SEOUL: Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol pada Rabu berikrar akan berusaha sepenuhnya untuk menangani kadar kelahiran yang sangat rendah di negara itu, lapor Agensi Berita Yonhap.
Yoon membuat kenyataan itu semasa mesyuarat jawatankuasa presiden mengenai kadar kelahiran rendah dan penuaan penduduk di tengah-tengah prospek suram dan amaran bahawa populasi Korea Selatan akhirnya boleh pupus jika trend itu tidak diubah.
Kadar kesuburan di Korea Selatan -- purata bilangan kanak-kanak yang dilahirkan oleh seorang wanita sepanjang hayatnya -- jatuh ke paras terendah baharu sebanyak 0.72 pada tahun 2023. Jumlah itu jauh daripada 2.1 kanak-kanak yang diperlukan untuk mengekalkan populasi semasa Korea Selatan pada 51 juta.
Kerajaan telah mencuba pelbagai insentif untuk membantu menarik keluarga agar mempunyai anak sejak sedekad lalu, tetapi beberapa faktor termasuk harga rumah yang mahal, kos pendidikan dan waktu kerja yang panjang telah menyebabkan golongan muda enggan memulakan keluarga dan mempunyai anak.
Yoon menggariskan tiga bidang utama yang tertumpu kepada keseimbangan kerja dan kehidupan, menambah baik penjagaan kanak-kanak dan menyediakan perumahan yang lebih baik untuk menangani isu kompleks.
Langkah itu termasuk meningkatkan elaun cuti ibu bapa dan melanjutkan cuti untuk bapa, bertujuan untuk meningkatkan kadar penggunaan cuti bapa daripada 6.8 peratus kepada 50 peratus.
Ia juga termasuk melaksanakan waktu kerja yang fleksibel, melanjutkan had umur untuk pengurangan waktu kerja bagi ibu bapa yang mempunyai anak kecil dan menyediakan subsidi kepada majikan yang mengambil pekerja sementara untuk menggantikan pekerja yang mengambil cuti ibu bapa.
Yoon juga berikrar untuk meningkatkan sokongan untuk penjagaan kanak-kanak dan memperluas program selepas sekolah di sekolah rendah untuk meringankan beban pendidikan ke atas ibu bapa.
Isi rumah dengan bayi baru lahir akan diberi keutamaan dalam peruntukan perumahan dan pinjaman faedah rendah untuk pembelian rumah bagi menggalakkan lebih banyak pasangan baru berkahwin mempunyai anak. Selain itu, faedah cukai untuk isi rumah dengan anak akan diperluaskan.
Untuk memastikan pelaksanaan langkah itu, Yoon berkata sebuah kementerian baharu yang dinamakan Kementerian Perancangan Strategi Kependudukan akan ditubuhkan, dan menteri itu akan berkhidmat sebagai timbalan perdana menteri bagi hal ehwal sosial.
Kementerian itu akan bertanggungjawab merangka strategi berkaitan isu kependudukan, termasuk kadar kelahiran rendah, masyarakat yang menua dan dasar imigresen, dengan kuasa untuk menyemak belanjawan dan berunding dengan kerajaan wilayah mengenai projek yang berkaitan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 19 2024

Yoon berkata sebuah kementerian baharu yang dinamakan Kementerian Perancangan Strategi Kependudukan akan ditubuhkan. - Gambar fail

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."

Pendakwa raya fail permohonan lanjutkan tempoh tahanan Yoon
Pendakwa raya pada Jumaat mengemukakan permohonan untuk lanjutan tempoh tahanan Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol sehingga awal bulan depan.

Mahkamah Korea Selatan perintah penahanan rasmi Presiden Yoon
Ini kali pertama dalam sejarah seorang Presiden Korea Selatan yang sedang berkhidmat ditahan.

Presiden Yoon enggan beri keterangan
Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol dilaporkan enggan memberi keterangan semasa sesi soal siasat.

Presiden Korea Selatan tidak hadir sesi pendengaran pertama kes pendakwaannya
Bagi presiden menghadiri perbicaraan, isu keselamatan dan perlindungan peribadi perlu diselesaikan terlebih dahulu, kata peguam.

Penyiasat Korea Selatan panggil Yoon untuk soal siasat pada hari Krismas
Presiden Korea Selatan yang didakwa, Yoon Suk Yeol telah dipanggil untuk disoal siasat pada Rabu depan yang jatuh pada Hari Krismas.

Polis Korea Selatan lancar siasatan terhadap tuduhan khianat Presiden Yoon
Polis Korea Selatan pada Khamis melancarkan siasatan berhubung kes tuduhan pengkhianatan terhadap Presiden Yoon Suk Yeol.

Parti pembangkang Korea Selatan tuntut Presiden Yoon letak jawatan
Parti pembangkang utama Korea Selatan menuntut agar Presiden Yoon Suk Yeol segera meletakkan jawatan selepas pengisytiharan mengejut undang-undang tentera.

Korea Selatan tekad tangani kadar kelahiran rendah - Presiden
Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol berikrar akan berusaha sepenuhnya untuk menangani kadar kelahiran yang sangat rendah di negara itu.

Presiden Yoon, Kishida setuju realisasikan sidang kemuncak Korea Selatan-Jepun-China
Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol dan Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida bersetuju untuk berusaha ke arah merealisasikan sidang kemuncak tiga hala dengan China.

Korea Utara cetus ancaman langsung kepada ASEAN - Presiden Korea Selatan
Program nuklear dan peluru berpandu Korea Utara merupakan ancaman langsung dan wujud kepada ASEAN.