JAKARTA: Presiden Indonesia Joko Widodo optimis bahawa ASEAN kekal relevan meskipun berdepan situasi global yang mencabar.
Beliau berkata tidak mudah bagi Indonesia selaku Pengerusi ASEAN tahun ini berikutan krisis ekonomi, tenaga, makanan dan perang sedang melanda dunia.
"Tetapi saya yakin bahawa ASEAN masih penting dan relevan bagi rakyat, negara dan dunia.
"ASEAN akan terus menyumbang kepada keamanan dan kestabilan di kawasan Indo Pasifik. ASEAN akan terus menjana pertumbuhan ekonomi," kata presiden yang lebih dikenali sebagai Jokowi ketika merasmikan Pembukaan Pengerusi ASEAN Indonesia 2023 di sini.
Beliau mengambil alih jawatan selaku pengerusi ASEAN daripada Perdana Menteri Kemboja Hun Sen November lalu di Phnom Penh dan akan mempengerusikan sidang kemuncak blok itu dengan tema "ASEAN Matters: Epicentrum of Growth".
Menurut Jokowi, Indonesia akan terus memberi tumpuan untuk menggalakkan pelaksanaan Konsensus Lima Perkara (5PC) bagi membantu menyelesaikan isu di Myanmar.
"Ya, kita konsisten supaya 5PC benar-benar dapat dilaksanakan," katanya kepada media ketika ditanya mengenai isu berkenaan.
5PC itu ialah: menamatkan keganasan; mengadakan perbincangan konstruktif dengan semua pihak berkepentingan; ASEAN menyediakan bantuan kemanusiaan kepada Myanmar; pelantikan duta khas ASEAN untuk melaksanakan rundingan; dan utusan khas terbabit dibenarkan melawat negara itu.
Myanmar terjerumus dalam pergolakan apabila ketua angkatan tentera Min Aung Hlaing menggulingkan kerajaan pimpinan Aung San Suu Kyi pada 1 Februari 2021.
Sementara itu, Menteri Luar Indonesia Retno Marsudi berkata isu Myanmar tetap menjadi antara topik yang dibahas dalam pertemuan pertama Menteri Luar ASEAN di Jakarta pada awal Februari ini.
Bagaimanapun, Indonesia tidak mahu isu berkenaan merencatkan semua proses yang sedang berjalan di ASEAN terutamanya usaha mempercepatkan pembangunan komuniti.
Kerjasama membabitkan pebagai bidang termasuk kesihatan, tenaga, makanan dan kewangan juga akan dipertingkatkan agar Asia Tenggara dapat menjadi pusat pertumbuhan ekonomi, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 29 2023

Jokowi berkata, tidak mudah bagi Indonesia selaku Pengerusi ASEAN tahun ini berikutan krisis ekonomi, tenaga, makanan dan perang sedang melanda dunia. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

'Biar masa menentukannya' - Jokowi ulas pemecatannya daripada PDI-P
Jokowi secara sinis berkata hanya waktu yang akan membuktikan sama ada keputusan dibuat ketua umum PDI-P, Megawati Soekarnoputri dan Setiausaha Agung parti, Hasto Kristiyanto benar atau salah.

Pintu Gerindra terbuka untuk bekas Presiden Jokowi - Muzani
Pada dasarnya parti politik pimpinan Presiden Prabowo Subianto itu terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk menyertainya.

Kabinet ‘gemuk’ Prabowo perlu buktikan prestasi, bukan sekadar berbahagi kuasa - Pakar
Anggota Kabinet baharu yang diumumkan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto perlu membuktikan prestasi kerja yang jelas kepada rakyat.

PM Anwar ucap tahniah kepada Presiden Prabowo
Anwar turut menyampaikan penghargaan kepada bekas Presiden Joko Widodo atas khidmat beliau selama ini dan mengiktiraf usahanya dalam mengekalkan hubungan baik dua hala antara Malaysia dan Indonesia.

Mendepani cabaran Global: Strategi Prabowo untuk kestabilan dan kemakmuran
Presiden Terpilih Indonesia merangkap Menteri Pertahanan Prabowo Subianto menekankan kepentingan peralihan kepimpinan dan menggariskan visinya untuk masa depan negara.

Jokowi, menteri Kabinet luang masa di kafe berhampiran Istana Garuda
Jokowi menjemput beberapa menteri Kabinet meluangkan masa santai menikmati kopi di sebuah kedai di Istana Garuda, Ibu Kota Nusantara (IKN), Kalimantan Timur.

Kelas pertengahan Indonesia menyusut, kemiskinan kekal stabil - Pejabat Presiden
Edy Priyono mengesahkan penurunan kelas pertengahan, namun menegaskan bahawa golongan ini tidak jatuh ke dalam kancah kemiskinan.

Pentadbiran Prabowo tawar pemeriksaan kesihatan percuma mulai 2025
Peruntukan bagi menjayakan program berkenaan dianggarkan sekitar Rp5 trilion (kira-kira RM1.36 bilion).

Lapangan Terbang Nusantara sambut pendaratan sulung Jokowi
Jokowi menggunakan pesawat rasmi yang berlepas dari Pontianak, Kalimantan Barat.

Iriana mohon maaf andai Jokowi lakukan kesilapan ketika pimpin Indonesia
Isteri kepada Presiden Joko Widodo, Iriana Jokowi memohon maaf jika terdapat sebarang kesalahan sepanjang tempoh perkhidmatan suaminya sebagai Presiden Indonesia.