Korea Utara mengapungkan belon-belon itu dari malam Jumaat hingga awal pagi Sabtu, dan kira-kira 100 ditemui di ibu negara dan sekitar Wilayah Gyeonggi setakat ini, kata Ketua Turus Bersama.
Tiada bahan berbahaya ditemui dalam belon itu, yang hanya mengandungi kertas buangan, cebisan plastik dan botol.
Korea Utara menyambung semula kempen belonnya sejak Rabu, berlanjutan untuk hari keempat berturut-turut pada Sabtu.
Sebagai tindak balas kepada kempen sedemikian, tentera Selatan melancarkan siaran propaganda anti-Korea Utara setiap hari melalui pembesar suara di sempadan sejak 21 Julai.
Korea Utara menentang risalah anti-Pyongyang dan kempen pembesar suara kerana bimbang kemasukan maklumat dari luar boleh menimbulkan ancaman kepada rejim Kim Jong-un.
-- BERNAMA