WASHINGTON: Banduan di sebuah penjara keselamatan maksimum di pantai utara Quebec telah dipindahkan akibat kebakaran hutan yang semakin memuncak, lapor United Press International (UPI) yang memetik pegawai Perkhidmatan Koreksional Kanada.
Perkhidmatan Koreksional Kanada berkata pada Ahad bahawa perintah pemindahan untuk Institusi Port-Cartier dikeluarkan pada Jumaat dan banduan berjaya dipindahkan ke kemudahan koreksional persekutuan lain yang selamat.
"Untuk melaksanakan pemindahan, kami mengambil langkah bersama pihak berkaitan untuk memastikan keselamatan dan keamanan kakitangan, orang awam dan pesalah di bawah jagaan kami," kata Perkhidmatan Koreksional Kanada dalam satu kenyataan.
Pemberitahuan kepada mangsa telah dilakukan berdasarkan pilihan pemberitahuan yang mereka berikan kepada Perkhidmatan Koreksional Kanada.
Kemudahan koreksional itu terletak di bandar Port-Cartier, kira-kira 522 batu timur laut Montreal di sepanjang pantai utara Sungai St. Lawrence. Penjara itu mempunyai kapasiti 237 banduan dan pernah menempatkan pembunuh bersiri Robert Pickton sehingga kematiannya awal bulan ini.
Sekurang-kurangnya tujuh kebakaran telah berlaku di utara Port-Cartier dan Sept-Iles akibat panahan kilat awal bulan ini, kata agensi pencegahan kebakaran hutan Quebec SOPFEU dalam satu kenyataan pada Khamis.
Pada Ahad, SOPFEU berkata beberapa kebakaran masih tidak dapat dikawal.
Datuk Bandar Port-Cartier, Alain Thibault telah mengisytiharkan darurat dan mengumumkan perintah pemindahan wajib untuk kediaman yang terletak di utara Route 138.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 24 2024
Datuk Bandar Port-Cartier, Alain Thibault telah mengisytiharkan darurat dan mengumumkan perintah pemindahan wajib untuk kediaman yang terletak di utara Route 138. - Gambar hiasan
KDN beri penjelasan lanjut di dewan rakyat Khamis ini
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memberikan penjelasan lanjut mengenai Rang Undang-Undang (RUU) baharu berkaitan hukuman tahanan di rumah di Dewan Rakyat Khamis ini.
Mahasiswa diseru tidak terpengaruh dengan ideologi Khawarij
Biar pun Khawarij secara mazhab sudah hampir pupus, namun ideologi dan fahamannya yang ekstrem masih wujud, baik daripada sekecil persaingan demokrasi di pilihan raya, sehingga pertumpahan darah yang berlaku di Timur Tengah.
Kementerian Pertahanan tiada kompromi, siasatan telus
Kementerian Pertahanan bersikap telus dalam siasatan kes buli dan penderaan melibatkan seorang pegawai kadet di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) baru-baru ini.
China akan naik taraf zon perdagangan bebas
Berucap pada Majlis Pembukaan Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-7, Premier China, Li Qiang berkata pembukaan ekonomi adalah "kemestian" dalam memerangi peningkatan uni-lateralisme di seluruh dunia.
PM Anwar lancar Pavilion Malaysia, ACCCIM di Shanghai
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melancarkan Pavilion Malaysia sempena Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ketujuh di Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan (NECC) di Shangai.
Hubungan China seperti 'sahabat yang hebat' - Anwar
Dalam pertemuan dengan Premier China, Li Qiang pada Selasa, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Malaysia dan China kini seperti 'sahabat yang hebat'.
Satelit kayu pertama dihantar ke angkasa
Dinamakan LignoSat, ia mempunyai saiz sebesar tapak tangan dan ia ditugaskan untuk membuktikan kayu adalah bahan gred angkasa.
Dua warga China cedera ditembak di Karachi
Insiden tembakan di Karachi, Pakistan pada Selasa mengakibatkan dua warganegara China cedera. Perkara itu disahkan oleh pihak hospital dan kenyataan pihak polis yang mana ia dipercayai berkaitan dengan siri keganasan melibatkan warganegara China di negara itu baru-baru ini.
Apa yang kita perlu tahu tentang Electoral College?
Mari kita lihat keunikan Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat.
Kebangkitan sentimen persaingan 'populisma' rakyat
Timbalan Ketua Strategi Ibu Pejabat Asia UNSDSN (Universiti Sunway), Prof Wong Chin Huat berpandangan, persaingan dalam pilihan raya Amerika Syarikat kali ini menyuntik kelainan tersendiri kerana ia bukan lagi menunjukkan sokongan rakyat berdasarkan sayap parti di negara itu. Sebaliknya, keputusan itu nanti mencerminkan kebangkitan sentimen 'populisma terhadap pemimpin yang dilihat berupaya menyumbang secara terus kepada rakyat tanpa bergantung kepada sistem standard tadbir urus.
Pihak berkuasa dikerah, bendung kebakaran hutan Bolivia
Kebakaran tersebut turut memaksa penutupan sekolah dan mengganggu penerbangan komersial.
Sao Paulo tubuh kabinet krisis tangani kebakaran hutan
Kerajaan negeri memberi amaran bahawa kebakaran hutan boleh merebak dengan cepat akibat angin kencang.
Bomba Turkiye bergelut dengan kebakaran hutan di tengah-tengah angin kencang
Anggota bomba Turkiye sedang bergelut dalam memadamkan beberapa kebakaran hutan pada Ahad, dengan angin kencang menyukarkan usaha mereka.
Kebakaran hutan landa bandar Izmir di Turkiye, ratusan terpaksa berpindah
Kebakaran yang bermula di daerah Karsiyaka memasuki hari ketiga dan merebak ke kawasan kejiranan perumahan dan tapak perindustrian.
Bosnia-Herzegovina mohon bantuan antarabangsa padam kebakaran hutan
Majlis itu pada Isnin meluluskan keputusan yang dicadangkan oleh Kementerian Keselamatan untuk mendapatkan bantuan antarabangsa.
Kebakaran hutan paksa lebih 30,000 penduduk dipindahkan di Greece
Pihak berkuasa Greece pada Ahad mengarahkan lebih 30,000 penduduk di bandar Marathon di wilayah timur laut Attica dipindahkan berikutan kebakaran hutan yang merebak dengan cepat akibat cuaca panas.
Langit Athens menjadi gelap akibat kebakaran hutan
Kejadian bermula kira-kira jam 3 pagi 35km dari Athens menyebabkan langit menjadi gelap dengan bau asap menyelubungi ibu negara Greece itu.
Kebakaran besar hutan di Oregon bersaiz lebih separuh keluasan Rhode Island
Kebakaran hutan besar di negeri Oregon, telah merebak kira-kira 600 batu persegi (1,554 km persegi), yang saiznya melebihi separuh daripada keluasan tanah Rhode Island.
Gelombang haba: Kebakaran hutan landa Eropah Selatan
Kebakaran hutan yang marak telah meragut sekurang-kurangnya dua nyawa dan mencederakan empat yang lain di Itali.
Lapangan terbang di California terbakar
Namun, lapangan terbang kecil berkenaan tidak melibatkan sebarang operasi kapal terbang komersil.