Pihak berkuasa tempatan Florida, Amerika Syarikat terkejut apabila menemui lebih 100 bangkai kucing yang mereput dalam sebuah kediaman yang dihuni sepasang warga emas.
Lebih menjelekkan, pihak berkuasa yang memasuki rumah Cheryl Smith dan John Ellis itu turut menemui 63 bangkai haiwan itu yang disimpan beku dalam peti sejuk.
Bangkai kucing yang selebihnya ditanam di halaman rumah.
Unit pendingin hawa di rumah tersebut juga didapati sudah tidak berfungsi lantaran tersumbat dengan bulu kucing. Keadaan itu menyebabkan Cheryl, 70 tahun, seorang bekas jururawat, dan John, 66 tahun, seorang veteran tentera, sesak nafas dalam bahang iklim Florida.
Metro UK yang memetik berita Fox melaporkan, sekumpulan pembersih yang ditugaskan untuk membantu pasangan itu juga mendapati rumah itu dipenuhi pijat, lipas, labah-labah dan semut.
Lantai rumah itu ditutup dengan tiga lapisan permaidani, namun permukaannya dikotori kencing kucing dan najis daripada tikus dan lipas.
Keadaan itu membuatkan Cheryl, yang menghidap skoliosis (sakit tulang belakang), terpaksa tidur di atas kerusi.
Media tempatan melaporkan, John pula lazimnya terpaksa tidur di atas tilam yang ‘kelihatan seperti dari lokasi jenayah’.
Ceritanya bermula daripada tabiat Cheryl dan John yang suka menyelamatkan kucing terbiar sejak tahun 1990-an, dengan niat untuk memberi tempat tinggal yang lebih baik.
Mereka bagaimanapun tidak mampu menghantar haiwan itu untuk dikembiri.
Selama bertahun-tahun, kucing-kucing itu terus membiak, hingga mencetus masalah kepada pasangan berkenaan.
Sejak pendedahan itu, pasangan tersebut telah dibantu oleh sekumpulan petugas sukarelawan khas untuk membersihkan kediaman mereka.
Agensi
Wed Jan 03 2018
![Lebih 100 kucing ditemui mati reput dalam rumah pasangan warga emas Lebih 100 kucing ditemui mati reput dalam rumah pasangan warga emas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-01/41514982080_CatDies.jpg)
Selama bertahun-tahun, kucing-kucing itu terus membiak, hingga mencetus masalah kepada pasangan berkenaan. - Metro.co.uk
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Bekas pegawai perisikan dakwa kerajaan AS sembunyikan UFO Bekas pegawai perisikan dakwa kerajaan AS sembunyikan UFO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51690516511_DavidGrusch.jpg)
Bekas pegawai perisikan dakwa kerajaan AS sembunyikan UFO
David Grusch mengulangi dakwaannya bahawa kerajaan AS masih menyimpan bangkai UFO yang terhempas dengan mayat makhluk asing di dalamnya.
![Lelaki ditahan bantu siasatan penemuan bangkai, rangka kucing Lelaki ditahan bantu siasatan penemuan bangkai, rangka kucing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/61677669812_PolisLogoPolisP.jpg)
Lelaki ditahan bantu siasatan penemuan bangkai, rangka kucing
Suspek yang berusia 31 tahun telah ditahan di Cheras, pada Sabtu.
![Bangkai Harimau Tasmanian ditemui tersimpan dalam almari muzium Bangkai Harimau Tasmanian ditemui tersimpan dalam almari muzium](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/81670456103_BangkaiHarimauTasm.jpg)
Bangkai Harimau Tasmanian ditemui tersimpan dalam almari muzium
Spesies Thylacine itu mati semasa dalam kurungan di Zoo Hobart pada 1936 dan bangkainya diberikan kepada muzium tempatan.
![Bangkai sotong gergasi terdampar di pantai Bangkai sotong gergasi terdampar di pantai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/51651880436_Bangkaisotonggerga.jpg)
Bangkai sotong gergasi terdampar di pantai
Berdasarkan kepada luka yang terdapat pada bangkai haiwan itu, ia dipercayai mati selepas dilanggar oleh kapal di laut.
![Tapir betina mati dilanggar Tapir betina mati dilanggar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/81637034726_Tapirbetinamatid.jpg)
Tapir betina mati dilanggar
Tapir seberat 340 kilogram (kg) itu ditemui mati oleh seorang pegawai Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) pada jam 6 petang Jumaat lalu.
![Bangkai buaya tembaga tanpa gigi ditemui di Taiping Bangkai buaya tembaga tanpa gigi ditemui di Taiping](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/51633188633_bangkaibuaya.jpg)
Bangkai buaya tembaga tanpa gigi ditemui di Taiping
Bangkai seekor buaya tembaga dianggarkan sepanjang 4.5 meter ditemui di Sungai Trong, Kampung Kuala Trong di sini pada Jumaat.
![Puluhan penguin ditemui mati akibat disengat lebah Puluhan penguin ditemui mati akibat disengat lebah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/41632272682_TBAFRICANPENGUIN.jpg)
Puluhan penguin ditemui mati akibat disengat lebah
Bangkai penguin berkenaan bersama lebah ditemui di pesisir pantai Bandar Simon, pada Isnin.
![2 anak gajah ditemui mati makan racun 2 anak gajah ditemui mati makan racun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/41620227924_anakgajahmatit.jpg)
2 anak gajah ditemui mati makan racun
Dua bangkai anak gajah ditemukan di sebuah kebun sayur tinggal berhampiran dengan Empangan Kahang dan Hutan Simpan Kluang, dekat Kluang semalam, disyaki termakan racun.
![Titisan darah, bau bangkai, rupanya ular sawa 3.6 meter Titisan darah, bau bangkai, rupanya ular sawa 3.6 meter](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/81617505136_ular.jpg)
Titisan darah, bau bangkai, rupanya ular sawa 3.6 meter
Seorang wanita tergamam apabila menyedari terdapat titisan darah daripada bonet hadapan kenderaanya ketika berhenti di sebuah stesen minyak.
![Bangkai gajah pygmy dipotong, disiat ditemukan di Tongod, Sabah Bangkai gajah pygmy dipotong, disiat ditemukan di Tongod, Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/41611415714_Bangkaigajah.jpg)
Bangkai gajah pygmy dipotong, disiat ditemukan di Tongod, Sabah
Bangkai haiwan dilindungi itu ditemukan oleh pekerja ladang berkenaan dekat Kampung Imbak pada pagi Rabu lepas, dalam keadaan reput dipercayai mati selama empat atau lima hari.