TOKYO: Lebih 100 penerbangan telah dibatalkan di Jepun akibat ribut salji yang melanda kawasan barat dan barat laut negara itu, lapor Sputnik memetik media Jepun pada Ahad.

Menurut NHK, penerbangan yang dibatalkan itu melibatkan 69 penerbangan All Nippon Airways, 35 (Japan Airlines) dan dua (Peach Aviation).

Menurut pakar cuaca 35 inci salji turun di beberapa wilayah menjelang pagi Ahad dan ia dijangka berterusan berikutan cuaca sejuk bergerak di sepanjang bahagian barat negara itu.

Menjelang Isnin, ribut salji itu diramal bergerak ke tengah pulau Honshu, yang boleh mencetuskan salji lebat, khususnya di wilayah Kansai. Keadaan cuaca yang sama juga diramal melanda pulau Kyushu dan Shikoku.

-- BERNAMA