Wed Mar 19 2025
Trump dedah dokumen rahsia pembunuhan JFK
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mendedahkan dokumen sulit berkaitan pembunuhan John F. Kennedy pada 1963.
Thailand teroka potensi anjur perlumbaan F1
Thailand meneroka potensi untuk menganjurkan perlumbaan Formula One (F1) bagi meningkatkan ekonomi dan sektor pelancongan.
Singapura gesa kembali ke meja rundingan, capai kesepakatan gencatan senjata
Kementerian Luar Singapura dalam kenyataan pada Rabu menggesa pihak-pihak terlibat dalam perang di Gaza untuk kembali ke meja rundingan bagi mencapai gencatan senjata.
Pekerja Indonesia hilang pekerjaan (Januari - Februari 2025)
Menurut Parti Buruh dan Konfederasi Serikat Pekerja Indonesia (KSPI), pemberhentian kerja secara besar-besaran telah menjejaskan lebih 60,000 pekerja di 50 syarikat di Indonesia antara januari dan Februari 2025, jumlah ini dijangka mencecah ratusan ribu dalam beberapa bulan akan dating
Presiden Indonesia terima utusan khas Presiden Palestin
Presiden Indonesia, Prabowo Subianto menerima utusan khas daripada Presiden Palestin, Mahmoud Abbas yang menzahirkan penghargaan atas sokongan Indonesia kepada perjuangan Palestin.
Kerjasama antarabangsa antara strategi maritim negara - Adly
Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata Malaysia menjalinkan kerjasama antarabangsa sebagai antara strategi pertahanan maritim di Selat Melaka dan Laut China Selatan.
ASEAN25: Mesyuarat ke-22 HLTF-ACV berlangsung di Pulau Pinang
Mesyuarat ke-22 Pasukan Petugas Peringkat Tinggi mengenai Visi Pasca 2025 Komuniti ASEAN (HLTF-ACV) berlansung di Pulau Pinang dan dipengerusikan secara bersama oleh Malaysia dan Filipina.
Perang dagang tidak halang pertumbuhan sektor teknologi
Sektor teknologi diramal masih mampu berkembang kukuh, walaupun wujud ketidaktentuan susulan perang dagang amerika syarikat dan china, kata penganalisis
TNB terus kekal sebagai pelaburan stabil
Tenaga Nasional Bhd (TNB) dilihat sebagai pelaburan stabil berikutan daya tahan pendapatannya selain penilaian yang sederhana di sebalik ketidaktentuan pasaran
Syarikat OGSE perlu jalin kersama strategik sesama mereka
Ada keperluan untuk syarikat-syarikat perkhidmatan dan peralatan minyak dan gas (OGSE) di Malaysia, menjalin kerjasama strategik sesama mereka
AI, E-Dagang pacu kestabilan sektor logistik domestic
Sektor logistik domestik dijangka kekal stabil pada 2025, dengan dipacu pertumbuhan E-Dagang dan kitaran menaik teknologi global yang dipacu permintaan kecerdasan buatan (AI)
10 serangan AS sasar kawasan di Yaman
Sekurang-kurangnya 10 serangan Amerika Syarikat (AS) menyasarkan kawasan di Yaman, termasuk ibu kota Sanaa pada awal pagi Rabu.
Skim harga barangan sempena Aidilfitri bermula 24 Mac
Kerajaan akan melaksanakan skim kawalan harga maksimum musim perayaan sempena musim Aidilfitri selama 15 hari bermula 24 Mac hingga 7 April depan.
[TERKINI] Warga emas mengaku tidak bersalah tampar pemuda
Seorang pesara kerajaan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru atas tuduhan mendatangkan kecederaan terhadap seorang pemuda yang dikatakan makan di khalayak ramai pada bulan Ramadan Ahad lalu.
Harga maksimum santan di Semenanjung ditetapkan RM17.50 - Armizan
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali menyatakan melalui program Skim Kawalan Harga Maksimum Musim Perayaan telah menetapkan harga santan di Sabah pada kadar RM12, dan Sarawak pada kadar RM9. Selain itu, isu minyak masak kemasan botol juga dapat tangani sebelum tiba perayaan.
#AWANInews
#AWANInews
[TERKINI] Dewan Negara lulus Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia
Dewan Negara meluluskan Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia 2024 (RUU MMM 2024) yang antara lain bertujuan membuka jalan ke arah media yang lebih demokratik, bebas dan beretika di Malaysia