TEL AVIV: Benjamin Netanyahu menegaskan, fasa pertempuran sengit antara tentera Israel dan pasukan pejuang dari Palestin, Hamas di Semenanjung Gaza akan berakhir.


Ringkasan AI
  • Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata, fasa pertempuran sengit menentang pejuang Hamas di Semenanjung Gaza akan berakhir namun perang tidak akan berakhir sehingga Hamas tidak lagi menguasai wilayah Palestin.


Bagaimanapun, Perdana Menteri Israel itu memberi peringatan, perang tidak akan berakhir sehingga Hamas tidak lagi menguasai wilayah Palestin.

Tambah Netanyahu, sebaik sahaja pertempuran sengit berakhir di Gaza, Israel akan mengerahkan lebih banyak pasukan di sepanjang sempadan utara dengan Lubnan sekali gus meningkatkan pertempuran dengan Hezbollah yang disokong Iran.

Tambahnya, selepas fasa pertempuran sengit selesai juga, pihaknya mempunyai kemungkinan untuk memindahkan sebahagian daripada pasukan ke utara untuk tujuan pertahanan.

Ini termasuk untuk membawa pulang penduduk Israel yang berada dalam tawanan Hamas, katanya.

Menurut Netanyahu, Israel juga akan mengambil kesemua tindakan secara diplomatik, namun, sekiranya gagal, pihaknya akan melakukannya dengan cara lain.

Banyak bandar Israel berhampiran sempadan Lubnan telah dipindahkan semasa pertempuran.

Netanyahu juga mengulangi menolak idea bahawa Pihak Berkuasa Palestin yang berpangkalan di Tebing Barat mentadbir Gaza menggantikan Hamas. - Agensi