Sejumlah 21 individu warga Thailand dikenal pasti tersenarai dalam maklumat yang dibocorkan skandal akaun luar pesisir, Panama Papers, dengan 16 nama sudah disahkan, ujar Pejabat Anti Penggubahan Wang (AMLO) itu pada Jumaat.
“Setakat ini, kami tidak menemui sebarang perkara yang menyalahi undang-undang namun siasatan lanjut diperlukan.
“Perincian siasatan kami bagaimanapun tidak boleh didedahkan buat masa ini,” ujar pemangku Setiausaha Agung AMLO Seehanat Prayoonrat dalam satu sidang media di Bangkok, seperti yang dipetik media tempatan.
Warga Thailand yang disenaraikan dalam maklumat Panama Papers itu antara lain terdiri daripada golongan ahli politik dan usahawan.
BACA: Gabungan media dedah rekod kewangan golongan elit
BACA: 5 perkara anda perlu tahu tentang Panama Papers
Isnin lalu, Konsortium Antarabangsa Wartawan Siasatan (ICIJ) mendedahkan lebih 11 juta dokumen yang didakwa diperoleh dari sebuah firma perundangan di Panama, Mossack Fonseca yang bertanggungjawab mengendalikan urusan penubuhan syarikat luar pesisir.
Terdahulu, pemerintah Singapura menyatakan siasatan akan dijalankan sekiranya terdapat mana-mana individu atau entiti di republik itu yang dinamakan dalam dokumen yang dbocorkan dari firma undang-undang Panama.
Begitu juga dengan Indonesia, pihak berkuasa negara itu akan menjalankan siasatan khsusnya yang melibatkan warganegaranya yang menyembunyikan kekayaan untuk mengelak cukai.
BACA: Singapura, Indonesia akan jalankan siasatan
Agensi
Fri Apr 08 2016

Warga Thailand yang disenaraikan dalam maklumat Panama Papers itu antara lain terdiri daripada golongan ahli politik dan usahawan. - Gambar fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Perbicaraan 'Panama Papers' bermula hari ini
Panama Papers merujuk kepada pendedahan wujudnya 11.5 juta akaun luar pesisir, yang menjadi kaedah kalangan individu terkaya dunia menyembunyikan kekayaan mereka.

Isu Rasuah: Khidmat akaun luar pesisir perlu jadi indikasi tentukan skor CPI
Negara yang menyediakan perkhidmatan berkenaan menjadi tumpuan untuk individu menyimpan harta sama ada diraih secara sah atau sebaliknya.

Pandora Papers: Biasanya akaun luar pesisir diwujudkan untuk lari cukai - Akhbar Satar
Meskipun dibolehkan untuk memiliki akaun tersebut namun ia perlu memenuhi undang-undang negara melalui Bank Negara Malaysia (BNM).

Anwar kemuka usul bahas isu 'Pandora Papers' di Dewan Rakyat
Saya menggesa agar Dewan Rakyat untuk segera membahaskan isu mendesak ini kerana ia telah menyebut beberapa nama besar dalam negara.

Daim, Zafrul, Zahid Hamidi antara disebut pendedahan Pandora Papers - Laporan
Tun Daim menjelaskan kepada Malaysiakini, bukan semua akaun tersebut adalah miliknya dan urusniaga berkaitan adalah sah.

Pandora Papers: Dua ahli politik Malaysia antara 336 didakwa miliki akaun luar pesisir
Pendedahan dibuat pada Ahad oleh ICIJ, melibatkan 600 wartawan daripada 150 organisasi media di 117 negara.

Panama Papers: 21 nama rakyat Thailand tersenarai, 16 sudah disahkan
Walaupun belum menemui sebarang kesalahan undang-undang, pihak berkuasa Thailand akan meneruskan siasatan dalam perkara tersebut.