Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan Laut Sulu tidak boleh dibiarkan menjadi 'Somalia baharu'.
Menteri Pertahanan itu berkata beliau menyentuh tentang perlunya usaha ditingkatkan bagi mencegah kawasan itu daripada menjadi 'Somalia baharu' pada permukiman Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) ke-10 di Vientianne, Laos, yang berakhir baru-baru ini.
Inisiatif Trilateral Laut Sulu yang melibatkan rondaan bersama oleh Malaysia, Indonesia dan Filipina adalah antara isu yang dibangkitkan pada permukiman itu.
Memandangkan Laut Sulu terkenal kerana aktiviti pelanunan dan menculik, maka inisiatif itu perlu dilaksanakan bagi mencegah wujud keadaan seperti di Somalia di mana kapal dagang takut untuk belayar di laluan laut negara yang dilanda sengketa itu.
Ketika di sana, Hishammuddin serta rakan sejawatannya dari Indonesian dan Filipina turut mengadakan Mesyuarat Trilateral Peringkat Menteri Keempat mengenai inisiatif itu.
"Perbincangan banyak tertumpu terhadap mengadakan eksesais bersama, rondaan maritim terselaras dan rondan udara bersama yang akan dimulakan tidak lama lagi oleh tiga negara berkenaan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Hishammuddin berkata beliau juga menyentuh tentang pertemuan antara Presiden Filipina, Rodrigo Duterte dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak minggu lepas dan urusan memuktamadkan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi pasukan keselamatan Malaysia mengejar penculik sehingga merentasi sempadan marition negara berkenaan.
Katanya, pada Pemukiman ADMM itu, beliau juga membangkitkan isu berkaitan Daesh, yang terus menjadi ancaman utama dan paling semasa bagi ASEAN, di samping memberi penjelasan tentang bagaimana usaha menentang kumpulan pengganas itu di Mosul, Aleppo dan Raqa mempunyai kesan bercampur.
"Dari satu segi, menyekat kumpulan itu daripada mempunyai wilayah sendiri adalah penting untuk memusnahkan jenamanya, tetapi sebaliknya, langkah itu meningkatkan kemungkinan bahawa rantau lain, termasuk Asia Tenggara, akan menjadi markas baharu bagi rekrut atau sasaran alternatif untuk diserang," katanya.
Katanya beliau juga menyatakan bahawa perkara itu bukan fenomena baharu kerana Jemaah Islamiyah, kumpulan pengganas di Asia Tenggara yang lahir daripada Al-Qaeda, telah ditubuhkan mulai awal tahun 2000 dengan bantuan mereka yang pulang daripada berjuang dalam konflik di Afghanistan.
Mengenai Mesyuarat Tidak Formal Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN-Jepun, Hishammuddin berkata beliau bersetuju dengan pendapat Menteri Pertahanan, Jepun Tomomi Inada tentang betapa dunia kini menjadi suatu tempat yang amat berbeza sekarang dan bagaimana ancaman terhadap keselamatan telah berubah secara dramatik.
"Ancaman keganasan semakin tidak bertumpu di sesuatu tempat, sukar untuk dijejaki dan malah lebih sukar untuk dicegah," katanya sambil menambah bahawa beliau telah meminta Jepun meningkatkan lagi libat sama mereka dengan ASEAN, khususnya dalam Operasi Pengaman (PKO) serta Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR).
Mengenai PKO, beliau mengetengahkan sumbangan penting Jepun kepada Pusat Pengaman Malaysia, khususnya bagi Sokongan Pembinaan Keupayaan untuk peranan Malaysia dalam Latihan Pengaman Pelbagai Dimensi.
Hishammuddin berkata beliau berharap dua perkara itu akan dapat dimajukan lagi serta dibincang untuk diberi pertimbangan dalam Kertas Konsep bagi Kerjasama Pertahanan ASEAN-Jepun.
Menurut beliau, di luar dua mesyuarat itu, kesemua Menteri Pertahanan 10 negara anggota ASEAN melakukan kunjungan hormat terhadap Presiden Laos, Bounnhang Vorachith dan menyaksikan demonstrasi Hubungan Komunikasi Langsung (DCL) antara 10 Menteri Pertahanan dari negara anggota ASEAN.
Ia merupakan cadangan yang pada mulanya disuarakan Sultan of Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah dan kemudian diterima di bawah rangka kerja ADMM.
"Tujuan DCL itu ialah untuk mewujudkan satu kaedah mantap, yang melaluinya, mana-mana dua menteri pertahanan dari negara anggota ASEAN boleh berkomunikasi antara satu dengan lain untuk mencapai keputusan bersama dalam menangani krisis terutama yang melibatkan maritim - bagi menyelesaikan perselisihan faham, mencegah keadaan daripada menjadi bertambah meruncing dan menambah baik respons segera.
Hishammuddin berkata beliau juga mengadakan mesyuarat dua hala yang amat berjaya dengan rakan sejawatan dari Myanmar, Lt Jen Sein Win dan perbincangan mereka banyak bertumpu pada keadaan di Rakhine, sebuah negeri di Myanmar, serta masyarakat Rohingya. -- Bernama
Bernama
Thu Nov 17 2016
![Jangan biarkan Laut Sulu jadi 'Somalia Baharu' - Hishammuddin Jangan biarkan Laut Sulu jadi 'Somalia Baharu' - Hishammuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/41478837391_DSHishammuddin.jpg)
HISHAMMUDDIN: "Perbincangan banyak tertumpu terhadap mengadakan eksesais bersama, rondaan maritim terselaras dan rondaan udara bersama yang akan dimulakan tidak lama lagi oleh tiga negara." - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
![Ekonomi China teruskan momentum pemulihan Ekonomi China teruskan momentum pemulihan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/71674060668_ChinaPopulation.jpg)
Ekonomi China teruskan momentum pemulihan
Ekonomi China meneruskan momentum pemulihan dan trend perkembangan ke arah baik dengan operasinya kekal stabil secara keseluruhannya pada separuh pertama tahun ini.
![PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714481430_TBNAIM.jpg)
PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus
PPZ-MAIWP mencatat kutipan zakat sebanyak RM511 juta dari Januari hingga Jun tahun ini dengan peningkatan sebanyak 10 peratus berbanding tempoh sama pada 2023.
![Empat terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh Empat terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721144143_TBBANGLADESHCAMPUS.jpg)
Empat terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Abu Sayeed, seorang daripada penyelaras dan pelajar di Universiti Begum Rokeya di Rangpur utara, terbunuh semasa pertempuran dengan polis.
![28 orang termasuk 5 orang awam, 10 askar, terbunuh dalam tempoh 24 jam di Pakistan 28 orang termasuk 5 orang awam, 10 askar, terbunuh dalam tempoh 24 jam di Pakistan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721144906_TBMAPBANNU.jpg)
28 orang termasuk 5 orang awam, 10 askar, terbunuh dalam tempoh 24 jam di Pakistan
Tentera menuding jari kepada kumpulan Hafiz Gul Bahadur dari Tehreek-e-Taliban Pakistan (TTP) yang diharamkan.
![Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721130378_JohariAbdulGhani.jpg)
Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala
KPK akan mengadakan Misi Ekonomi Produk Agrikomoditi Malaysia ke India pada 17-18 Julai ini.
![Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715247870_SohThianLaijpg.jpg)
Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM
Pemimpin perniagaan dan usahawan daripada golongan belia merupakan pemacu penting yang akan membentuk masa depan industri pembuatan Malaysia, kata Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia.
AWANI Tonight: 16 July 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
![9,241 pelajar Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober 9,241 pelajar Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718630490_Smokerises.jpg)
9,241 pelajar Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober
9,318 pelajar terbunuh dan 14,671 lagi cedera di Semenanjung Gaza manakala di Tebing Barat, 103 pelajar terbunuh dan 505 lagi cedera.
![Penumpang Singapore Airlines meningkat hampir 14 peratus pada Jun Penumpang Singapore Airlines meningkat hampir 14 peratus pada Jun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721142800_AirbusA.jpg)
Penumpang Singapore Airlines meningkat hampir 14 peratus pada Jun
Rangkaian penumpang Kumpulan SIA meliputi 125 destinasi setakat Jun dan rangkaian kargo terdiri daripada 129 destinasi.
![Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716613114_TBsprm.jpg)
Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman
Kesemua individu juga perlu hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebulan sekali untuk melaporkan diri.
![PRU15: Fitnah, kenyataan tular itu palsu - Hishammuddin nafi berkempen dalam kem tentera PRU15: Fitnah, kenyataan tular itu palsu - Hishammuddin nafi berkempen dalam kem tentera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/81668079681_HISHAMMUDDIN.jpg)
PRU15: "Fitnah, kenyataan tular itu palsu" - Hishammuddin nafi berkempen dalam kem tentera
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menafikan beliau berkempen di kem tentera seperti dakwaan yang tular di laman sosial.
![Malaysia, Thailand setuju wujudkan MoU pertahanan Malaysia, Thailand setuju wujudkan MoU pertahanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41661770420_TBHjpg.jpg)
Malaysia, Thailand setuju wujudkan MoU pertahanan
Memorandum Persefahaman (MoU) Pertahanan melibatkan Malaysia dan Thailand telah ditandatangani pada Isnin sebagai kerjasama strategik antara kedua-dua negara.
![Isu LCS: 'Hishammuddin perlu jelaskan kemampuan kewangan Boustead Naval Shipyard' - Chin Tong Isu LCS: 'Hishammuddin perlu jelaskan kemampuan kewangan Boustead Naval Shipyard' - Chin Tong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-10/41538575225_LiewChinTong.jpg)
Isu LCS: 'Hishammuddin perlu jelaskan kemampuan kewangan Boustead Naval Shipyard' - Chin Tong
Chin Tong mendakwa, BNS pernah cuba meminta komitmen Kerajaan bernilai RM53 bilion untuk kerja MRO bagi tempoh 30 tahun akan datang.
![Kapal pertama LCS dijangka siap dalam tempoh setahun dua - Hishammuddin Kapal pertama LCS dijangka siap dalam tempoh setahun dua - Hishammuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/61655899636_DatukSeriHishammud.jpg)
Kapal pertama LCS dijangka siap dalam tempoh setahun dua - Hishammuddin
Kabinet telah memberi tempoh enam bulan untuk memobilisasi usaha menghidupkan semula projek tersebut.
![BN menang besar turut disumbang undi ATM - Penganalisis politik BN menang besar turut disumbang undi ATM - Penganalisis politik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/41647148026_ATM.jpg)
BN menang besar turut disumbang undi ATM - Penganalisis politik
Kemenangan undi BN telah dijangkakan berdasarkan corak pengundian yang berlaku dalam Pilihanraya Negeri Melaka yang lepas.
![PRN Johor: Berpolitik jangan sampai tanam kebencian - Hishammuddin PRN Johor: Berpolitik jangan sampai tanam kebencian - Hishammuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/61646460755_HishammuddinHussein.jpg)
PRN Johor: Berpolitik jangan sampai tanam kebencian - Hishammuddin
Soal kestabilan dan perancangan masa depan merupakan perkara utama yang ditekankan oleh BN.
![Menteri Kuartet perhalusi SOP kemasukan lebih ramai pekerja asing, termasuk pembantu rumah - Hishammuddin Menteri Kuartet perhalusi SOP kemasukan lebih ramai pekerja asing, termasuk pembantu rumah - Hishammuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/71635915585_MesyuaratKhas.jpg)
Menteri Kuartet perhalusi SOP kemasukan lebih ramai pekerja asing, termasuk pembantu rumah - Hishammuddin
Hishammuddin berkata, pengusaha mengalami kesukaran untuk merancakkan semula perniagaan, kerana kekurangan pekerja susulan SOP yang ketat.
![Peralihan fasa PPN di Johor, Pahang mulai 8 Oktober Peralihan fasa PPN di Johor, Pahang mulai 8 Oktober](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/41633271874_PEMBUKAANSEKOLAH.jpg)
Peralihan fasa PPN di Johor, Pahang mulai 8 Oktober
Dua lagi negeri bakal beralih ke Fasa Pelan Pemulihan Negara seterusnya selepas setelah mengambil kira penilaian risiko semasa oleh KKM dan Majlis Keselamatan Negara.
![AUKUS: PH persoal tujuan Hishammuddin mahu dapatkan pandangan China AUKUS: PH persoal tujuan Hishammuddin mahu dapatkan pandangan China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/41632378133_TBHarapan.jpg)
AUKUS: PH persoal tujuan Hishammuddin mahu dapatkan pandangan China
PH berkata persepsi yang ditimbulkan seolah-olah Malaysia menerima arahan daripada China.
![Prospek gelembung pelancongan, SOP sektor sukan dalam Mesyuarat Kuartet esok - Hishammuddin Prospek gelembung pelancongan, SOP sektor sukan dalam Mesyuarat Kuartet esok - Hishammuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/61631626111_TBHAMMUDDIN.jpg)
Prospek gelembung pelancongan, SOP sektor sukan dalam Mesyuarat Kuartet esok - Hishammuddin
Mesyuarat itu juga akan beri tumpuan kepada usaha mempermudahkan daripada 181 kepada 10 prosedur operasi standard (SOP)