SYDNEY: Bangkai Harimau Tasmanian yang terakhir disimpan dan dianggap spesies telah pupus selama 85 tahun telah dijumpai tersembunyi dalam sebuah almari di muzium Australia, lapor BBC.
Spesies Thylacine itu mati semasa dalam kurungan di Zoo Hobart pada 1936 dan bangkainya diberikan kepada muzium tempatan.
Tetapi, apa yang berlaku kepada rangka dan kulitnya selepas itu telah menjadi misteri sehingga hari ini.
Penyelidik baharu telah mendapai bangkai haiwan mirip anjing atau serigala berbelang seperti harimau berada di muzium selama ini, tetapi tidak direkodkan secara betul.
"Selama bertahun-tahun, ramai kurator muzium dan penyelidik mencari bangkainya dan menemui kegagalan kerana tidak rekod harimau itu bertarikh 1936," kata Robert Paddle yang menerbitkan buku pada tahun 2000 mengenai kepupusan spesies tersebut.
"Kami mengandaikan bangkainya telah dibuang," tambahnya.
Tetapi seorang kurator muzium menemui laporan oleh seorang ahli taksidermi yang tidak diterbitkan sehingga mendorong mereka membuat semakan semula koleksi tersebut.
Mereka menjumpai spesimen harimau betina dalam sebuah almari di Jabatan Pendidikan muzium itu.
Populasi Harimau Tasmanian yang berkeliaran di seluruh Australia dikatakan telah pupus akibat tangan manusia dan pemangsa dingo. - Sinar Harian/Agensi
Sinar Harian
Thu Dec 08 2022

Bangkai Harimau Tasmanian yang dijumpai dalam almari di muzium Australia. - Foto agensi

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Bangkai Harimau Tasmanian ditemui tersimpan dalam almari muzium
Spesies Thylacine itu mati semasa dalam kurungan di Zoo Hobart pada 1936 dan bangkainya diberikan kepada muzium tempatan.