SEOUL: Agensi Polis Kebangsaan Korea Selatan sedang menyiasat 193 kes bayi tidak berdaftar semasa dilahirkan, kata pegawai pada Selasa, di tengah-tengah peningkatan kes penderaan kanak-kanak termasuk penemuan mengejutkan dua mayat bayi baru lahir yang disimpan di peti sejuk.
Polis sedang memperluaskan siasatan ke atas kes "bayi hantu" yang mempunyai rekod perubatan kelahiran tetapi tiada pendaftaran kelahiran rasmi.
Siasatan itu susulan tindakan kerajaan melancarkan kempen di seluruh negara untuk memeriksa kesejahteraan lebih 2,000 bayi yang tidak berdaftar, menurut Agensi Berita Yonhap.
Kempen itu dibuat selepas seorang ibu ditahan bulan lalu atas tuduhan mencekik dua bayinya yang baru lahir, masing-masing pada 2018 dan 2019 dan secara rahsia menyimpan mayat berkenaan di dalam peti sejuk di pangsapurinya di Suwon, 30 kilometer selatan Seoul.
Pegawai berkata agensi polis menerima 209 kes bayi hantu setakat ini dengan 193 daripadanya kini dalam siasatan.
Daripada jumlah itu, 20 telah dikesan dan siasatan sedang dijalankan untuk mengesan 178 yang lain, katanya.
Sebelas daripada bayi itu disahkan meninggal dunia, tujuh tanpa sebarang unsur khianat. Baki empat kes masih dalam siasatan kerana disyaki jenayah.
Daripada 20 kanak-kanak yang lokasinya telah ditemui, sembilan masih hidup dan didapati dijaga dengan baik menyebabkan kes mereka ditolak, kata pegawai.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 04 2023
Pegawai berkata agensi polis menerima 209 kes bayi hantu setakat ini dengan 193 daripadanya kini dalam siasatan.- Gambar hiasan
AS dilanda ribut salji luar biasa
Dua kes kematian berpunca selesema di Texas manakala dua lagi kematian akibat hipotermia di Georgia dan Milwaukee.
31 koperasi Wilayah Persekutuan dalam senarai 100 terbaik negara pada 2024 - Dr Zaliha
Beliau berkata kejayaan menunjukkan potensi besar koperasi sebagai pemacu pembangunan ekonomi komuniti setempat.
Projek LRA Sungai Limau dalam proses penamatan kontraktor - Sanusi
Sanusi berkata setiap projek kerajaan mempunyai prosedur operasi standard serta peraturan yang perlu dipatuhi menurut lunas undang-undang.
Kepengerusian Malaysia dalam ASEAN beri harapan untuk tangani krisis Myanmar - Utusan PBB
Bishop menekankan peranan penting ASEAN dalam menangani krisis itu, dengan menggariskan pendirian berkecualinya dalam isu dalaman.
Kedutaan Malaysia di Bangkok bantu cari warga Sarawak yang hilang
Beliau mengarahkan pasukannya untuk bekerjasama dengan keluarga Andy Jee Ying Kit, yang dilaporkan tiba di Bangkok pada 8 Januari.
Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia beri tumpuan kepada tenaga, ketersambungan - PM Anwar
Selain itu, Anwar berkata, ASEAN juga akan melibatkan diri secara membina dengan kuasa global utama sambil melindungi kedaulatannya.
Penalti Safawi bantu TFC atasi PSM Makassar FC 1-0
Dengan kemenangan itu, TFC menduduki tangga kedua kumpulan dengan berkongsi tujuh mata bersama PSM Makassar.
Warga asing terlibat kebakaran kilang gas meninggal dunia
Mangsa mengalami kesan kebakaran tahap tiga dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang.
ASEAN ambil pendekatan berhati-hati dalam isu Myanmar, kritikal untuk pastikan keamanan - PM Anwar
Pendekatan ASEAN bukanlah dalam bentuk menguatkuasakan sistem tertentu, sebaliknya memastikan wujudnya keterangkuman dan keamanan.
Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
Dr Rundi berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.
Polis Korea Selatan lancar siasatan terhadap tuduhan khianat Presiden Yoon
Polis Korea Selatan pada Khamis melancarkan siasatan berhubung kes tuduhan pengkhianatan terhadap Presiden Yoon Suk Yeol.
Polis Korea Selatan siasat 193 kes 'bayi hantu', 11 disahkan mati
Agensi Polis Kebangsaan Korea Selatan sedang menyiasat 193 kes bayi tidak berdaftar semasa dilahirkan.