SEOUL: Korea Utara pada Ahad melancarkan beberapa peluru berpandu jelajah dari pantai timurnya, kata tentera Korea Selatan, beberapa hari selepas Pyongyang menguji peluru berpandu jelajah strategik baharu dari pantai barat negara itu.
Ketua Turus Bersama Korea Selatan (JCS) berkata pelancaran peluru berpandu Korea Utara itu dibuat kira-kira 8 pagi di perairan Pelabuhan Shinpo, tetapi tidak menjelaskan lebih lanjut dengan merujuk kepada analisis yang sedang dijalankan.
"Sambil memperkukuh pemantauan dan kewaspadaan kami, tentera kami telah secara rapat menyelaras dengan Amerika Syarikat (AS) untuk memantau provokasi tambahan Korea Utara," menurut JCS dalam kenyataan, lapor Agensi Berita Yonhap
Ini merupakan pelancaran peluru berpandu jelajah kedua Pyongyang tahun ini selepas ia menembak peluru berpandu jelajah strategik yang dinamakan Pulhwasal-3-31 ke Laut Kuning pada Rabu.
Menurut pakar Pulhwasal-3-31 dipercayai merupakan peluru berpandu jelajah berkeupayaan nuklear, memandangkan nombor dalam namanya adalah sama dengan Hwasan-31, kepala peledak nuklear taktikal yang kali pertama didedahkan oleh Korea Utara pada Mac 2023.
Korea Utara telah mencetuskan ketegangan di Semenanjung Korea dengan melancarkan ujian senjata dan retorik keras dalam tahun pilihan raya bagi Korea Selatan dan AS.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 28 2024
Korea Utara telah mencetuskan ketegangan di Semenanjung Korea dengan melancarkan ujian senjata dan retorik keras dalam tahun pilihan raya bagi Korea Selatan dan AS.- Gambar fail/AP
Banjir di Kelantan memburuk, Terengganu beransur pulih, Johor kekal setakat 8 malam
Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk manakala Terengganu beransur pulih dan Johor pula tiada perubahan setakat 8 malam ini.
Banjir: 13 kawasan berbukit dikenal pasti lokasi perpindahan penduduk Gua Musang
Ia merupakan usaha agensi kerajaan dan keselamatan di jajahan Gua Musang dalam melakukan kesiapsiagaan sekiranya berlaku banjir besar kali ini.
ACLE: JDT tewas tipis 0-1 kepada Shandong Taishan
Separuh masa pertama perlawanan menyaksikan insiden kad kuning mewarnai aksi JDT di atas padang.
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kemboja kini destinasi pelaburan yang kompetitif di ASEAN, kata PM Hun Manet
Kemboja menikmati keamanan dan kestabilan politik yang merupakan faktor penting, manakala kerajaan negara itu mengamalkan dasar ekonomi yang paling terbuka dan bebas di Asia.
Populasi panda raksasa peliharaan di dunia cecah 757 ekor
China telah menubuhkan 67 rizab alam semulajadi panda raksasa dan Taman Negara Panda Raksasa, merangkumi kawasan seluas 2.58 juta hektar.
China sasar penembusan pengguna 5G lebih 85 peratus menjelang akhir 2027
Setakat akhir September tahun ini, jumlah stesen pangkalan 5G di China mencapai kira-kira 4.09 juta.
Kim Jong Un arah pengeluaran besar-besaran dron 'bunuh diri'
Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un dilaporkan memantau ujian sistem senjata dron 'bunuh diri' dan mengarahkan pengeluaran besar-besaran senjata itu.
Korea Utara tandatangan perjanjian kerjasama ketenteraan dengan Rusia
Korea Utara menandatangani perjanjian dengan Rusia dengan mewujudkan "perkongsian strategik yang komprehensif", dpa memetik agensi berita Pyongyang, KCNA.
Korea Utara lancar peluru berpandu jarak dekat ke arah Laut Timur
Korea Utara melancarkan beberapa peluru berpandu balistik jarak dekat ke arah Laut Timur pada pagi Selasa.
Menteri Korea Utara janji sokong penuh Rusia dalam perang di Ukraine
Menteri Luar Korea Utara Choe Son Hui berjanji untuk membantu Rusia dalam perang melawan Ukraine "sehingga hari kemenangan" semasa perbincangan dengan rakan sejawatnya Sergei Lavrov di Moscow.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Korea Utara dakwa 1.4 juta orang muda sertai tentera minggu ini
Dakwaan itu dibuat semasa ketegangan di Semenanjung Korea semakin memuncak.
Hubungan makin tegang, Korea Utara musnah jalan raya hubung ke Korea Selatan
Korea Utara pada Selasa memusnahkan sebahagian jalan raya yang menghubungkan negara itu dengan Korea Selatan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Korea Utara lancar 190 lagi belon sampah ke Korea Selatan
Korea Utara melancarkan kira-kira 190 belon yang dipenuhi kertas dan sisa lain ke arah Korea Selatan dan kebanyakannya ditemui di Seoul dan kawasan sekitar.
Pelakon Korea Selatan dipenjara setahun atas kesalahan dadah
Pelakon Yoo Ah-in dijatuhi hukuman penjara setahun pada Selasa (3 Sept) kerana kerap menyalahgunakan dadah terlarang dan ditahan serta-merta, lapor Agensi Berita Yonhap.