Dakwaan terbaharu itu dibuat oleh jurucakap tentera rejim zionis itu, Avichay Adraee yang dimuat naik di laman X sehari selepas serangan Israel di pinggir selatan Beirut.
Menurut laporan Reuters, Avichay dalam kenyataan tersebut berkata tentera Israel "telah menyingkirkan" pemimpin Hizbullah itu.
Bagaimanapun, setakat ini Hizbullah yang disokong oleh Iran belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai status Hassan.
Hassan yang berusia 64 tahun telah mengetuai kumpulan itu selama 32 tahun.
Israel melancarkan gelombang baharu serangan udara ke atas pinggir selatan Beirut dan kawasan lain di Lubnan pada awal pagi Sabtu.
Serangan tersebut menyusul sehari selepas melakukan serangan besar di pinggir selatan Beirut yang dikenali sebagai Dahiyeh.
Israel mendakwa telah melancarkan serangan udara di ibu kota Lubnan, dengan menyasarkan Hassan.
Hassan mempunyai status tinggi dalam kalangan penyokong Islam Syiah dan menjadi satu-satunya individu di Lubnan yang mempunyai kuasa untuk melancarkan perang atau rundingan damai.