Baru-baru ini, kumpulan hak asasi haiwan membawa anjing tersebut, Pudding, ke upacara peringatan untuk semua mangsa nahas udara.
Menurut wakil CARE, Kim, Pudding tetap diam sepanjang upacara peringatan tersebut dan langsung tidak menyalak. Keputusan untuk membawa Pudding ke majlis pengebumian tuannya dibuat sebagai tanda penghormatan terakhir.
“Saya rasa Pudding perlu mengucapkan selamat tinggal kepada pemiliknya buat kali terakhir sebelum mencari rumah baharu,” katanya.
Pada masa sama, anjing comel itu dilaporkan beberapa kali menundukkan kepalanya sepanjang upacara tersebut dan kelihatan agak sedih apabila orang ramai meletakkan bunga di sekitarnya.
A post shared by 동물권단체 케어 (@care_korea_official)
Menurut Kim, ramai yang telah menunjukkan minat untuk menjaga Pudding, dan proses pengambilan sebagai penjagaan baharu dijangka bermula pada hari ini (6 Januari).
Terdahulu, CARE telah menyelamatkan Pudding di sebuah kampung selepas anjing itu berkeliaran selama beberapa hari menunggu kepulangan tuannya.
CARE juga membawa anjing tersebut ke klinik veterinar setelah mendapati ia muntah mengandungi tulang ayam dan bawang, yang berpotensi membahayakan kesihatannya. - (Artikel ini diterbitkan di portal Astro Gempak)
Sumber: World of Buzz , Instagram