Polis Korea Selatan lancar siasatan terhadap tuduhan khianat Presiden Yoon
Polis Korea Selatan pada Khamis melancarkan siasatan berhubung kes tuduhan pengkhianatan terhadap Presiden Yoon Suk Yeol.
Bernama
Thu Dec 05 2024
Rebuilding Korea Party dan sekumpulan aktivis telah memfailkan aduan terhadap Yoon atas tuduhan pemberontakan. - Foto Reuters
SEOUL: Polis Korea Selatan pada Khamis melancarkan siasatan berhubung kes tuduhan pengkhianatan terhadap Presiden Yoon Suk Yeol, menurut pelbagai laporan media, lapor Xinhua.
Rebuilding Korea Party yang berhaluan kiri dan sekumpulan aktivis telah memfailkan aduan terhadap Yoon atas tuduhan pemberontakan dan beberapa tuduhan lain pada Rabu.
Pejabat Siasatan Kebangsaan (NOI) dipetik sebagai berkata bahawa kedua-dua aduan itu diserahkan kepada pasukan penyiasat keselamatan negara.
Ketua NOI Woo Jong-soo memaklumkan kepada penggubal undang-undang bahawa polis akan segera menangani kes itu mengikut undang-undang dan prosedur yang ditetapkan serta menyatakan kesediaannya untuk menelitinya.