INSTAGRAM sedia memperkenalkan ciri Stories sebelum ini, di mana pengguna boleh berkongsi gambar dan video yang hilang selepas 24 jam ia dikongsikan.

Sejak pengenalan, sebarang mesej yang ditinggalkan di bawah Stories dihantar dalam bentuk DM ke akaun Instagram anda.

Perkara ini, kini berubah apabila Instagram mula memperkenalkan ciri komen pada Instagram Stories.

Dengan langkah ini, pada setiap Stories yang diterbitkan pada Instagram, rakan-rakan lain boleh meninggalkan komen dan berinteraksi di bawahnya.

Ini sekali gus mengelak kotak mesej anda penuh dengan komen-komen berkenaan, dan pelbagai komen rakan dan ahli keluarga lebih tersusun.

Ciri baharu ini sedang diperkenalkan secara berperingkat, dan dijangka ditawarkan secara meluas dalam masa terdekat. -Amanz