KUALA LUMPUR: Malaysia perlu dilihat berkecuali, dan tidak berpihak kepada mana-mana kuasa besar berhubung kontroversi Pakatan tiga hala AUKUS, kata Jawatankuasa Keselamatan Pakatan Harapan (JKPH).
Dalam satu kenyataan hari ini, jawatankuasa itu berkata, cadangan Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada Rabu yang mahu mendapatkan pandangan China telah menimbulkan persepsi terhadap pendirian Malaysia.
Menurut kenyataan itu lagi, persepsi yang ditimbulkan seolah-olah Malaysia menerima arahan daripada China.
“Cadangan Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada hari Rabu berkenaan lawatan kerja ke China bagi membincangkan pakatan AUKUS (Australia,United Kingdom, dan Amerika Syarikat) dilihat agak aneh dan menimbulkan persepsi seolah-olah Malaysia menerima arahan daripada China.
“Beliau berkata - Kita (Malaysia) perlu mendapat pandangan kepimpinan China, khususnya dalam aspek pertahanan, berhubung AUKUS,” menurut jawatankuasa itu lagi.
JKPH berkata mereka telah menzahirkan kebimbangan bahawa perjanjian itu telah meningkatkan suhu geopolitik di rantau ini.
Kerajaan Indonesia juga berkongsi pendirian yang sama.
Biarpun pendirian rasmi kerajaan Malaysia -- seperti yang ditekankan oleh Perdana Menteri, Menteri Luar Negeri, dan Menteri Pertahanan yang menyatakan kebimbangan bahawa AUKUS bakal mencetuskan persaingan senjata di rantau ini adalah selari dengan pendirian Pakatan Harapan -- jawatankuasa itu berkata, kenyataan Hishammuddin adalah salah sama sekali.
“Malaysia dipandu oleh Kertas Putih Pertahanannya yang telah diluluskan di Parlimen secara dwipartisan pada 2 Disember 2019.
“Salah satu daripada lima prinsip asas pertahanan yang digariskan dalam Kertas Putih Pertahanan adalah 'Keneutralan aktivis' iaitu 'mengamalkan dasar berkecuali dan mempromosikan kerjasama dengan memberi penekanan terhadap keterangkuman dan perkongsian kemakmuran, seiring dengan perkongsian keselamatan dan perkongsian identiti',” menurut kenyataan itu lagi.
BACA: AUKUS: Australia cadang hantar pegawai ke Malaysia
BACA: Dewan Rakyat: Malaysia cadang dapatkan pandangan China mengenai AUKUS - Hishammuddin
JKPH berkata, keneutralan aktivis tidak bermaksud Malaysia berpeluk tubuh apabila ada percubaan untuk menjejaskan kedaulatan negara dan sikapnya untuk berkecuali.
Malaysia, tegas jawatankuasa itu lagi, seharusnya bersuara lantang terhadap kuasa Barat sekiranya berlakunya persaingan senjata di rantau ini.
“Pada masa yang sama, Malaysia juga perlu mempengaruhi China secara aktif supaya menghormati kedaulatan negara-negara serantau, serta peranan ASEAN di rantau ini.
“Kita tidak boleh dilihat memihak dan memberi gambaran bahawa Malaysia menerima arahan daripada mana-mana pihak,” menurut kenyataan itu lagi.
Firdaus Azil
Sat Sep 25 2021

PH berkata persepsi yang ditimbulkan seolah-olah Malaysia menerima arahan daripada China.

Mahkamah Rayuan tolak permohonan MyCC kembalikan denda RM86.77 juta terhadap Grab
Mahkamah Rayuan menolak permohonan MyCC untuk mengembalikan cadangan denda RM86.77 juta terhadap Grab Inc dan dua anak syarikatnya.

Warga emas tampar lelaki bukan Islam dituduh semula
Warga emas yang dipercayai menampar seorang pemuda kerana tidak berpuasa di sebuah pasar raya di bandar raya ini akan dituduh semula di Mahkamah Majistret pada petang Rabu.
Trump dedah dokumen rahsia pembunuhan JFK
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mendedahkan dokumen sulit berkaitan pembunuhan John F. Kennedy pada 1963.

BYD umum teknologi bateri cas 5 minit untuk jarak perjalanan 400 kilometer
BYD kini mengumumkan teknologi baharu membolehkan kenderaan elektrik dicas lima minit untuk jarak perjalanan mencapai 400 kilometer.
Ismail Sabri tiba di Ibu Pejabat SPRM untuk beri keterangan hari keempat
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hadir di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di Putrajaya sekitar pukul 9.57 pagi Rabu.
RUU PSB: lindungi hak pemilik, pampasan lebih adil - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan bahawa Rang Undang-Undang Pembaharuan Semula Bandar (RUU PSB) menyebabkan orang melayu dan bumiputera kehilangan tempat di bandar.
Insiden Tampar: PM Anwar tegur insiden Pemuda Cina ditampar
Insiden seorang pemuda Cina yang ditampar seorang lelaki warga emas kerana makan di khalayak ramai di sebuah pusat beli-belah mendapat perhatian Perdana Menteri.

Trump dedah 80,000 halaman dokumen berkaitan pembunuhan JFK
Arkib Negara Amerika Syarikat (AS) mendedahkan kira-kira 80,000 halaman dokumen rasmi yang diubah status berkaitan pembunuhan Presiden John F Kennedy (JFK) pada 1963.
Empat R&R sementara di LTU siap sebelum Aidilfitri
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail memaklumkan, empat hentian Rehat dan Rawat (R&R) sementara di Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (LTU), dijangka siap dibina beberapa hari sebelum Aidilfitri tahun ini
[TERKINI] Trafik lebuh raya cecah 2 juta kenderaan sempena Aidilfitri
PLUS menjangkakan lebih 2 juta kenderaan sehari di lebuh raya menjelang Aidilfitri, dengan langkah pengurusan trafik termasuk SmartLane, larangan kenderaan berat, dan peningkatan kemudahan di R&R.

Tiada negara boleh maju jika batu api isu kaum, agama - PM Anwar
Kerajaan mengambil pendekatan bersama DAP untuk mengangkat martabat negara dengan tadbir urus yang cekap dan memerlukan dukungan masyarakat pelbagai kaum.

Dakwaan kerajaan Sabah pimpinan GRS, PH gagal tidak berasas - Hajiji
Dakwaan pembangkang kononnya kerajaan Sabah yang kini ditadbir Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Pakatan Harapan (PH) gagal adalah suatu yang tidak berasas, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Pemilik hartanah di Negeri Sembilan disaran rebut peluang tukar hak milik
Pemilik hartanah di Negeri Sembilan disaran merebut peluang melaksanakan pertukaran status pegangan hak milik daripada pajakan kepada kekal di PDT sebelum tawaran itu ditamatkan.

Kurang komunikasi punca Pemuda PH, BN dilihat sering berbalah - Mohd Hasbie
Menurut Mohd Hasbie, kali terakhir sayap pemuda parti gabungan Kerajaan Perpaduan termasuk BN dan PH bermesyuarat adalah pada pertengahan tahun lalu.

MCA dakwa ada parti dalam PH cuba gunakan media beri tekanan, keluar BN
MCA mendakwa terdapat usaha daripada beberapa parti dalam PH yang menggunakan media bagi memberi tekanan kepada MCA supaya keluar daripada BN.

Chow Kon Yeow kekal terajui Majlis Pimpinan PH Pulau Pinang
Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, dilantik semula sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang bagi tempoh 2024-2026.

Saifuddin dilantik Pengerusi PH Kedah yang baharu
Fokus Saifuddin di Kedah ialah melakukan persiapan sebagai 'kerajaan menanti' selain pastikan PH jadi pembangkang yang kredibel.

Himpunan Benci Rasuah: Dipanggil beri keterangan, mahasiswa dakwa ditekan
Sekumpulan 10 penuntut universiti yang dipanggil memberi keterangan berhubung penganjuran Himpunan Rakyat Benci Rasuah, menganggap ia adalah intimidasi terhadap perjuangan mereka.

'Annuar boleh hidup dengan angan-angan' - Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil menyindir Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa agar boleh meneruskan hidupnya dengan angan-angan.

PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.