MUAN: Kementerian Pengangkutan Korea Selatan mengesahkan kedua-dua dua kotak hitam dari pesawat Jeju Air 7C2216 yang terhempas pagi tadi, telah ditemukan.


Ringkasan AI
  • Kementerian Pengangkutan Korea Selatan mengesahkan kedua-dua kotak hitam dari pesawat Jeju Air 7C2216 telah ditemukan.
  • Data penerbangan dan rakaman suara akan digunakan untuk mengenal pasti punca sebenar nahas.
  • Pihak berkuasa percaya insiden mungkin berpunca daripada serangan burung yang menyebabkan kegagalan gear pendaratan.


Dalam taklimat yang disiarkan di televisyen, seorang pegawai memaklumkan kedua-dua data penerbangan dan rakaman suara telah diperoleh bagi membolehkan mereka mengenal pasti punca sebenar nahas itu.

Pesawat penumpang dengan 175 penumpang, termasuk 173 warga Korea Selatan dan dua warga Thailand, serta enam kru, terhempas ketika cuba mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan, kira-kira 290 km barat daya Seoul, pada jam 9.07 pagi Ahad.

Pesawat berkenaan yang berlepas dari Bangkok, Thailand, terbabas dari landasan dan merempuh dinding luar landasan sebelum terbakar.

Kesemua penumpang dianggap meninggal dunia, kecuali dua anak kapal berusia 33 dan 25 tahun. Operasi mencari mangsa masih diteruskan.

Pihak berkuasa berkata insiden itu mungkin berpunca daripada serangan burung yang membawa kepada kegagalan gear pendaratan.