PUTRAJAYA: Seorang bekas pengawal keselamatan berusia 76 tahun antara sembilan banduan yang dijatuhi hukuman mati terlepas daripada hukuman itu selepas hukuman tersebut digantikan kepada penjara seumur hidup selama 30 tahun oleh Mahkamah Persekutuan hari ini.
Panel lima hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat membenarkan permohonan semakan Jun Lam @ Chin See Kong mengikut Akta Semakan Hukuman mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023.
Hakim Tengku Maimun mengetepikan hukuman mati yang dijatuhkan ke atas Jun Lam dan menggantikannya dengan penjara seumur hidup selama 30 tahun. Beliau juga memerintahkannya menjalani hukuman itu mulai 3 Dis 2006, iaitu dari tarikh tangkapan.
Timbalan Pendakwa Raya Tetralina Ahmed Fauzi tidak membantah permohonan semakan itu.
Hakim lain yang turut bersidang, Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim, Hakim Besar Malaya Tan Sri Mohamad Zabidin Mohd Diah dan Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Abu Bakar Jais.
Jun Lam atau nama Islamnya Idris Chin Abdullah, telah dipenjarakan selama 17 tahun.
Pada 10 Okt 2008, Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman mati ke atasnya selepas mendapati dia bersalah mengedar ketamin seberat 1,558 gram di Pintu C11, Bangunan Satelit, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang pada 3 Dis 2006.
Mahkamah Rayuan menolak rayuannya pada 9 Jan 2012 dan Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan sama pada 20 Mac 2014. Dia diwakili peguam Abdul Rashid Ismail.
Sementara itu, lapan lagi banduan termasuk dua warga asing, hukuman mereka juga digantikan kepada hukuman penjara seumur hidup selama 30 tahun. Kesemua mereka diperintahkan menjalani hukuman itu bermula dari tarikh tangkapan.
Timbalan Pendakwa Raya Datuk Yusaini Amir Abdul Karim, P. Sarulatha, Ng Siew Wee dan Tetralina tidak membantah permohonan itu.
Mereka ialah warganegara Ghana, Emmanuel Yaw Tieku, 60, warga Liberia, Nobies Weah Ezike, 52, Mohd Zaiham Mislan, 48, Mohamad Che Tam, 62, Faiz Khairudin, 53, Siew Yoke Keong, 56, Wong Hong, 68 dan Phung Geok Hoay, 70.
Mahkamah turut memerintahkan Mohd Zaiham disebat sebanyak 12 kali.
Kesemua mereka dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi berasingan atas kesalahan mengedar dadah.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 06 2023

Seorang bekas pengawal keselamatan berusia 76 tahun antara sembilan banduan yang dijatuhi hukuman mati terlepas daripada hukuman itu selepas hukuman tersebut digantikan kepada penjara seumur hidup selama 30 tahun. - Gambar hiasan
Tubuh RCI sediakan kertas putih
Kerajaan dicadang menyediakan kertas putih untuk industri padi dan beras sehingga mencetuskan kontroversi berkaitan dakwaan wujudnya beras campur.
KPDN periksa 308 premis, ambil 99 sampel
Sebanyak 308 premis pembungkus dan pengilang beras import diperiksa melibatkan 99 sampel dalam Ops Campur setakat Jumaat.
Akta lapuk sukarkan tindakan penguat kuasa
Peruntukan tidak jelas di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 antara sebab menyukarkan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan mengambil tindakan bagi kes beras campur.

PM lawat bazar Ramadan Rahmah Kamunting, santuni peniaga
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa berkunjung ke Bazar Ramadan Rahmah Kamunting, di sini.

Paras laut global naik lebih tinggi daripada jangkaan - NASA
NASA melaporkan bahawa paras laut global meningkat lebih tinggi daripada jangkaan pada 2024.

Aidilfitri: APAD pantau, pastikan pengendali bas patuhi jadual tambang ditetapkan
Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bakal mengeluarkan 300 Lesen Perubahan Sementara kepada pengusaha bas ekonomi bagi menampung permintaan tinggi sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.
Memperingati 12 tahun pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu
Satu majlis bacaan Yassim dan tahlil diadakan bagi memperingati 10 perwira negara yang terkorban ketika mempertahankan kedaulatan negara daripada pengganas Sulu 12 tahun lalu.
Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat menyifatkan skim ini mengiktiraf risiko peranan suri rumah itu demi keselamatan dan jaminan masa depan golongan berkenaan.
Kes bunuh pelajar vokasional: Tertuduh kelapan dakwa tidak nampak mangsa dibelasah
Tertuduh kelapan kes bunuh pelajar vokasional Lahad Datu dakwa tidak nampak mangsa memaklumkan dibelasah dia dan rakan-rakan tidak menggunakan cara keganasan dalam menyelesaikan kes kecurian wang di asrama itu.
Pengemis cilik: Taktik licik sindiket meraih simpati
Wakil AWANI Borneo Sabah mendekati golongan pengemis kanak-kanak dan Palauh di Kunak yang dibimbangi menjadi mangsa sindiket yang cuba mengambil kesempatan di atas keprihatinan rakyat Malaysia khususnya Sabah.

Warga emas ditemukan maut, dipercayai dibunuh
Mayat warga emas dipercayai dibunuh ditemukan di sebuah rumah di Kampung Baru Puchong, Selangor, semalam.

Usaha bantu golongan memerlukan sentiasa jadi keutamaan kerajaan - Noraini
Usaha membantu golongan memerlukan sentiasa menjadi keutamaan kerajaan dengan pelbagai inisiatif telah tersedia.

Warga emas hilang ketika keluar ke pusat fisioterapi ditemukan maut
Seorang lelaki warga emas ditemukan meninggal dunia di dalam bilik sebuah hotel di sini hari ini, selepas dilaporkan hilang ketika keluar ke pusat fisioterapi pada Selasa lepas.

Hampir 1 daripada 10 warga emas di Korea Selatan hidap penyakit Alzheimer
Jumlah pesakit demensia di Korea Selatan juga dijangka melebihi satu juta orang tahun depan, menurut data yang dikeluarkan.

Warga emas cedera digigit anjing liar ketika pulang dari bazar
Pengadu mendapati anjing tersebut tidak bertuan kerana tidak pernah nampak mana-mana individu yang membawa atau bersama anjing tersebut.

Pejalan kaki warga emas maut dilanggar di Miri
Seorang wanita warga emas maut dalam kemalangan di Jalan Airport, Miri, bahagian utara Sarawak malam tadi.

Wajibkan pemeriksaan kesihatan sebelum daki Gunung Kinabalu
Mewajibkan pemeriksaan kesihatan sebelum mendaki Gunung Kinabalu antara langkah terbaik dalam memastikan keselamatan setiap pendaki, terutamanya dalam kalangan warga emas.

Lelaki warga emas maut berbalas tembakan dengan polis di Johor Bahru
Seorang lelaki warga emas maut dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di Taman Molek, Johor Bahru, kira-kira 3.10 pagi tadi.

Lebih 800 jururawat Sarawak ingin berkhidmat di negeri asal - Dr Sim
Lebih 800 jururawat dari Sarawak yang kini bertugas di luar negeri berhasrat untuk berkhidmat di kampung halaman mereka, kata Timbalan Premier Sarawak.

Warga emas rugi lebih RM100,000 terpedaya pinjaman tidak wujud
Seorang pesara kerugian RM105,311.72 selepas terpedaya sindiket penipuan pinjaman tidak wujud menerusi aplikasi WhatsApp, pada Februari lepas.