ALOR SETAR: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, hari ini bagi berdepan pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat lebih 100 kilogram (kg), hujung bulan lalu.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Dzulkifli Che Othman, 47, dengan dia mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa di hadapan Majistret Siti Norhidayah Mohd. Noor.
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa mengedar dadah berbahaya jenis kanabis atau ganja seberat 100.2 kg di sebuah inap desa dekat Taman Aman, di sini.
Kesalahan itu didakwa dilakukan kira-kira pukul 4.30 petang, 25 Jun lalu.
Pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Farhanah Fuad Mohamad Faiz mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup.
Sekiranya hukuman mati tidak dikenakan, tertuduh hendaklah dikenakan sebatan tidak kurang daripada 15 kali.
Mahkamah menetapkan 1 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menanti laporan kimia dengan tiada sebarang jaminan ditawarkan terhadapnya.
Media sebelum ini melaporkan kejayaan polis merampas lebih 100 kg ganja dari sebuah inap desa yang disewa di Taman Aman.
Menurut Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh, lokasi tersebut disewa suspek yang juga seorang penganggur, dipercayai untuk dijadikan sebagai lokasi transit penyimpanan dadah.
Kesemua ketulan ganja tersebut dimampatkan dalam balutan aluminium (aluminium foil) keemasan dan dibalut plastik lutsinar yang setiap satunya seberat kira-kira 1kg.
Keseluruhan dadah itu bernilai kira-kira RM250,000 dan dianggarkan boleh digunakan kira-kira 20,000 penagih jika terlepas ke pasaran.
Adie Sufian Zulkefli
Thu Jul 04 2024

Tertuduh dihadapkan ke Mahkamah Majistret Alor Setar pada Khamis bagi berdepan pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat lebih 100 kilogram. - Gambar Astro AWANI

1MDB tarik balik saman terhadap Riza Shahriz dan dua pihak lain
Peguam yang mewakili 1MDB dan tiga anak syarikatnya memaklumkan kepada Mahkamah Tinggi, beliau telah menerima arahan untuk menarik balik kes tersebut terhadap semua defendan.

Azerbaijan labur AS$2 bilion di Pakistan - Shehbaz
Presiden Azerbaijan dan PM Pakistan memuktamadkan portfolio pelaburan Azerbaijan bernilai AS$2 bilion dalam projek yang memberi manfaat bersama di Pakistan.

Remaja perempuan dua kali ganda berisiko murung - Noraini
Golongan remaja perempuan Malaysia berdepan dengan risiko menghidap masalah kesihatan berkaitan mental termasuk kemurungan, dua kali ganda lebih tinggi berbanding remaja lelaki.

Tenaga kerja: Kerjasama semua agensi tangani perubahan landskap pekerjaan
Zambry berkata, kerjasama semua pihak adalah penting untuk menangani landskap pekerjaan yang berubah dengan pantas.

Umat Islam harus bina kekuatan ekonomi, kuasai AI dan digital - PM Anwar
Dalam menghadapi persaingan dunia yang sengit dan mencabar, umat Islam perlu merangkul usaha untuk membina kekuatan ekonomi serta menguasai kecerdasan buatan (AI) dan teknologi digital.
Satu juta mahasiswa akan terima pelaburan awal percuma
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata seramai satu juta mahasiswa akan menerima pelaburan awal percuma RM50 menerusi program Celik MADANI.
Denggi: Peningkatan kes di Filipina pada kadar membimbangkan
Jabatan kesihatan memberi amaran peningkatan suhu dan cuaca yang tidak menentu mewujudkan persekitaran pembiakan yang ideal untuk nyamuk, memburukkan lagi keadaan.
PM Thailand arah tindakan keras terhadap e-rokok
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra telah mengarahkan tindakan keras menyeluruh terhadap rokok elektronik, memberi amaran bahawa mana-mana pegawai yang didapati bersubahat akan berdepan tindakan tegas.
Pesawat American Airlines dilencong ke Rom susulan ancaman bom
Penerbangan 292 berpatah balik menuju ke Lapangan Terbang Fiumicino, Rom ketika berada di ruang udara laut Caspian, dengan diiringi dua pesawat Eurofighter tentera udara Itali bagi memastikan pendaratan selamat.
Pilihan Raya Jerman: Kepimpinan Olaf Scholz disifatkan 'malapetaka'
Ramai berpendapat keputusan pilihan raya pada Ahad memperlihatkan kekuatan parti Christian Democratic Union of Germany (CDU), pimpinan calon canselor, Friedrich Merz, namun tidak kurang juga mendakwa keputusan itu meragukan.

Bunuh: Dua buruh kasar terlepas hukuman mati, diganti penjara 30 tahun
Panel hakim menolak rayuan A.Rames dan Tew Siew Kem untuk mengetepikan sabitan terhadap mereka dan menggantikan hukuman mati dengan penjara.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 23 Julai 2024.

Peniaga besi buruk terlepas hukuman mati, digantikan penjara 35 tahun
Panel tiga hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat membenarkan permohonan semakan V Raja.

Edar 100 kg ganja di inap desa, penganggur berdepan tali gantung
Sekiranya hukuman mati tidak dikenakan, tertuduh hendaklah dikenakan sebatan tidak kurang daripada 15 kali.

Dua pemungut telur penyu terlepas hukuman mati
Ia selepas mahkamah sebulat suara menggantikan sabitan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh kepada Seksyen 304 (a) kanun sama.

Bunuh bekas isteri dalam idah: Hukuman mati bapa lima anak diganti penjara 33 tahun
Mahkamah memerintahkan lelaki itu menjalani hukuman penjara dari tarikh tangkap pada 27 Ogos 2005.

Pekerja ladang penggal kepala rakan sekerja terlepas tali gantung, dipenjara 35 tahun
Hukuman mati ke atas seorang bekas pekerja ladang kelapa sawit yang memenggal kepala rakan sekerjanya bagi mendapatkan tengkorak lelaki itu sebagai satu bahan ritual untuk mendapatkan kemenangan loter

Suami isteri menangis syukur terlepas hukuman gantung
Sepasang suami isteri berpelukan dan menitiskan air mata kegembiraan selepas mahkamah melepas dan membebaskan daripada tuduhan mengedar dadah.

Wanita warga Thailand terlepas tali gantung
Hakim Datuk Roslan Abu Bakar membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal mewujudkan kes prima facie.

Dua beranak bebas tuduhan edar dadah, terlepas tali gantung
Dua beranak dibebaskan daripada pertuduhan mengedar 280.7 gram dadah jenis kanabis, oleh Mahkamah Tinggi Ayer Keroh hari ini.