KUALA LUMPUR: Semangat juang sebagai anggota Sang Saka Biru dalam menjaga keselamatan mendorong Sarjan Mohd Hasif Roslan cuba menghentikan insiden tembakan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor meskipun beliau mengalami kecederaan ketika kejadian pada 17 Mei lepas.
Berdepan situasi getir dalam insiden itu, Mohd Hasif yang bertugas di Bahagian Ronda Cegah Jenayah di balai terbabit, meletakkan dirinya dalam bahaya ketika berhadapan penyerang yang sebelum itu telah menetak rakan sepasukannya sehingga meninggal dunia.
Menceritakan semula kejadian itu, Mohd Hasif, 38, berkata, beliau segera kembali ke balai selepas keluar meronda pada 2.30 pagi apabila menerima arahan daripada ketua polis balai ketika itu.
"Apabila sampai di balai, saya terlihat ada sekujur tubuh kaku di sebelah berek sebelum dimaklumkan itu ialah rakan setugas yang telah ditetak.
"Rakan turut memberitahu balai diserang tetapi suspek tidak kelihatan ketika itu .... tiba-tiba, penyerang melepaskan tembakan ke arah kami dan terkena bahagian bahu dan pinggul saya," katanya ketika ditemui selepas Majlis Pemakaian Pangkat Secara Medan dan Posthumous di Pusat Latihan Polis (Pulapol), di sini, baru-baru ini.
Berpantang maut sebelum ajal, Mohd Hasif bersama tiga rakannya cuba menjejaki penyerang terbabit di sekeliling balai sebelum berhenti di sebuah kereta kebal di dalam balai untuk berlindung.
Dalam keadaan cedera dan berlumuran darah, Mohd Hasif tetap gagah melepaskan beberapa das tembakan ke arah penyerang sebelum keluar dari balai terbabit dan dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.
"Apabila sampai di hospital, saya terus hubungi isteri dan maklumkan keadaan kerana tidak mahu dia dan anak-anak risau," katanya.
Dalam kejadian itu, Mohd Hasif cedera di bahagian bahu dan pinggul kiri ketika berbalas tembakan penyerang dalam insiden 2.45 pagi pada 17 Mei.
Selepas hampir sebulan kejadian itu, Mohd Hasif kini masih menerima rawatan secara berkala, namun tidak pernah luntur semangatnya untuk terus menabur bakti dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Beliau yang sudah 14 tahun berkhidmat dalam PDRM itu berkata, sudah menjadi lumrah dalam pasukan itu untuk berkhidmat kepada masyarakat walaupun berdepan dengan cabaran dan dugaan.
"Perkara ini lumrah dalam polis, selagi boleh berkhidmat kita terus berkhidmat," katanya.
Mohd Hasif merupakan seorang daripada tiga anggota Balai Polis Ulu Tiram yang menerima kenaikan pangkat secara medan semalam yang disampaikan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau menerima kenaikan pangkat Sarjan, manakala dua lagi anggota iaitu Konstabel Mohd Khairul Azhar Abbi Paisa dan Lans Koperal Muhammad Aznel Salleh masing-masing dinaikkan pangkat Koperal.
Selain itu, dua anggota polis yang terkorban dalam kejadian itu, Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar dan Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said masing-masing dinaikkan pangkat Koperal secara posthumous.
Dalam kejadian terbabit, Ahmad Azza Fahmi dan Muhamad Syafiq meninggal dunia selepas diserang seorang lelaki bersenjatakan parang, manakala Mohd Hasif cedera ditembak.
Susulan kejadian itu, polis menahan lima ahli keluarga suspek berumur 19 hingga 62 tahun mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma). - BERNAMA
Bernama
Sat Jun 15 2024
![Insiden Balai Polis Ulu Tiram: Semangat juang Sarjan Hasif kekal tempur walau cedera Insiden Balai Polis Ulu Tiram: Semangat juang Sarjan Hasif kekal tempur walau cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718455399_tbSaifuddinNasution.jpg)
Mohd Hasif (kanan) merupakan seorang daripada tiga anggota Balai Polis Ulu Tiram yang menerima kenaikan pangkat secara medan semalam yang disampaikan Saifuddin. - Gambar Bernama
RWMF labuh tirai, catat rekod baharu 26,000 pengunjung
Abdul Karim berkata, hasil kutipan jualan tiket juga meningkat 47 peratus.
Melaka, Indonesia cadang pelayaran dapat pengiktirafan UNESCO
Melaka akan bekerjasama dengan Kerajaan Indonesia bagi membolehkan pelayaran 'Muhibah Budaya Jalur Rempah' mendapat pengiktirafan UNESCO Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.
![NSFC sahkan pemain import diragut NSFC sahkan pemain import diragut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719763779_NegeriSembilanFoot.jpg)
NSFC sahkan pemain import diragut
Kelab Bola Sepak Negeri Sembilan (NSFC) hari ini mengesahkan pemain import mereka Mika Junco menjadi mangsa ragut di Kuala Lumpur pada malam semalam.
Kantin sebuah sekolah di Batu Pahat diarah tutup
Kantin sebuah sekolah menengah di Batu Pahat diarahkan tutup selama 14 hari berikutan 90 pelajar dan sembilan pendidik mengalami keracunan selepas dipercayai memakan ayam goreng di kantin tersebut, Khamis lepas.
Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Ling Tian Soon berkata, arahan penutupan berkuat kuasa bermula Jumaat sehingga 11 Julai itu dikeluarkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Batu Pahat.
Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Ling Tian Soon berkata, arahan penutupan berkuat kuasa bermula Jumaat sehingga 11 Julai itu dikeluarkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Batu Pahat.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61691941883_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 30 Jun 2024.
Jambatan 'mega' China-Hong Kong mula dibuka
Projek mega merentas laut itu dijangka memendekkan perjalanan antara Shenzhen dan Zhongshan daripada dua jam kepada 30 minit.
![Jambatan rentas laut di selatan China dibuka kepada lalu lintas Jambatan rentas laut di selatan China dibuka kepada lalu lintas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719762287_shenzhenzhongshanb.jpg)
Jambatan rentas laut di selatan China dibuka kepada lalu lintas
Laluan pengangkutan baharu itu mempunyai lapan lorong yang direka untuk kelajuan sehingga 100 km sejam.
Jepun lancar wang kertas baharu guna holografi canggih
Menurut kerajaan, hampir 7.5 bilion wang kertas baharu akan dicetak menjelang akhir Mac tahun depan manakala wang kertas sedia ada akan tetap sah walaupun selepas wang kertas baharu diperkenalkan.
Rishi Sunak sifatkan demokrasi UK paling berjaya
Sunak merujuk kepada komen yang disiarkan sebuah stesen televisyen tempatan, yang dibuat penyokong Parti Reform UK yang beraliran kanan, Nigel Farage.
'Freedom Edge' ibarat cipta NATO versi Asia
Korea Utara menyifatkan latihan ketenteraan antara tiga negara - Jepun, Amerika Syarikat dan seteru terdekatnya, Korea Selatan bagaikan mencipta NATO versi Asia.
Kerjasama dikenali sebagai 'Freedom Edge' dalam skala besar-besaran pasukan pertahanan tiga negara terbabit bertujuan untuk meningkatkan keselamatan dan persediaan menghadapi ancaman Korea Utara dan kuasa besar China.
Kerjasama dikenali sebagai 'Freedom Edge' dalam skala besar-besaran pasukan pertahanan tiga negara terbabit bertujuan untuk meningkatkan keselamatan dan persediaan menghadapi ancaman Korea Utara dan kuasa besar China.
![Lima ahli keluarga suspek serang Balai Polis Ulu Tiram dituduh hari ini Lima ahli keluarga suspek serang Balai Polis Ulu Tiram dituduh hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718756931_tembakbalaipolis.jpg)
Lima ahli keluarga suspek serang Balai Polis Ulu Tiram dituduh hari ini
Polis Kontinjen Johor malam tadi mengeluarkan hebahan media berhubung kes berkenaan yang akan disebut di Mahkamah Sesyen Johor Bahru.
![Insiden Balai Polis Ulu Tiram: Semangat juang Sarjan Hasif kekal tempur walau cedera Insiden Balai Polis Ulu Tiram: Semangat juang Sarjan Hasif kekal tempur walau cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718455399_tbSaifuddinNasution.jpg)
Insiden Balai Polis Ulu Tiram: Semangat juang Sarjan Hasif kekal tempur walau cedera
Semangat juang sebagai anggota Sang Saka Biru mendorong Sarjan Mohd Hasif cuba menghentikan insiden tembakan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor meskipun beliau mengalami kecederaan.
![20 ahli 'Geng TR' dihadapkan ke mahkamah 20 ahli 'Geng TR' dihadapkan ke mahkamah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716963371_GengTR.jpg)
20 ahli 'Geng TR' dihadapkan ke mahkamah
20 individu dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan menyertai kumpulan jenayah terancang, Geng TR sejak lima tahun lepas.
![Dadah: 'Jerung' besar jadi sasaran polis - Timbalan Ketua Polis Negara Dadah: 'Jerung' besar jadi sasaran polis - Timbalan Ketua Polis Negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81703823455_AyobKhanMydinPitc.jpg)
Dadah: 'Jerung' besar jadi sasaran polis - Timbalan Ketua Polis Negara
Lebih ramai 'jerung' bakal dicekup polis dalam usaha menumpaskan kegiatan pengedaran dadah di negara ini.
![SOSMA perlu meluas bagi lumpuhkan sindiket jenayah - Ayob Khan SOSMA perlu meluas bagi lumpuhkan sindiket jenayah - Ayob Khan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41695716363_AyobKhan.jpg)
SOSMA perlu meluas bagi lumpuhkan sindiket jenayah - Ayob Khan
Keberkesanan SOSMA dapat dilihat, antaranya untuk membanteras sindiket penyeludupan manusia ketika beliau menjawat jawatan sebagai Ketua Polis Johor.
![Teroka REE: Saifuddin dedah ada elemen pemerdagangan manusia dan buruh paksa Teroka REE: Saifuddin dedah ada elemen pemerdagangan manusia dan buruh paksa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51694692385_SaifuddinNasutionI.jpg)
Teroka REE: Saifuddin dedah ada elemen pemerdagangan manusia dan buruh paksa
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan, wujud elemen pemerdagangan manusia dan buruh paksa dalam kes penerokaan nadir bumi (REE) di Bukit Enggang, Sik, Kedah awal tahun ini.
![Benarkan ikat jamin tahanan SOSMA antara syor penambahbaikan Benarkan ikat jamin tahanan SOSMA antara syor penambahbaikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/51677049081_RamkarpalSingh.jpg)
Benarkan ikat jamin tahanan SOSMA antara syor penambahbaikan
Beberapa sesi libat urus bersama pihak berkepentingan telah diadakan dan syor-syor yang diterima akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri.
![12 sesi libat urus tambah baik akta SOSMA dalam tempoh lima bulan - Ramkarpal 12 sesi libat urus tambah baik akta SOSMA dalam tempoh lima bulan - Ramkarpal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/51677049081_RamkarpalSingh.jpg)
12 sesi libat urus tambah baik akta SOSMA dalam tempoh lima bulan - Ramkarpal
Penambaikan terhadap Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) telah melalui 12 sesi libat urus dalam tempoh hanya lima bulan sejak Kerajaan Perpaduan dibentuk.
![Polis ada kuasa tahan peserta mogok lapar di Penjara Sungai Buloh Polis ada kuasa tahan peserta mogok lapar di Penjara Sungai Buloh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51690973510_TBDATUKHUSSEINOMARKH.jpg)
Polis ada kuasa tahan peserta mogok lapar di Penjara Sungai Buloh
PDRM tidak menolak kemungkinan untuk menahan kumpulan perhimpunan yang masih berada di hadapan pintu masuk Penjara Sungai Buloh.
![Syor penambahbaikan SOSMA diangkat untuk pertimbangan dalam masa terdekat - Ramkarpal Syor penambahbaikan SOSMA diangkat untuk pertimbangan dalam masa terdekat - Ramkarpal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/51677049081_RamkarpalSingh.jpg)
Syor penambahbaikan SOSMA diangkat untuk pertimbangan dalam masa terdekat - Ramkarpal
Cadangan penambahbaikan SOSMA 2012 sedang diteliti bersama Kementerian Dalam Negeri, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Peguam Negara.