WFP sedang memperluaskan bantuan ke 14 kawasan di Sudan yang sama ada mengalami atau berisiko dilanda kebuluran, terutamanya di Darfur, Kordofan, Khartoum dan Gezira, dengan matlamat untuk membantu sehingga 8.4 juta orang menjelang akhir tahun ini, kata jurucakap WFP di Sudan, Lenny Kinsley, dalam sidang video di Geneva pada Jumaat.
Pembukaan lintasan Adre datang pada masa yang kritikal apabila satu-satunya lintasan sempadan lain dari Chad ke Darfur tidak dapat digunakan akibat hujan lebat, dan kira-kira 30 lori yang membawa bantuan WFP tidak dapat melintasi sungai bermusim yang banjir selama hampir sebulan, kata jurucakap itu.
WFP amat memerlukan pembukaan semua lintasan sempadan lain ke Sudan supaya dapat menggunakan setiap laluan bekalan yang mungkin untuk menghantar bantuan makanan yang diperlukan, katanya.
Ia berkata rundingan damai yang sedang berlangsung di Geneva memberikan peluang penting bagi masyarakat antarabangsa untuk menangani cabaran operasi besar-besaran dan halangan akses secara langsung.
-- BERNAMA