ORLANDO: Seorang wanita di Amerika Syarikat (AS) dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup pada Isnin oleh Mahkamah Daerah Orange, Orlando selepas didapati bersalah membunuh teman lelakinya.

Sarah Boone, 47, didakwa pada Oktober tahun lepas atas pertuduhan 'mengurung' teman lelakinya, 
Jorge Torres Jr dalam beg pakaian selama beberapa jam sebelum mangsa lemas dan meninggal dunia.

Menurut dokumen mahkamah, kejadian dilaporkan berlaku pada Februari 2020 selepas pasangan itu bermain permainan 'sorok-sorok' (hide and seek) dalam keadaan mabuk.


Torres memasuki beg pakaian tersebut untuk bersembunyi sementara Boone menutup zip beg berkenaan sebelum tertidur di bilik atas.

Dalam sesi perbicaraan di mahkamah, Boone mendakwa, dia menyangka teman lelakinya itu dapat mengeluarkan diri dari beg pakaian tersebut.

Sebaik terjaga dari tidur, Boone mendapati mangsa tidak sedarkan diri dan terus menghubungi ambulans.