GAZA: Perang Israel-Palestin yang kini sudah berlanjutan melebihi tiga bulan menyaksikan bukan sahaja orang awam, kanak-kanak dan wanita jadi korban peperangan, malah kumpulan tebusan turut menjadi mangsa.
Semalam, tentera Israel mengumumkan mereka secara tidak sengaja membunuh tiga orang tebusan semasa kempen mereka di Gaza.
Antara lain, Zionis mengakui mereka keliru mengenal pasti tebusan yang dibunuh itu sebagai "ancaman".
Tentera Pertahanan Israel (IDF) menamakan mereka sebagai Yotam Haim, Samer Talalka dan Alon Shamriz.
Sebelum ini, pelbagai kawasan dan wilayah di Palestin dibedil secara bertubi-tubi oleh Israel sehingga ramai terbunuh dan bangunan musnah, selain menjadikan penduduk pelarian, sekaligus menjerumus Palestin ke kancah kemanusiaan paling buruk.
Dalam usaha melumpuhkan Hamas, tentera Israel menjadikan Baitulmaqdis sebagai sasaran pada Khamis, kali pertama sejak mengganas secara habis-habisan bermula 30 Oktober.
Sehingga kini operasi Israel masih berlanjutan di Gaza di mana penduduk melaporkan pertempuran terus meletus di utara, tengah, dan selatan Gaza.
Sementara itu, Israel mengumumkan akan membenarkan bantuan masuk ke Gaza melalui lintasan Kerem Shalom, langkah yang dipuji oleh White House sebagai tindakan baik.
7 Oktober lalu, dalam operasi Taufan Al-Aqsa, Hamas berjaya menembusi sempadan yang dikawal ketat dan membunuh 1,200 orang selain menjadikan 240 orang sebagai tebusan.
Mereka dibebaskan semasa gencatan singkat bulan lepas.
Kementerian Kesihatan Gaza, yang dikelola oleh Hamas, mendedahkan lebih 18,700 orang terbunuh dan 50,000 cedera di wilayah terkepung sejak bermulanya perang Gaza, 7 Oktober lepas.
Astro Awani
Fri Dec 15 2023
Tentera Pertahanan Israel (IDF) menamakan mereka sebagai Yotam Haim, Samer Talalka dan Alon Shamriz. - Foto REUTERS
Sindiket punca utama pindah milik berleluasa
Tindakan segelintir kakitangan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) bersubahat dengan sindiket antara punca utama kartel pindah milik tanah berleluasa.
Kakitangan Suhakam tidak teruskan piket, Cuepacs akan runding cari penyelesaian
Cuepacs akan mengadakan rundingan dengan Suhakam bagi mencari penyelesaian terbaik, berkaitan tuntutan dan permasalahan dihadapi kumpulan pekerja suruhanjaya itu.
MOT tiada kuasa kawal kenaikan tambang bas sekolah - Loke
Kementerian Pengangkutan tidak mempunyai sebarang kuasa untuk menghalang kenaikan harga tambang bas sekolah yang dijangka berlaku pada Februari ini.
PM Anwar sertai solat Jumaat bersama jemaah di Masjid India
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menunaikan solat Jumaat bersama jemaah di Masjid India, ibu negara.
Presiden baharu Lubnan komited mahu berdialog dengan Syria
Dalam ucapan perasmiannya di parlimen, Aoun mengajak semua pihak untuk membincangkan dasar pertahanan menyeluruh yang membolehkan negara mengakhiri pendudukan Israel dan menangkis serangan.
AWANI Ringkas: Serahan dokumen selesai
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Seorang maut, pesawat ringan meletup di Brazil
Sebuah pesawat ringan yang membawa lima penumpang meletup di Ubatuba, di perairan pantai Sao Paulo, Brazil, pada khamis
Najib tidak pasti siapa beri nombor akaun bank peribadinya kepada pihak Arab Saudi
Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pasti siapa yang memberikan nombor akaun bank peribadinya untuk urusan kemasukan sumbangan daripada Arab Saudi.
Jurugambar mengaku tidak bersalah, cederakan pereka fesyen
Seorang jurugambar sambilan mengaku tidak bersakah atas dua pertuduhan mendatangkan kecederaan terhadap dua pereka fesyen, Rabu lalu.
Kebakaran tapak pelupusan sampah haram di Gombak, operasi pemadaman giat dijalankan
Operasi pemadaman kebakaran di tapak pelupusan sampah haram di Jalan Bukit Lagong, Gombak sedang giat dilaksanakan sejak ia berlaku 2 Jan lepas.
Angka kematian di Gaza akibat serangan Israel melebihi 46,000 orang
Angka kematian sejak 7 Okt 2023 mencecah 46,006 orang, majoritinya kanak-kanak dan wanita; kira-kira 109,378 orang lagi cedera.
Israel terus bantai Gaza, puluhan lagi nyawa syahid
Serangan udara Israel mengorbankan sekurang-kurangnya 10 orang di sebuah rumah bertingkat di kawasan Sheikh Radwan di Gaza City.
Penjara Israel cuai didakwa punca bekas banduan Palestin maut
Ismail disahkan menghidap leukemia dan tidak dikesan atau dirawat sewajarnya semasa beliau berada dalam tahanan.
Qatar sahkan rundingan gencatan senjata masih berlangsung
Rundingan antara pejuang Hamas dan Israel untuk mencapai perjanjian gencatan senjata masih diteruskan.
Hamas tegas syarat hentikan serangan Gaza untuk bebas tahanan
Hamas pada Selasa menegaskan bahawa Israel mesti menghentikan sepenuhnya serangan ke atas Gaza.
Utusan Trump harap ada kemajuan konflik Gaza menjelang hari pelantikan
Terdapat banyak kemajuan dibuat semasa rundingan yang berlangsung di Doha, Qatar.
UAE, Israel bincang krisis kemanusiaan di Gaza
Menteri Luar UAE, Sheikh Abdullah Zayed, bertemu dengan rakan sejawatannya dari Israel, Gideon Saar bagi membincangkan krisis kemanusiaan di Gaza pada Selasa.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hassan Nasrallah dibunuh di bilik operasi perang Hezbollah ketika diserang Israel
Ketika tentera Israel melakukan serangan, Allahyarham Hassan Nasrallah dan pegawai kanan lain sedang bermesyuarat di lokasi bawah tanah.
Gencatan senjata: Hamas setuju bebaskan 34 tawanan perang dengan Israel
Sebarang perjanjian bergantung pada persetujuan untuk pengunduran Israel dari Gaza serta pelaksanaan gencatan senjata kekal.