KUALA LUMPUR: Mesyuarat kedua Menteri Kuartet COVID-19, yang akan berlangsung esok (Selasa) akan memberi tumpuan kepada usaha mempermudahkan daripada 181 kepada 10 prosedur operasi standard (SOP), kata Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Menteri Kanan Pertahanan itu berkata, mesyuarat juga akan menyentuh mengenai status terkini projek perintis travel bubble Langkawi, serta potensi gelembung pelancongan lain.
Tambahnya lagi, mesyuarat juga akan diberi taklimat mengenai potensi kelonggaran lain dalam sektor sukan.
“Agenda utama (mesyuarat) ialah fokus terhadap usaha mempermudahkan SOP, seperti yang telah saya sebutkan pada minggu lepas.
“Menteri Pelancongan Kesenian dan Kebudayaan (Datuk Seri Nancy Shukri), dan Menteri Belia dan Sukan (Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu) turut dijemput ke mesyuarat ini,” katanya lagi.
Selain perkara berkenaan, Hishammuddin berkata, mesyuarat esok akan turut memberi tumpuan terhadap naratif menjelang fasa endemik yang akan bermula hujung Oktober ini.
Hishammuddin berkata demikian selepas selesai membuat lawatan Program Vaksinasi Back To School di SMK Desa Tun Hussein Onn, bersama-sama Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin.
Selain Hishammuddin, tiga lagi anggota Kabinet dalam Kuartet itu ialah Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Mohd Zafrul Tengku Abdul Aziz, dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.
Mengulas lanjut, beliau berkata, pada minggu seterusnya, Radzi pula akan dijemput mengenai pelaksanaan vaksinasi bagi pelajar serta perkembangan terkini proses yang KPM laksanakan mengenai pembukaan sekolah.
Mengenai pandangan sesetengah pihak untuk kelonggaran rentas negeri, Hishammuddin berkata, apa-apa keputusan berkaitan mesti melalui Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
“Tetapi syornya datang dari menteri yang bertanggungjawab kepada sektor-sektor tertentu, untuk dipertimbangkan di peringkat Jawatankuasa Teknikal, dan Jawatankuasa Menteri Kuartet,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Mon Sep 20 2021

Mesyuarat itu juga akan memberi tumpuan kepada usaha mempermudahkan daripada 181 kepada 10 prosedur operasi standard (SOP) sedia ada. - Gambar fail

Sentimen berhati-hati dorong ringgit dibuka hampir mendatar berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit rendah kepada 4.4310/4440 berbanding dolar AS daripada 4.4310/4375 pada Khamis.

Tujuh premis termasuk kedai runcit, inap desa musnah dalam kebakaran di Kundasang
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Mangsa banjir di Beaufort tinggal 407 orang
Hanya empat PPS masih beroperasi iaitu Dewan PSP Dun Banir, Dewan Bisaya, Dewan Residensi Prima dan Dewan Kukut yang dibuka sejak 8 Mac.

Kanada fail aduan di WTO terhadap tarif keluli dan aluminium AS
Kanada telah minta rundingan penyelesaian pertikaian dengan AS berhubung pelaksanaan duti import ke atas produk keluli dan aluminium tertentu.

Kad Visa Touch ‘n Go eWallet guna pengesahan TapSecure bermula 17 Mac
Transaksi menggunakan kad visa boleh disahkan dengan hanya menekan satu butang sahaja dalam aplikasi Touch n Go eWallet pada peranti pintar.
AWANI Pagi: Pembudayaan "Zero Hunger" di kampus universiti
Diskusi 8:30 pagi Jumaat bersama Hasanul Basri Abdullah, Dekan, Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM); Hanifah Eydel-Romero Pensyarah, Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)dan Nuranita Dewi Abdullah, Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) membincangkan mengenai projek "Zero Hunger" yang semakin diterima dan menjadi budaya di dalam kehidupan kampus warga Center of Foundation Studies, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, UIAM.
![[KOLUMNIS] Ahli politik harus bebas dari rasuah [KOLUMNIS] Ahli politik harus bebas dari rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-02/71550535175_slippingcashbribe.jpg)
[KOLUMNIS] Ahli politik harus bebas dari rasuah
Perbelanjaan politik sama ada secara terangan atau berselindung adalah sesuatu yang tidak dinafikan di dalam perjalanan politik terutama di dalam pilihan raya.
Prestasi S&P 500: Sehingga 13 Mac 2025
MarketWatch menyediakan tinjauan menyeluruh mengenai Indeks S&P 500, merangkumi berita terkini pasaran saham, data dagangan, dan analisis pergerakan pasaran. Saham dalam Indeks Standard & Poor’s 500 dikategorikan mengikut sektor dan industri, memudahkan pemahaman corak prestasi pasaran. Saiz setiap saham mencerminkan permodalan pasaran, menunjukkan kekuatan dan kedudukan syarikat-syarikat utama dalam pasaran.
"Pasaran Saham AS Menjunam: S&P 500 dalam Pembetulan Selepas Data Inflasi"
"Pasaran saham AS berakhir dengan penurunan mendadak pada hari Khamis, dengan S&P 500 mengesahkan ia berada dalam pembetulan selepas data inflasi yang sejuk dibayangi oleh kebimbangan bahawa perang tarif yang semakin memuncak oleh Amerika Syarikat terhadap rakan dagang terbesarnya boleh mencetuskan semula inflasi dan membawa ekonomi ke dalam kemelesetan. Saksikan analisis penuh tentang kejatuhan ini dan impaknya terhadap ekonomi global."
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 14 Mac 2025
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata indeks serantau utama kebanyakannya lebih rendah apabila pelabur berhadapan situasi yang tidak menentu berpunca daripada ekonomi yang berpotensi untuk menguncup. Jadi bagaimana prestasi dagangan FBM KLCI setakat pagi Khamis? Ikuti perkembangan lanjut di Niaga AWANI.

Prospek gelembung pelancongan, SOP sektor sukan dalam Mesyuarat Kuartet esok - Hishammuddin
Mesyuarat itu juga akan beri tumpuan kepada usaha mempermudahkan daripada 181 kepada 10 prosedur operasi standard (SOP)