PANAMA CITY : Perbicaraan 27 individu yang dikaitkan dengan skandal pengubahan wang haram "Panama Papers" bermula di mahkamah jenayah Panama.
Mereka yang dibicarakan termasuk pemilik firma undang-undang Mossac-Fonseca, yang merupakan dalang utama dalam pendedahan dokumen pada 2016 itu.
Panama Papers merujuk kepada pendedahan wujudnya 11.5 juta akaun luar pesisir, yang menjadi kaedah kalangan individu terkaya dunia menyembunyikan kekayaan mereka.
Pendedahan itu sebelum ini menyebabkan peletakan jawatan perdana menteri Iceland, dan mencemar reputasi pemimpin-pemimpin Argentia, Ukraine, ahli politik China dan Presiden Rusia, Vladimir Putin, antaranya.
Perbicaraan yang sebelum ini tertunda bermula dengan barisan peguam Jürgen Mossack, Ramón Fonseca dan beberapa bekas pekerja firma tersebut, berdepan tuduhan pengubahan wang haram.
Mossack dilaporkan hadir untuk perbicaraan, sementara Fonseca dilaporkan tidak hadir kerana maish menerima rawatan di sebuah hospital di Panama.
Kes tersebut tertumpu kepada dakwaan firma tersebut mewujudkan syarikat pesisir untuk memperoleh hartanah di Panama dengan menggunakan sumber wang dari skim rasuah di Brazil, yang dikenali sebagai 'Car Wash'.
Fonseca dalam kenyataan sebelum ini mendedahkan firma yang ditutup pada 2018 itu tidak mempunyai kawalan ke atas bagaimana anak guam mereka menggunakan syarikat yang diwujudkan untuk mereka.
Kedua-dua Mossack dan Fonseca mempunyai kewarganegaraan Panama, dan akan kekal di negara itu kerana Panama tidak mengekstradisi warganya.
Kedua-duanya dilepaskan daripada tuduhan lain pada 2022.
Dokumen Panama Papers kali pertama didedahkan kepada akhbar harian Jerman Suddeutsche Zeitung sebelum dikongsi dengan Konsortium Wartawan Penyiasat Antarabangsa, yang kemudian mula mendedahkan laporan itu dengan kerjasama organisasi media lain pada 2016. - Agensi
Agensi
Tue Apr 09 2024

Perbicaraan 27 individu yang dikaitkan dengan skandal pengubahan wang haram "Panama Papers" bermula di mahkamah jenayah Panama. - Gambar hiasan

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Perbicaraan 'Panama Papers' bermula hari ini
Panama Papers merujuk kepada pendedahan wujudnya 11.5 juta akaun luar pesisir, yang menjadi kaedah kalangan individu terkaya dunia menyembunyikan kekayaan mereka.

Pandora Papers: 'Saya tak ada akaun off-shore, nama saya tidak tersenarai' - Najib
Ahli Parlimen Pekan itu berkata, nama beliau juga tidak pernah disenaraikan dalam Pandora Papers.

Panama Papers: Kumpulan perisik dunia menyamar jadi pelanggan Mossack Fonseca
Ejen rahsia dan pemberi maklumat mereka telah secara berleluasa menggunakan perkhidmatan firma perundangan Panama itu untuk memperoleh data.

Panama Papers: Giliran PM Britain, David Cameron akan letak jawatan?
Mungkinkah Perdana Menteri Britain David Cameron, mengikut jejak Perdana Menteri Iceland, meletak jawatan susulan pendedahan Panama Papers?

Panama Papers: PM Britain David Cameron didakwa sudah hilang kepercayaan
Dakwaan itu dinyatakan pemimpin Parti Buruh, Jeremy Corbyn atas alasan pengakuan Cameron sebelum ini menimbulkan persoalan berhubung isu integriti.

Panama Papers: Barcelona janji bantu Lionel Messi
Barcelona sedia bantuan perundangan dan kewangan untuk Messi menyaman akhbar tempatan yang mengaitkannya dengan cubaan elak cukai.

Iceland namakan Perdana Menteri baharu, jalankan pilihan raya musim luruh
Beliau menggantikan Sigmundur David Gunnlaugsson, 41, yang meletakkan jawatan pada Selasa berikutan pendedahan Panama Papers.

Panama Papers: Firma Mossack Fonseca dakwa sistemnya 'digodam dari luar negara'
Ramon Fonseca berkata, tiada siapa yang bercakap tentang penggodaman, dan itu satu-satunya unsur jenayah yang telah dilakukan.

Panama Papers: 'Tiada lagi hubungan dengan dua syarikat itu' - Nazifuddin Najib
Datuk Mohd Nazifuddin Najib berkata beliau tidak ada hubungan dengan dua syarikat seperti yang diterbitkan di dalam Panama Papers.