah Benito Juarez selepas habis waktu persekolahan.

Katanya, kesemua mangsa dikejarkan ke Hospital Stroger untuk menerima rawatan.

Perincian kes berkenaan tidak dinyatakan namun siasatan masih dijalankan bagi mengetahui suspek yang terlibat dan punca kejadian.