SINGAPURA: Satu hantaran Facebook oleh Kedutaan Israel di sini menafikan Palestin ada disebut dalam al-Quran dan mendakwa orang Yahudi merupakan penduduk asal Palestin telah diturunkan selepas kedutaan negara itu diarahkan berbuat demikian oleh Kerajaan Singapura.
Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan Undang-Undang Singapura, K. Shanmugam berkata hantaran itu tidak boleh diterima sama sekali dan salah pada banyak peringkat selain berisiko menjejaskan keselamatan dan keharmonian Singapura.
"Saya amat kecewa apabila diberitahu mengenainya. Kementerian saya, Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA), bercakap dengan Kementerian Ehwal Luar (MFA) semalam dan berkata bahawa kedutaan perlu menurunkan hantaran itu serta-merta. Mereka telah menurunkannya," katanya kepada media tempatan pada Isnin.
Shanmugam juga berkata hantaran itu tidak sensitif dan tidak sesuai, serta salah untuk merujuk kepada teks agama secara tertentu sahaja bagi membuat pendirian politik.
"Hantaran ini merupakan percubaan yang menghairankan untuk menulis semula sejarah. Penulis hantaran itu perlu melihat resolusi Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), lihat sama ada tindakan Israel sejak beberapa dekad lepas konsisten dengan undang-undang antarabangsa, sebelum cuba menulis semula sejarah," katanya.
Menurut media tempatan, hantaran pada Ahad itu mendakwa Israel disebut sebanyak 43 kali dalam al-Quran manakala Palestin tidak disebut sama sekali dan setiap bukti arkeologi mengaitkan tanah Israel dengan penganut Yahudi sebagai penduduk asal tanah itu.
Sementara itu, Menteri bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli Masagos Mohamad menyifatkan hantaran berkenaan sebagai tidak sensitif dan tidak menghormati serta bertentangan dengan semangat saling hormat-menghormati dan persefahaman yang telah dibina Singapura dengan kegigihan dan kerja keras selama ini.
"Tiada siapa boleh membuat tafsiran yang menyinggung perasaan orang lain, terutama sekali menggunakan teks suci mereka untuk mendapat kelebihan politik.
Hantaran yang tidak sensitif dan tidak sesuai seperti itu boleh menyebabkan perselisihan, dan menyemai rasa tidak percaya di kalangan masyarakat berbilang di kaum dan agama di Singapura," katanya di Facebook.
Masagos Zukifli juga menggesa rakyat Singapura agar bertenang dan bersopan dan terus memelihara kepercayaan, keamanan dan keharmonian antara masyarakat serta terus menyokong usaha-usaha bantuan kemanusiaan untuk orang awam di Gaza.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 25 2024
K. Shanmugam berkata hantaran itu tidak boleh diterima sama sekali dan salah pada banyak peringkat selain berisiko menjejaskan keselamatan dan keharmonian Singapura. Gambar fail/Facebook K Shanmugam
Tumpuan Rabu – 25 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
American Airlines tarik balik pemberhentian penerbangan sementara
Menerusi hantaran media sosial di X, syarikat tersebut memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku serta akan berusaha untuk menyelesaikan masalah ini dengan secepat mungkin.
Bekas ketua dadah Mexico dibebaskan dari penjara Amerika Syarikat
Ochoa dihantar pulang oleh Kerajaan Amerika Syarikat dan kini diisytiharkan bebas daripada sebarang tuduhan undang-undang.
10 Berita Pilihan - (24 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Menara Eiffel akan dibuka secara berperingkat
Namun begitu, menurut kenytaan media syarikat yang menguruskan menara itu berkata, pengunjung hanya diberikan akses sehingga tingkat dua.
12 maut, empat cedera kilang bahan letupan meletup
Menurut Menteri dalam Negeri Ali Yerlikaya, pihaknya sedang menjalankan siasatan terperinci untuk mengenal pasti punca letupan itu berlaku.
Polis Marin rekod hasil rampasan tertinggi libatkan kontraban
Pasukan Polis Marin (PPM) merekodkan nilai rampasan kira-kira RM216 juta bagi tempoh Januari hingga November tahun ini.
Dongeng Sang Kancil sentuhan moden cerita rakyat
Selepas karya Upin dan Ipin dikenali ramai, Les' Copaque kini melakar kejayaan lebih jauh dengan watak popular cerita rakyat menerusi filem ‘Dongeng Sang Kancil’.
Pengasas dan Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin Md Radzi berkata, lebih membanggakan, ia merupakan filem animasi tempatan pertama menggunakan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D.
Pengasas dan Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin Md Radzi berkata, lebih membanggakan, ia merupakan filem animasi tempatan pertama menggunakan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D.
PETRONAS rai tahun baru dengan filem perayaan 'Setulus Hati'
PETRONAS menyambut tahun baharu dengan filem istimewa bertajuk ‘Setulus Hati’ yang mengetengahkan keunikan budaya Peranakan.
Model adaptasi kaji iklim, bencana mampu buat ramalan lebih tepat
Mendepani dua dekad Tsunami yang mengorbankan ratusan ribu nyawa, Universitas Syiah Kual, Aceh melakukan pengadaptasian model perubahan iklim yang menggabungkan kajian perubahan iklim dan bencana.
2 lelaki tempatan ditahan kes gaduh antara penyokong bola sepak di LRT
Dua lelaki tempatan ditahan bagi membantu siasatan berhubung rusuhan membabitkan dua kumpulan penyokong bola sepak di Stesen LRT Bandar Tasik Selatan, tengah malam Sabtu.
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Singapura laksana laluan imigresen guna kod QR untuk penumpang bas mulai 16 Dis
ICA berkata pelaksanaan penuh di kedua-dua pusat pemeriksaan darat (Tuas dan Woodlands) disasarkan untuk selesai menjelang pertengahan Januari 2025.
Fasa pertama perdagangan TBB Malaysia-Singapura bermula bulan ini
Ia hasil daripada pelaksanaan bidaan menerusi Energy Exchange Malaysia (ENEGEM) pada Jun lalu.
'Kahar: Kapla High Council' raih kutipan RM5.5 juta! Bakal masuk pawagam Singapura
"Kahar: Kapla High Council" bersedia menemui penonton di Singapura mulai Khamis, 5 Disember.
Ringgit lebih rendah daripada dolar AS dalam dagangan awal
Pada 8.02 pagi, ringgit susut kepada 4.4650/4750 daripada dolar AS daripada 4.4675/4720 semasa ditutup pada Selasa.
Kerajaan buat keputusan kekal perjanjian air sedia ada dengan Singapura
Kerajaan memutuskan untuk kekal dengan perjanjian sedia ada yang termaktub dalam Perjanjian Air 1962 dan sebarang perubahan terhadap kadar jualan air mentah kepada Singapura.
Tiada keperluan runding semakan kadar air mentah ke Singapura - Akmal Nasrullah
Menurut Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, ia diputuskan menerusi perbincangan pada Oktober lalu antara pihaknya dengan Kerajaan Negeri Johor.
Kit ujian kendiri HIV tersedia di farmasi Singapura menjelang Januari 2025
Kit ujian kendiri HIV akan dijual di farmasi terpilih di Singapura menjelang akhir Januari 2025.