PUTRAJAYA: Dua pemungut telur penyu terlepas daripada tali gantung selepas Mahkamah Rayuan di sini hari ini menggantikan hukuman mati mandatori itu dengan penjara 12 tahun kerana menyebabkan kematian rakan mereka yang cuba meleraikan pergaduhan, lapan tahun lepas.
Panel tiga hakim diketuai Datuk Hadhariah Syed Ismail menjatuhkan hukuman itu ke atas Faizol Aznan Muhamad, 43, dan Mohd Riduan Ismail, 35, selepas mahkamah sebulat suara menggantikan sabitan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh kepada Seksyen 304 (a) kanun sama.
"Oleh itu, hukuman di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan diketepikan dan diganti dengan hukuman penjara 12 tahun bermula dari tarikh ditangkap," kata Hakim Hadhariah yang turut bersidang bersama Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Mohamed Zaini Mazlan.
Faizol dan Mohd Riduan, masing-masing ditangkap pada 2016 dan 2017.
Terdahulu, peguam Ghazali Ismail yang mewakili kedua-dua perayu memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya telah mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk meminda pertuduhan dihadapi anak guamnya di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kepada Seksyen 304 (a) kanun sama dan ianya dipersetujui oleh AGC.
Hukuman penjara 12 tahun bermula dari tarikh tangkap turut dipersetujui oleh kedua-dua pihak katanya, dan perkara itu juga disahkan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Amril Johari.
Pertuduhan di bawah Seksyen 304 (a) dibacakan kepada Faizol Aznan dan Mohd Riduan dan mereka kemudiannya mengaku bersalah atas pertuduhan berkenaan.
Kedua-dua lelaki itu didakwa telah menyebabkan kematian Razak Abdullah, 50, yang juga pemungut telur penyu di tepi Pantai Geliga berhadapan Sekolah Kebangsaan Sri Geliga Chukai, Kemaman kira-kira 7 pagi 3 Jun 2016, mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh juga dikenakan hukuman denda.
Berdasarkan fakta kes, Faizol Aznan telah bertengkar dengan seorang lelaki, yang juga pemungut telur penyu berhubung pembahagian kawasan penyu bertelur di pantai itu.
Razak, yang berada di lokasi kejadian, cuba meleraikan pertengkaran itu namun Faizol Aznan berang lalu memukul muka mangsa bertubi-tubi dengan sebatang kayu sebelum Mohd Riduan secara tiba-tiba masuk campur dan menghentak muka mangsa menggunakan topi keledar.
Pada 9 Ogos 2021, Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu menjatuhkan hukuman mati terhadap Faizol Aznan dan Mohd Riduan selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 07 2024

Ia selepas mahkamah sebulat suara menggantikan sabitan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh kepada Seksyen 304 (a) kanun sama. - Gambar hiasan

Pentadbiran Trump saran kakitangan kerajaan abai arahan Elon Musk
Kakitangan kerajaan boleh sahaja mengabaikan e-mel Elon Musk yang mengarahkan mereka memberi justifikasi terhadap pekerjaan masing-masing.

HLTF-EI capai kemajuan penting dalam beberapa bidang utama - KSU MITI
Pasukan Petugas Peringkat Tinggi mengenai Integrasi Ekonomi ASEAN (HLTF-EI) meraih pencapaian penting dalam beberapa bidang utama khususnya dalam memajukan aspek keutamaan serantau.
AWANI Pagi : ASEAN Kita: Bringing ASEAN Closer to its People
We connect, we collaborate, we grow.
From cultural exchanges to regional cooperation, ASEAN continues to strengthen its people-to-people ties. Our guest for this ASEAN Kita's episode will unravel how these connections shape our shared future, only on Astro AWANI.
From cultural exchanges to regional cooperation, ASEAN continues to strengthen its people-to-people ties. Our guest for this ASEAN Kita's episode will unravel how these connections shape our shared future, only on Astro AWANI.

Program Santuni MADANI: PHB pilih Kampung Palu-Palu sebagai kampung angkat
Program terbabit menyantuni penduduk kampung dengan menumpukan kepada apsek pembangunan pendidikan dan sosioekonomi
Kandungan palsu: individu gagal hadir ke mahkamah ditangkap
MCMC menahan individu muat naik kandungan palsu gagal hadir ke mahkamah

Menteri New Zealand lepaskan jawatan selepas insiden letak tangan di lengan kakitangan
Andrew Bayly kesal dengan tingkah lakunya yang dianggap beliau sebagai "agak berlebihan."

Manchester United akan hentikan 150 hingga 200 lagi pekerja
Manchester United telah mengalami kerugian selama lima tahun berturut-turut dan perkara itu tidak boleh berterusan, kata CEO, Omar Berrada.
PM Thailand arah tindakan keras terhadap e-rokok
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra telah mengarahkan tindakan keras menyeluruh terhadap rokok elektronik, memberi amaran bahawa mana-mana pegawai yang didapati bersubahat akan berdepan tindakan tegas. #AWANInews
Dewan Rakyat: isu RUU pembaharuan semula bandar, banjir antara tumpuan hari ini
Isu berkait cadangan Rang Undang-Undang Pembaharuan Semula Bandar dan langkah proaktif bagi menangani banjir pada musim monsun dijangka menjadi tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Amerika tolak usul kecaman terhadap Rusia di PBB
Keputusan AS tolak resolusi yang disokong Ukraine itu meletakkan Washington dalam kedudukan bertentangan dengan sekutu tradisionalnya di Eropah.

Dua pemungut telur penyu terlepas hukuman mati
Ia selepas mahkamah sebulat suara menggantikan sabitan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh kepada Seksyen 304 (a) kanun sama.

Kes bunuh: Dua pemungut telur penyu dihukum gantung sampai mati
Dua pemungut telur penyu dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada Isnin atas pertuduhan membunuh seorang lelaki pada tahun 2016.