TORONTO: Lapan orang maut akibat gelombang haba yang melanda Mexico baru-baru ini, lapor Agensi Anadolu memetik media tempatan.

Suhu melampau di barat laut dan tenggara negara mengakibatkan ramai orang mengalami strok haba dan dimasukkan ke hospital, menurut Kementerian Kesihatan.

Menurut laporan, cuaca panas melampau di negeri Sonora, Veracruz, Quintana Roo dan Oaxaca dijangka berterusan untuk beberapa hari lagi.

Hari-hari paling panas dalam beberapa tahun kebelakangan ini telah direkodkan di Mexico, dengan suhu melebihi 40 darjah Celcius.

-- BERNAMA