SEOUL: Ketua pembangkang Korea Selatan Lee Jae Myung yang ditikam di leher awal minggu ini, semakin pulih selepas menjalani pembedahan, lapor Agensi Berita Yonhap.
Pada sidang akhbar pada Khamis, pakar bedah Profesor Min Seung Kee dari unit pembedahan vaskular Seoul National University Hospital berkata Lee semakin pulih tetapi memerlukan pemerhatian berterusan bagi mengelak jangkitan dan komplikasi.
Lee yang mengalami luka sepanjang kira-kira 1.4 sentimeter bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kerosakan pada arteri, saraf serebrum di sekeliling atau saluran pernafasan.
Beliau yang juga pengerusi parti pembangkang utama Democratic Party (DP) diserang dengan pisau oleh seorang lelaki berusia 67 tahun yang dikenali sebagai Kim.
Suspek mendekati Lee dengan alasan untuk mendapatkan autograf pada satu acara awam di bandar tenggara Busan pada Selasa
Terdahulu, polis Korea Selatan berkata Kim mengaku berniat untuk membunuh Lee dan dia telah merancang serangan itu seorang diri, namun motifnya belum diketahui.
Sebuah daerah di Busan yang mendengar kes itu untuk memutuskan sama ada Kim ditahan atas cubaan membunuh akan membuat keputusan pada lewat Khamis atau awal Jumaat.
Kim yang ditanya pemberita mengenai motif tindakannya berkata dia telah menyerahkan nota setebal lapan muka surat menjelaskan alasannya kepada polis.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 04 2024

Lee Jae-myung dibawa ke Hospital Universiti Nasional Seoul selepas ditikam di leher oleh lelaki tidak dikenali di Busan. - Gambar fail/ Reuters

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Saif Ali Khan dibenar keluar hospital
Pelakon itu mengalami enam kesan tikaman, termasuk satu berhampiran bahagian tulang belakang, dalam serangan pada 16 Januari di rumahnya.

Suspek utama kes tikam wanita China ditahan - Ketua Polis KL
Suspek wanita berusia 34 tahun yang juga warga China itu ditahan di sekitar ibu negara, pada petang Rabu.

8 maut, 17 cedera dalam serangan pisau di sekolah China
Lapan orang terbunuh dan 17 yang lain cedera dalam serangan menggunakan pisau di sebuah sekolah vokasional di Bandar Yixing, Wilayah Jiangsu di timur China pada Sabtu.

Berang cinta ditolak, lelaki tikam mati dua beranak
Ketika kejadian, mangsa dikatakan baru pulang dari tempat kerja sebelum didatangi suspek yang bertindak menikam mangsa dipercayai akibat rasa tidak puas hati setelah cintanya ditolak.

Ditikam tolak lamaran kahwin, aktres Tamil lega pengarah kena penjara
Selepas empat tahun trauma dengan mimpi ngeri yang dialaminya, pelakon wanita yang banyak terbabit dengan naskhah Malayalam, Telugu dan Hindu, Malvi Malhotra boleh menarik nafas lega.

Suspek kes tikam di Jerman pakai pakaian berlumuran darah - Sumber
Suspek utama yang ditahan di Bandar Solingen, barat Jerman selepas insiden serangan tikaman maut di sana, memakai pakaian yang berlumuran darah.

Anak tikam ibu sampai mati gara-gara sering dimarahi kerana masalah kewangan
Pihak polis menerima laporan berhubung kejadian daripada orang awam pada 5.49 petang, pada Selasa.

Penoreh mengaku tikam tuan rumah minta tunggakan sewa
Seorang penoreh getah mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Sungai Siput pada Isnin atas tuduhan menikam tuan rumahnya yang datang meminta tunggakan sewa, Khamis lalu.

Lelaki tikam dua wanita di surau didakwa cuba bunuh
Mohammad Ferdaus Mashud, 46, mengaku tidak bersalah tikam dua wanita di kawasan surau selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Noor Ruzilawati Mohd Noor.

Isu pinjam motosikal, lelaki cedera ditikam rakan
Seorang lelaki cedera dengan empat kesan tikaman pada bahagian badan dalam insiden perselisihan faham dengan rakannya di sebuah pangsapuri di Semenyih, Selangor petang semalam.