ROM: Ketua Program Makanan Sedunia (WFP) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada Ahad berkata WFP yang berpangkalan di Rom itu akan menghentikan sementara aktiviti kemanusiaannya di Sudan, sehari selepas tiga pekerjanya di negara itu terbunuh.
Pengarah Eksekutif WFP Cindy McCain berkata beliau "terkejut dan kecewa" atas kejadian itu yang berlaku di daerah Kabkabiya di negeri Darfur Utara, Sudan.
Dalam satu kenyataan, McCain mengesahkan laporan bahawa pekerjanya terbunuh semasa menjalankan tugas menyelamatkan nyawa di barisan hadapan krisis kelaparan global. Beliau juga berkata dua lagi pekerja WFP cedera dalam serangan yang sama.
Menurut laporan media kesemua pekerja yang meninggal dunia terdiri daripada warga Sudan.
Dalam satu lagi kejadian juga pada Sabtu, sebuah pesawat milik Perkhidmatan Udara Kemanusiaan WFP rosak teruk di Lapangan Terbang Antarabangsa Khartoum, kata WFP.
"Kehilangan nyawa dalam perkhidmatan kemanusiaan tidak boleh diterima dan saya menuntut langkah segera diambil bagi menjamin keselamatan petugas lain," kata McCain.
"Pekerja bantuan adalah neutral dan tidak sepatutnya menjadi sasaran, dan sebarang ancaman kepada anggota pasukan kami menyukarkan kami untuk beroperasi dengan selamat dan berkesan dalam melaksanakan kerja-kerja kritikal WFP di negara ini," katanya.
McCain berkata WFP akan menghentikan sementara semua aktivitinya di Sudan sambil mengkaji keadaan keselamatan di negara yang dilanda perang itu, lapor Xinhua.
"WFP komited untuk membantu rakyat Sudan yang menghadapi masalah kekurangan makanan yang teruk tetapi kami tidak boleh melakukan kerja menyelamat nyawa jika keselamatan pasukan dan rakan kongsi kami tidak terjamin." kata Mc Cain.
Pertempuran ganas meletus pada Sabtu antara Angkatan Bersenjata Sudan (SAF) dan kumpulan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) di Khartoum dan bandar-bandar lain apabila kedua-dua pihak saling tuduh-menuduh sehingga mencetuskan konflik itu.
Jawatankuasa Doktor Pusat Sudan berkata sekurang-kurangnya 56 orang awam terbunuh manakala 595 lagi cedera, termasuk anggota tentera yang berada dalam keadaan kritikal.
Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres pada Sabtu mengutuk sekeras-kerasnya pertempuran antara kedua-dua pasukan dan menggesa kedua-dua pihak supaya segera menghentikan permusuhan, menurut jurucakapnya .
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 17 2023

Foto satelit oleh Planet Labs PBC menunjukkan kawasan bersebelahan sebuah hospital terbakar di Khartoum, Sudan. - Foto AP

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Ketua UN kecam pembunuhan 3 kakitangan WFP di Sudan
Guterres mengutuk sekeras-kerasnya semua serangan ke atas kakitangan dan kemudahan PBB serta bantuan kemanusiaan.

Pesawat kargo ditembak jatuh disangka milik tentera, tiada mangsa selamat
Pasukan Rapid Support Forces (RSF) yang terlibat dalam konflik di Sudan dipercayai secara tidak sengaja menembak jatuh sebuah pesawat kargo selepas disangka sebagai pesawat tentera.

WFP sambut baik pembukaan semula lintasan sempadan Adre dari Chad ke Sudan
WFP sedang memperluaskan bantuan ke 14 kawasan berisiko dilanda kebuluran di Sudan, terutamanya Darfur, Kordofan, Khartoum dan Gezira.

Hampir 26 juta orang di Sudan alami krisis makanan yang teruk - PBB
Katanya, hampir 26 juta penduduk Sudan termasuk lelaki, wanita dan kanak-kanak mengalami masalah kekurangan makanan yang teruk.

WFP PBB umum segera luaskan bantuan makanan kecemasan di Sudan
WFP memperluaskan bantuan makanan kecemasan dan pemakanan di #Sudan dengan segera di tengah-tengah ancaman kebuluran yang semakin mendesak.

Angka pelarian dunia cecah hampir 76 juta orang
Bilangan penduduk hilang tempat tinggal di sempadan negara mereka sendiri meningkat kepada lebih 50 peratus dalam tempoh lima tahun lalu.

Ketua PBB gesa gencatan senjata sebelum Ramadan di Sudan
Setiausaha Agung PBB menyeru untuk gencatan senjata dalam konflik antara tentera dan kumpulan separa tentera di Sudan menjelang Ramadan.

Sudan: 700,000 kanak-kanak diancam kekurangan zat makanan
UNICEF memberi amaran bahawa puluhan ribu kanak-kanak Sudan mungkin terkorban akibat kekurangan zat makanan.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Sudan gesa pengunduran segera pasukan pengaman PBB
Sudan menggesa pengunduran segera misi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dari negara itu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).