Polis California, Amerika Syarikat sedang memburu seorang lelaki yang menghabiskan masa lebih tiga jam asyik ‘menjilat’ loceng pintu, ketika penghuninya sedang asyik dibuai mimpi.

Pemilik kediaman terbabit, Sylvia Dungan memberitahu media yang dia tidak ada di rumah ketika kejadian, tetapi anak-anaknya sedang tidur.

Lapor Sky News, hasil pemeriksaan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), terdapat notifikasi berhubung ‘aktiviti’ mengejutkan di hadapan pintu masuk kediaman terbabit.

Suspek yang dikenali sebagai Roberto Arroyo itu kelihatan menjilat loceng pintu sambil merenung kepada kamera CCTV.

Klip rakaman CCTV terbabit telah tersebar dan mendapat perhatian ratusan ribu pengikut media sosial.


Sejurus menyedari loceng pintu rumah mereka dijilat, keluarga itu telah membuat laporan polis yang kemudiannya mengenal pasti sus[pek sebagai Roberto Daniel Arroyo.


Polis berkata Roberto juga telah berkelakuan ‘kurang sopan’ di laman anggota keluarga itu, selepas menjilat loceng selama tiga jam.

Roberto berhadapan dua pendakwaan, mencuri dan berkeliaran di kawasan yang tidak sepatutnya.