Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dalam satu kenyataan berkata, seorang ahli akan dituduh di Mahkamah Sesyen Antipemerdagangan Orang dan seorang lagi di Mahkamah Majistret, kedua-duanya di Klang.
Menurutnya, Asmat @ Asmanira Muhammad Ramly, 44, akan didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.
Sementara itu, ujar Razarudin, kes kedua melibatkan seorang wanita berusia 54 tahun, Mahani Kasim yang akan dituduh di bawah Seksyen 5 (1) Akta Pusat Jagaan 1993.
Jelas Razarudin lagi, kedua-dua tertuduh juga merupakan ahli GISB yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).
Katanya, kedua-dua tertuduh akan didakwa pada jam 9.00 pagi.