Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, negeri yang bakal beralih ke fasa seterusnya adalah melibatkan Johor yang beralih dari Fasa 2 ke Fasa 3, manakala Pahang pula beralih ke Fasa 4.
Jelas beliau dalam satu kenyataan hari ini, kebenaran fasa PPN bagi negeri-negeri yang dipersetujui Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19.
Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi negeri-negeri yang memasuki Fasa 3 dan 4 adalah sama dengan sebelum ini.
![Peralihan fasa ini dibuat mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Pelan Pemulihan Negara.](https://img.astroawani.com/2021-10/51633518816_freesize.jpg)
Antara negeri-negeri yang berada dalam Fasa 2 PPN melibatkan Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan dan Sabah.
Manakala di bawah Fasa 3 PPN pula termasuk Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya, Johor, Melaka, Perlis, Terengganu dan Sarawak.
Negeri Sembilan, Pahang dan Labuan pula adalah di bawah Fasa 4 PPN.
Maklumat lanjut boleh dirujuk di laman sesawang mkn.gov.my.