GEORGE TOWN: Dua beranak maut ditikam oleh seorang lelaki dalam kejadian di sebuah apartmen di Lengkok Angsana, Ayer Itam, Pulau Pinang pada Khamis.


Ringkasan AI
  • Seorang wanita berusia 30 tahun dan bapanya berusia 62 tahun maut ditikam oleh seorang lelaki berusia 32 tahun di hadapan lif apartmen.
  • Suspek dipercayai bertindak akibat rasa tidak puas hati setelah cintanya ditolak oleh mangsa.
  • Suspek juga mencederakan dirinya sendiri dan kini sedang dirawat di Hospital Pulau Pinang. Siasatan masih dijalankan oleh pihak polis.


Suspek berusia 32 tahun telah menikam wanita berusia 30 tahun dan bapanya berusia 62 tahun di hadapan lif tingkat bawah apartmen berkenaan kira-kira jam 1.15 tengah hari tadi.

Ketika kejadian, mangsa dikatakan baru pulang dari tempat kerja sebelum didatangi suspek yang bertindak menikam mangsa dipercayai akibat rasa tidak puas hati setelah cintanya ditolak.

Suspek kemudian bertindak menikam bapa mangsa ketika cuba meleraikan tindakan suspek terhadap anaknya.

Kedua-dua mangsa maut di tempat kejadian akibat luka parah ditikam.

Suspek juga bertindak mengelar dan menikam dirinya beberapa kali. Dia kemudiannya dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan.

Setakat ini, siasatan masih dijalankan pihak polis dan pasukan forensik di lokasi kejadian.

Difahamkan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad akan mengeluarkan kenyataan berhubung kes berkenaan.